Peringatan
dan Persediaan menghadapi Musim Banjir
Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini.
Banjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku. Sembilan puluh tujuh
peratus (97%) air di bumi merupakan air laut dan cuma 0.014% terdapat
di tasik, sungai, bawah tanah dan di udara. Banjir adalah merupakan
limpahan air yang berlebihan bagi sesuatu sistem saliran. Bencana banjir
yang melanda Malaysia boleh dikategorikan kepada banjir kilat/ribut
tropika dan banjir monsun.
Banjir kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang tidak mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini berlaku apabila hujan lebat lebih dari biasa berlaku dalam satu tempoh yang tertentu. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.
Banjir monsun pula berlaku dalam tempoh yang spesifik iaitu musim tengkujuh timur laut (Oktober hingga Februari) dan musim tengkujuh barat daya (Mei hingga Ogos). Banjir tengkujuh barat daya biasanya melanda pantai barat Semenanjung, manakala banjir tengkujuh timur laut dialami oleh seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Portal
Banjir Info Terkini Banjir di Malaysia
Peringatan
dan Persediaan menghadapi Musim Banjir
Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
- Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
- Sediakan Peralatan Kecemasan.
- Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah
Portal
Banjir Info Terkini Banjir di Malaysia
JPAM Kedah sudah bersedia hadapi banjir
11 November 2012
ALOR SETAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah sudah
bersedia untuk menghadapi banjir yang mungkin berlaku pada bila-bila
masa memandangkan keadaan hujan lebat yang agak kerap sekarang.
Pegawai Penyelaras Operasi Banjir JPAM Kedah Saifuddin Abdullah berkata setiap peralatan dan persediaan logistik telah diuji bagi memastikan semua berada dalam keadaan baik apabila banjir melanda.
"Kita telah memandu uji 25 bot penyelamat yang akan diguna untuk memindahkan mangsa banjir, dua daripadanya adalah jenis fiber dan selebihnya bot aluminium," katanya kepada pemberita selepas melakukan pandu uji bot di Sungai Kedah, di sini hari ini.
"Pada tahun ini, JPAM Kedah tidak mempunyai tambahan bot baru tetapi jumlah yang digunakan adalah lebih banyak berbanding sewaktu banjir pada tahun 2010 iaitu sebanyak 12 bot," katanya.
Saifuddin berkata pihaknya memberi tumpuan kepada daerah yang berisiko menghadapi banjir iaitu Pendang, Kubang Pasu dan Padang Terap yang merupakan kawasan takungan air serta berhampiran dengan Empangan Pedu.
Beliau berkata selain menyediakan bot, JPAM turut menyediakan 20 lori muatan tiga dan lima tan serta 15 kenderaan pacuan empat roda.
"Tahun ini juga kita telah melatih seramai 500 anggota sukarela untuk daerah Kota Setar berbanding 350 anggota tahun lepas dan seluruh negeri Kedah, kira-kira 1,500 anggota sukarela telah menerima latihan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen