Cemerlang UPSR Syukur ibu bapa banyak marah
KOTA KINABALU: “Saya akui sebelum ini saya memang nakal, kurang
menumpukan pelajaran sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
keputusan peperiksaan percubaan di sekolah juga tidak memuaskan.
“Namun, atas nasihat dan dorongan ibu bapa, saya berubah
untuk berjaya kerana jika kita nakal pasti kita tidak akan berjaya dan
akhirnya kini saya memperoleh keputusan luar jangkaan,” kata Muhammad
Jacquim Irsyad Irwan, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1
yang mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR yang diumumkan,
semalam.
Muhammad Jacquim Irsyad mendapat 5A dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan),
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Katanya, sebelum menjawab soalan, dia memperbanyakkan doa demi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
“Saya bersyukur dan gembira mendapat keputusan cemerlang ini dan terima kasih buat ibu bapa saya yang banyak ‘marah’ saya.
“Marah
mereka itu dijadikan azimat untuk mencapai keputusan cemerlang.
Kejayaan ini akan diteruskan sehingga menara gading,” katanya.
Bapanya,
Irwan Ibrahim berkata, pengurusan masa dan jadual pembelajaran harian
anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.
Katanya,
setiap kali pemantauan pembelajaran anaknya dilakukan, dia menegur
anaknya kerana mahu melihat Muhammad Jacquim Irsyad memperoleh keputusan
cemerlang.
sumber; harian metro
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen