Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

APLIKASI PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 DAN 4 UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013.



Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan proses pengambilan dan penempatan murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2013 .
Permohonan Penempatan Murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 telah dibuka. Permohonan  melalui laman sesawang e-PKHAS. Permohonan dibuka dari  27 Ogos 2012 sehingga 22 Oktober 2012.

Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas 

 Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas ke tingkatan 1 sekolah menengah pendidikan khas, klik di sini

Sekolah Menengah Keperluan Khas untuk pemohon Tingkatan 1;

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran di SMKP Persekutuan Pulau Pinang dan di SMKP Setapak.

Tingkatan 1: Masalah Penglihatan di SMKP Setapak

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran/ Penglihatan/ Pembelajaran di Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi

Sedikit informasi Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi:

Program Pendidikan Khas Integrasi

Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?


Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
  • Murid bermasalah penglihatan
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah pembelajaran
CARA MEMOHON:

APLIKASI PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 DAN 4 UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 di sini

Senarai sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi dan senarai sekolah yang mempunyai kemudahan Glossary Link OKU (Orang Kurang Upaya/ Orang Kelainan Upaya) mengikut negeri :

Bil Negeri Kategori Kemudahan OKU
1 Johor Rendah Menengah Senarai
2 Kedah Rendah Menengah Senarai
3 Kelantan Rendah Menengah Senarai
4 Melaka Rendah Menengah Senarai
5 Negeri Sembilan Rendah Menengah Senarai
6 Pahang Rendah Menengah Senarai
7 Perak Rendah Menengah Senarai
8 Perlis Rendah Menengah Senarai
9 Pulau Pinang Rendah Menengah Senarai
10 Sabah Rendah Menengah Senarai
11 Sarawak Rendah Menengah Senarai
12 Selangor Rendah Menengah
13 Terengganu Rendah Menengah Senarai
14 WP Kuala Lumpur Rendah Menengah Senarai
15 WP Labuan Rendah Menengah
16 WP Putrajaya Rendah Menengah Senarai


 Data di atas sehingga 31/1/2011. Sumber; di sini.


Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas ke tingkatan 4 sekolah menengah pendidikan khas, klik di sini

Maklumat lanjut sila hubungi:

Bahagian Pendidikan Khas(BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
 
No. Tel  : 03 - 8884 9190
No. Fak : 03 - 8888 6659 

Atau tuan-tuan dan puan-puan dijemput ke blog ceritarasahati, di sini .


TAWARAN   PROGRAM  PENDIDIKAN  KHAS
( MASALAH PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN PEMBELAJARAN

PILIHAN SEKOLAH DAN PROGRAM PENGAJIAN

1.  SM PK VOKASIONAL SHAH ALAM, SELANGOR (Asrama )
2.  SM PK VOKASIONAL INDAHPURA, KULAI, JOHOR (Asrama )
3.  SMPK PULAU PINANG ( P ) Aliran Akademik dengan MPV (Asrama)
4.  SMPK SETAPAK (B) KUALA LUMPUR (Asrama)
5.  SM TEKNIKVOKASIONAL Program Integrasi (Asrama)
6.  SM Harian Biasa Prog. Integrasi aliran Akademik dengan elektif MPV (Asrama)
7.  SM Harian Biasa Prog. Integrasi aliran Akademik (Tiada Asrama )
1.  SM VOKASIONAL INDAHPURA, KULAI, JOHOR D.TAKZIM

A.  PROGRAM VOKASIONAL MASALAH PENGLIHATAN - MLVK
1.1  Matapelajaran Akademik + Refleksologi
1.2  Matapelajaran Akademik + Sports Massage
B.  PROGRAM VOKASIONAL MASALAH PENDENGARAN
2.1  Matapelajaran Akademik + Penjagaan Muka
2.2  Matapelajaran Akademik + Grafik Berkomputer
C.  PROGRAM VOKASIONAL MASALAH PEMBELAJARAN
3.1  Matapelajaran Akademik + Atendan Bilik
3.2  Matapelajaran Akademik + Atendan Linen
3.3  Matapelajaran Akademik + Pembantu Penyediaan Makanan
3.4  Matapelajaran Akademik + Pembantu Pendandan Gaya Rambut
3.5  Matapelajaran Akademik + Solekan
2.  SM VOKASIONAL SHAH ALAM, SELANGOR D. EHSAN

 A.  JURUSAN KURSUS YANG DITAWARKAN

1.1  Pembuat Pakaian Wanita
1.2  Pembantu Penyedia Makanan
1.3  Pendandan Rambut
1.4  Mekanik Penyejuk dan Penyaman Udara
1.5  Juru Kimpal Arca Logam Berperisai
1.6  Juru Bina Bangunan
1.7  Pembuat Perabut
1.8  Juru Elektrik Rendah
1.9  Juru Batik Lukis
1.10 Pemasang Badan Motosikal
1.11 Desktop Publishing

3.  SM TEKNIK VOKASIONAL Program  Integrasi ( Asrama )

3.1  SM Jalan Stadium, Alor Setar ( MLVK)
Jurusan  : ( Pembelajaran )
  • Pembuat Perabot
  • Mekanik Motor
  • Mekanik Penyaman Udara dan Penyejukbekuan   
3.2   SM TEKNIK Tanah Merah, Kelantan ( MLVK )
Jurusan  :  ( Pembelajaran )
  • Jurukimpal acra
  • Mekanik Kenderaan motor
3.3  SM TEKNIK Keningau, Sabah (MLVK )
Jurusan  :  ( Pendengaran )
  • Pembuat Perabot
  • Juruelektrik Domestik
3.4  SM TEKNIK Batu Pahat, Johor ( MLVK )
Jurusan  :  ( Pendengaran )
  • Pembuat Perabot
  • Jurukimpal acra
3.5  SM TEKNIK Kerian, Perak ( MLVK )
Jurusan  :  ( Pendengaran )
  • Jurukimpal Acra
  • Pemesin Operasi Larik
4.  SM Harian Biasa Program Integrasi Aliran Akademik dengan elektif MPV (Asrama)
4.1  SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, Terengganu (Pendengaran)
4.2  SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, 
       Kuching, Sarawak (Pendengaran)
Sumber: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK SERI KOTA,MELAKA.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen