Senario di atas sebahagian daripada masalah generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja, hari ini. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah kelebihan positif buat remaja mencari maklumat dan menikmati faedah teknologi maklumat (IT).
Namun, situasi membimbangkan seperti itu terjadi berikutan remaja gagal mengawal kecenderungan masa di alam maya menyebabkan mereka ‘terkurung’ dalam dunia ciptaan sendiri.
Bagi Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fairuz Nazri Abd Rahman, tiada cara mudah menyekat remaja daripada melakukan aktiviti kegemaran masing-masing.
Bagaimanapun, kebijaksanaan ibu bapa atau penjaga memanipulasi situasi sekali gus mengawal masa anak-anak di alam maya mampu mengatasi masalah suka bersendiri atau mental dihadapi.
“Internet dan alam maya adalah tanda kepesatan teknologi, memudahkan kerja dan ada pelbagai keseronokan, maklumat dan hiburan.
“Namun, ketagihan internet terlampau hingga berbelas-belas jam sehari berisiko menjejaskan perkembangan minda pelayarnya, menyebabkan tingkah laku tidak terkawal (agresif), kurang berinteraksi dan cenderung meniru aksi ditonton pada alam maya.
“Malah, kebanyakan remaja terutama lelaki secara tidak sengaja mudah terikut dengan pengaruh rakan sebaya sekali gus terjebak melayari laman web porno atau lucah,” katanya.
Jelasnya, peranan ibu bapa adalah mengehadkan aktiviti anak-anak di hadapan skrin, jauhi tindakan memberikan gajet sebagai alat supaya anak leka dan tidak meragam atau menggunakan gajet sebagai penghubung atau alat pemantau anak di luar rumah.
sumber
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen