UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
(UTHM)
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf
Politeknik (PLSP).
Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf
Politeknik (PLSP) kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)
telah diumumkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996
sebagai mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu
pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal di negara ini.
Pada 30
September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan
penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO).
Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini dan pada 1
Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej Universiti di
seluruh Malaysia.
UTHM menawarkan program di peringkat Pasca Ijazah,
Sarjana Muda dan Diploma. Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat
Pasca Ijazah ialah di dalam bidang Kejuruteraan, Pendidikan Teknik &
Vokasional, Pengurusan Teknologi dan Teknologi Maklumat.
Program
Sarjana Muda pula menawarkan kursus-kursus Kejuruteraan, Pendidikan
Teknik & Vokasional, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Teknologi
dalam pelbagai bidang. Program Diploma pula menawarkan kursus-kursus
Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dalam
pelbagai bidang.
Semua kursus yang dijalankan oleh UTHM memiliki
keunikan tersendiri di mana program yang ditawarkan memberi penekanan
yang lebih kepada pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential
learning) dan komponen praktikal di samping pengetahuan teori dan
profesional kejuruteraan. Graduan yang dikeluarkan oleh UTHM bukan
sahaja mempunyai pengetahuan akademik yang mantap tetapi keterampilan,
kemahiran teknikal dan kemahiran genarik yang tinggi bagi menceburi
bidang kerjaya yang lebih luas dan memenuhi keperluan mengisi jawatan
dalam perkhidmatan awam dan keperluan industri masa hadapan.
LOKASI
UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Kampus UTHM mudah dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan
lokasinya amat strategik dengan di kelilingi oleh kawasan perindustrian
yang menempatkan industri-industri bertaraf multi-national serta
industri kecil dan sederhana.
Kedudukan logistiknya yang strategik ini
telah merangsang penyertaan sektor industri di dalam program kerjasama
Universiti dengan Industri terutamanya dalam kegiatan pendidikan,
penyelidikan dan pembangunan.
VISI
Berazam menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.
MISI
Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan
teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global
melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta
penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.
FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI
Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan
untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan
berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman
(experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan
profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.
FAKULTI
Program-program yang ditawarkan akan dikendalikan oleh lapan (8) fakulti dan satu (1) pusat pengajian iaitu:
1. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
2. Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
4. Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
5. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
6. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
7. Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
8. Fakulti Teknologi Kejuruteraan
9. Pusat Pengajian Diploma
SISTEM PENGAJIAN
UTHM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem
semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua (2) semester lazim
iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester lazim terdiri daripada
14 minggu perkuliahan.
KEMASUKAN PELAJAR
Kemasukan pelajar bagi program Sarjana Muda adalah
terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berkaitan
daripada IPTA/Politeknik. Bagi program Diploma, kemasukan pelajar
terbuka kepada lulusan SPM dan Sijil Politeknik/setaraf yang berkaitan.
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah
Sarjana Muda ialah minimum enam (6) semester atau 110 kredit bagi
program bukan profesional dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan
ialah 12 semester atau 120 kredit bagi program profesional.
Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Diploma
pula ialah enam (6) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan ialah
10 semester. Walau bagaimanapun, tempoh minimum menamatkan pengajian
adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak
Universiti.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan di Universiti ini dan antaranya ialah Perpustakaan Digital,
Bengkel & Makmal, Ruang Kuliah, Kiosk, Perkhidmatan Pelajar &
Kedai Koperasi, Pengangkutan, Penginapan Asrama, Masjid, Sukan &
Rekreasi, Bank Muamalat & ATM, Pusat Kesihatan Universiti,
Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya, Kafetaria & Kantin, Pos Mini
dan lain-lain.
KETERANGAN BIASISWA/DERMASISWA
Pelajar digalakkan memohon
biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan daripada
badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan
adalah tertakluk kepada pihak penaja berkaitan.
Terdapat penaja yang
boleh membiayai pengajian pelajar di UTHM, antaranya adalah seperti
berikut:
-
Kementerian Pelajaran Malaysia
-
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
-
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
-
Yayasan Negeri
-
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
-
Petronas
-
Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
-
Yayasan Felda
-
Kuok Foundation Berhad
-
Lain-lain
ALAMAT |
:
|
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PARIT RAJA 86400 BATU PAHAT JOHOR | |||||
NO. TELEFON |
:
|
Talian 1 : +6 07-4537689 Talian 2 : +6 07-4537686 Talian 3 : +6 07-4537685 Talian 4 : +6 07-4537695 |
|||||
NO. FAKS |
:
|
+6 074536085 | |||||
E-MEL |
:
|
pa@uthm.edu.my | |||||
LAMAN WEB |
:
|
http://www.uthm.edu.my |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen