Pages - Menu

Pages - Menu

ADAB-ADAB NAIK KENDERAAN AWAM

ADAB-ADAB NAIK KENDERAAN AWAM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kita seharusnya mempunyai akhlak yang mulia agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri kita mahupun orang lain sekeliling kita sewaktu dalam perjalanan. Ini kerana kita perlu bersabar menunggu giliran dan tidak berebut-rebut ketika menaiki kenderaan awam. 

Sekiranya kita suka berebut-rebut semasa hendak menaiki bas, keretapi atau mana-mana kenderaan awam hanya kerana ingin menentukan mendapat tempat duduk tanpa mempedulikan orang lain. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pentengkaran, pergaduhan dan sebagainya. 

Di antara adab-adab yang baik yang perlu diperhatikan semula ketika menaiki kenderaan awam:

Sebelum menaiki kenderaan awam, kita seharusnya tidak berebut-rebut. Sebaiknya Beratur terlebih dahulu.  Jika ada Orang tua, orang yang cacat OKU, dan perempuan hamil kita hendaklah memberi keutamaan kepada mereka. Sebaiknya beri keselesaan kepada mereka seperti memberi laluan dan sebagainya.

Lebih manis lagi jika lelaki memberi laluan kepada wanita dan gadis untuk naik kenderaan dahulu. Hormat- menghormati dan saling bertolak ansur adalah anjuran Islam kepada umatnya. Begitu juga lelaki Muslim seharusnya bersifat melindungi gadis atau wanita Muslim lain.  InshaAllah, bila kita beri kemudahan pada orang lain, Allah akan beri kemudahan kepada kita.




1) LANGKAH KAKI


    Menaiki kenderaan sebaiknya dengan kaki kanan dahulu.

2)  
BACA DOA NAIK KENDERAAN

Ajal maut di tangan Allah. Kita tak dapat menolak ketentuan Allah tetapi jangan kita ketepikan ikhtiar dan usaha. Kita berdoa pada Allah mohon keselamatan sebelum memulakan satu-satu perjalanan sebagai salah-satu ikhtiar kita sebelum kenderaan bergerak mengikut adab-adab di jalanraya. Selebihnya, kita hanya berserah dan bertawakkal pada Allah SWT.

Baca Basmalah, baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan serta ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk dalam perjalanan, kesusahan perjalanan dan memendekkan jauhnya perjalanan itu. 

LAFAZ DOA NAIK KENDERAAN:

 

Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...


Maksudnya:
 
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
 
(Surah Az Zukruf 13-14)
 



3) 
Jika kita dapat tempat duduk dan ada golongan tua,wanita mengandung,OKU dan kanak-kanak kecil maka berilah tempat duduk kepada mereka dengan sopan santun.

4)Adalah amalan yang baik sekiranya golongan lelaki memberikan tempat duduk kepada kaum wanita sebagai memuliakan mereka,kecuali jika terlampau ramai wanita berdiri,jadi untuk mengelakkan tersinggul adalah lebih baik kita duduk

5) Kaum wanita sebaiknya duduk bersebelahan dengan kaum wanita dan begitu juga kaum lelaki.


 Jika kaum lelaki duduk bersebelahan dengan kaum wanita dan ada juga orang lain sebegitu maka adalah lebih terhormat jika minta tukar tempat duduk supaya wanita bersama wanita dan lelaki bersama lelaki terutama di dalam bas ekspres/kapal terbang yang panjang masa perjalanannya. Ini adalah untuk kebaikan kamu umat Islam supaya tidak diperdaya syaitan dengan bisikan-bisikannya

6)Apabila di dalam bas banyak tempat kosong maka adalah lebih baik kaum wanita duduk bersebelahan kaum wanita daripada duduk di tempat kosong yang lain kerana dikhuatiri nanti naik kaum lelaki duduk bersebelahan maka boleh jadi kamu dapat dosa kerana duduk bersentuhan atau tersinggung ketika keluar masuk tempat duduk.


Yang hairannya ada kaum wanita lebih suka duduk di sebelah lelaki dari duduk di sebelah perempuan. Ketahuilah kaumHawa harga dirimu bertambah apabila pergaulan kamu dengan lelaki seperti di bawah:

Semakin kurang bergaul dengan lelaki --------harga diri bertambah ^
Semakin tidak segan kepada lelaki --------harga diri berkurang

7)Jika ada yang membuat maksiat di dalam kenderaan awam maka adalah wajar jika konduktor,pemandu atau penumpang lain menegur pasangan berkenaan supaya takut kepada Allah atau pasang cd alquran atau ceramah agama. Jika tidak mampu juga berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada mereka

8)Jika syarikat kenderaan awam membuat ruangan khas untuk penumpang wanita maka duduk di ruangan khas bagi wanita adalah salah satu sifat yang menunjukkan kamu ada kemuliaan diri

9)BACALAH BAHAN BACAAN BERMANFAAT

  Bacalah buku agama,quran atau lain-lain bahan bermanfaat dalam perjalanan.

10)Jika kamu berduaan sahaja dengan pemandu teksi/bas bukan Islam atau bersebelahan tempat duduk dengan penumpang bukan Islam , cubalah dakwahnya kepada Islam.Kalau tidak bersedia seperti penat,sakit dan sebagainya berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Jika kamu tidak pandai berdakwah berdoalah agar ada ulama membuat kursus dakwah atau jemaah dakwah baru yang lebih baik dari jemaah sedia ada.



11) Kebersihan hendaklah dijaga bersama. Jangan membuang sampah sesuka hati.
 
12)Bersyukur kepada Allah ketika sampai dengan selama
.Sekiranya kita sudah sampai ke destinasi, turun dari kenderaan dengan dan tidak tergopoh gapah. Lafazkanlah Alhamdulillah dan lakukanlah Sujud Syukur. Boleh juga membaca doa, sila rujuk dengan ustaz/ ustazah kamu.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen