Pages - Menu

Pages - Menu

Biasiswa dorong terus cemerlang

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2012 
 Biasiswa dorong terus cemerlang



Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan biasiswa kepada Hassan Mohamed (kiri) pada majlis pengurniaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2012 di Istana Negara.

  Kuala Lumpur: Anak peneroka FELDA, Mohd Muzamir Mahat yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan dan Sains Material di Imperial College, London, mendahului 12 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong.

 

Turut menerima biasiswa ialah Mohd Khairi Ismail, 24, orang kelainan upaya (OKU) yang akan mengikuti pengajian ijazah sarjana bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia



Terus cemerlang

Mohd Muzamir, 26, dari FELDA Sungai Tengi, Selangor, berkata biasiswa itu mendorongnya untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek.


“Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu bagi mengubah nasib keluarga seterusnya berbakti kepada negara,” katanya.


Bagi Mohd Khairi dari Terengganu, walaupun cacat tangan kanan sejak lahir, ia tidak mematahkan semangatnya terus bersaing cemerlang.

“Biasiswa ini, bukan hanya satu anugerah, sebaliknya tanggungjawab untuk saya terus cemerlang dan kekangan kecacatan itu saya ambil sebagai motivasi dan cabaran,” katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen