Anak Aliran Sains
Pelepasan cukai RM3,000
Kuala Lumpur: Kerajaan menaikkan kadar pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk ibu bapa yang mempunyai anak mengikuti bidang sains dan teknologi di sekolah menengah dan program matrikulasi.
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan Empat dan Lima turut dinaikkan daripada RM70 kepada RM200 sebulan, manakala Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi pelajar tingkatan enam ditambah RM110 kepada RM300 sebulan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia sebahagian daripada 61 perakuan yang dilaksanakan secara bersama antara sektor awam, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), swasta serta masyarakat bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi.
Katanya, perakuan itu menjadi sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dan dalam gelombang utama, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan 15 perakuan termasuk menyemak semula hala tuju pendidikan sains dan teknologi (S&T) dan definisi dasarnya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata waktu mengajar bagi semua mata pelajaran sains tulen ditambah daripada empat kepada lima waktu seminggu.
“Selain itu, penggunaan pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan dan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta mewujudkan semula Peperiksaan Berpusat Amali Sains pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai galakan kepada minat pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kempen Kesedaran Pembudayaan Sains dan Teknologi dan Pelancaran Buku Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera, di Petrosains, KLCC, di sini semalam.
Muhyiddin berkata, menyedari kepentingan sumbangan pendidikan terhadap S&T, sistem pendidikan negara sedang dikemaskini dengan penyerapan elemen bidang itu dalam pendidikan sama ada prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, ia juga bertujuan memastikan kualiti, asas dan standard pendidikan negara dapat disamakan dengan penanda aras seperti Trend Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antara-bangsa (PISA).
15 perakuan dilaksana tambah bilangan pelajar aliran sains: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan 15 perakuan dalam usaha menambah bilangan pelajar aliran sains di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
15 perakuan itu adalah sebahagian daripada 61 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera yang ditubuhkan kementerian pada 2 Feb lepas dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata antara perakuan yang akan
dilaksanakan adalah menyemak semula hala tuju pendidikan sains dan teknologi dan
definisinya, serta menambah bilangan waktu pembelajaran dan pengajaran bagi
semua mata pelajaran sains tulen daripada empat waktu kepada lima waktu
seminggu.
"Bagi memastikan murid-murid belajar dalam keadaan yang kondusif, kerajaan
akan membaik pulih dan menaik taraf makmal sedia ada di sekolah rendah dan
menengah.
"Perkara itu akan menjadi sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sedang dimurnikan ketika ini,"
katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pembudayaan Sains
dan Teknologi dan Pelancaran Buku Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran
Sains/Teknikal:Sastera di Petrosains KLCC di sini, hari ini.
Buku laporan strategi itu yang diterbitkan hasil daripada beberapa sesi mesyuarat, bengkel dan dialog yang dikendalikan bersama-sama pelbagai pihak lain
seperti ibu bapa, guru, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dibentangkan
kepada Muhyiddin pada 5 November lalu.
15 perakuan yang dinyatakan itu akan dilaksanakan secara kolaboratif antara sektor awam khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Pengajian Tinggi, swasta dan masyarakat.
Muhyiddin berkata, perakuan lain yang bakal dilaksanakan adalah penggunaan
pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan dan pemantauan dalam pengajaran dan
pembelajaran, serta mewujudkan semula Peperiksaan Berpusat Amali Sains pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Turut dimuatkan dalam perakuan tersebut adalah meningkatkan kadar pemberian
Biasiswa Kecil Persekutuan murid sains tingkatan empat dan lima daripada RM70
kepada RM200 sebulan, manakala Biasiswa Kelas Persediaan Universiti bagi murid
tingkatan enam juga dinaikkan daripada RM110 sebulan kepada RM300 sebulan.
Daripada aspek tenaga pengajar, kerajaan bakal menyediakan laluan kerjaya dan memberi pengiktirafan kepada guru sains dan teknologi yang setimpal dengan
kelulusan akademik mereka, serta memastikan kurikulum latihan guru yang menjurus
kepada kandungan kepakaran dan kemahiran dalam bidang sains tulen dan teknologi.
Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pusat penemuan sains seperti Pusat Sains, Petrosains dan Planetarium supaya mempergiatkan kempen, pameran dan aktiviti membabitkan guru serta ibu bapa bagi menggalakkan pelajar meminati sains.
Katanya, pendekatan interaktif yang digunakan pusat sains tersebut dalam pembelajaran penghayatan sains dilihat efektif dan berkesan untuk mempelajari sains.
"Saya yakin dengan peranan yang dimainkan ibu bapa, masyarakat dan sektor
swasta serta badan korporat merupakan tanggungjawab sosial ke arah membentuk
persekitaran positif penerapan budaya sains di rumah, sekolah dan persekitaran,"
katanya. - BERNAMA
SUMBER; BERITA HARIAN DI SINI
assalamualaikum...
ReplyDeleteanak saya tingkatan 4 aliran sains smk menerima bkp sejak tingkatan 1. petang tadi buat semakan kemasukan biasiswa di bsn, didapati bkp yang dimasukkan masih lagi $70/bulan tidak seperti yang diwar2kan $200/bulan.