Informasi Program 1Belia 1Kemahiran
Lepasan PMR Boleh Memohon
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar lepasan PMR, yang memperolehi pencapaian sederhana, dan tidak berminat meneruskan pengajian di Tingkatan 4, atau lepasan SPM yang berminat meningkatkan ilmu kemahiran diri demi memperbaiki taraf hidup anda, sebenarnya peluang anda meningkatkan kerjaya anda sangat luas di Malaysia ini. Alhamdulillah.
Selain melanjutkan pengajian di ILKA dan TEVT yang mana permohonan melalui UPU Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Latihan GiatMara, anda boleh membuat pertimbangan melanjutkan pengajian dalam Program 1Belia 1Kemahiran.
SENARAI KURSUS / PENYEDIA LATIHAN / LOKASI
SYARAT KEMASUKAN
warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
SENARAI KURSUS
1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK
(1)
H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior
Tahap: SKM Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
Kolej WIT, Jalan Banting off Jalan Pandamaran,
42000 Port Klang, SELANGOR
1B1K002-KOSMETOLOGI
(2)
MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Pusat Latihan Mizumi Beauty Academy,
3.20-3.21, Tingkat 3, Kompleks Pertama,
Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 KUALA LUMPUR
(3)
N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Kasih Anana Pro-Skills Institute (KAPS Institute), 13,
Mezzanine Floor, Jalan Medan Tuanku, 50300 KUALA LUMPUR
1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN
(4)
K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan
Tahap: SKm 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-
1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN
(5)
HT-023-3 Pemandu Pelancong
Tahap: SKM 3
Tempoh: 5 bulan
Penyedia Latihan:
Travex Institute of Tourism, Lot 1.01, 1st Floor, Plaza First Nationwide, 161 Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR
(6)
HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
(7)
L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
(8)
L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Bakeri Ria Academy, No. 27A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, SELANGOR
1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR
(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Auto Terminal Training (TEKAT), No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, SELANGOR
B. Gemilang Motor Academy, No. 22, 24, 26, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor Bahru, JOHOR
(11)
P-030-1 Mekanik Kenderaan Perdagangan
P-030-2 Juruteknik Kenderaan Perdagangan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Bakticon Skill Academy, B 20-22, Bandar Indera Mahkota 5, 25200 Kuantan, PAHANG
1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)
(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR
(13)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik
Tempoh: 12 bulan
Tahap: SKM 1 & 2
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR
1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER
(14)
IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer
Tahap: SKM 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
-
1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI
(15)
E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-
1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)
(16)
FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Global Edu Training Centre, Jln Bayu Tinggi 2/LS6, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor
TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah mengikut Tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia
Tahap 1: 6 bulan
Tahap 2: 6 bulan
Tahap 3: 12 bulan
PINJAMAN / BIASISWA
Pinjaman
latihan kemahiran disediakan dan diuruskan oleh penyedia latihan.
Pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia. Pada masa yang sama, JKMRM-MBM akan sentiasa
berusaha mendapatkan penajaan/pembiayaan lain menerusi agensi-agensi
kerajaan dan kerajaan-kerajaan negeri bagi perlaksanaan 1B1K
PERSIJILAN
Semua kursus
yang ditawarkan adalah dibawah pengiktirafan dan persijilan yang
dikeluarkan olehJabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber
Manusia. Sijil yang dikeluarkan ialah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
mengikut Tahap kelulusan.
PENGINAPAN
Semua penyedia latihan menyediakan penginapan asrama dengan kadar caj yang minima dan bersesuaian degan kemudahan yang tersedia.
CARA MEMOHON:
Sila kirimkan maklumat di bawah menerusi email ke khidmatbelia@gmail.com
-Nama Pemohon
-No. Kad Pengenalan
-No. Telefon
-Alamat
-Kursus Yang di Pohon
Sebarang pertanyaan boleh kirimkan kepada email, khidmatbelia@gmail.com
Petikan Akhbar Berkaitan:
Tawaran latihan kemahiran
untuk belia melalui program 1B1K
KUALA LUMPUR 22 Dis. 2012 - Sebanyak 2,000 tempat ditawarkan bagi
pengambilan pelatih mengikuti kursus-kursus kemahiran di bawah Program
1Belia 1Kemahiran (1B1K) pada Januari depan.
Ketua Sekretariat 1B1K, Mohammad Rizan Hassan berkata belia yang
menyertai program itu nanti akan diberi latihan dan diserap di beberapa
institusi kemahiran yang menjalin kerjasama dengan Majlis Belia
Malaysia.
Antara kursus yang ditawarkan adalah Automotif (Kenderaan Ringan),
Automotif (Kenderaan Berat), Elektrik, Elektronik Industri, Kecantikan,
Terapi Spa, Kimpalan dan Fabrifikasi Logam, Perhotelan, Pelancongan,
Pembuatan Roti dan Peruncitan.
Belia berumur 16 tahun ke atas yang boleh menulis, membaca dan
mengira boleh memohon mengikuti Program 1B1K dengan bantuan pembiayaan
latihan secara pinjaman, penginapan dan elaun sara diri turut
disediakan. - BERNAMA
petikan Akhbar:
Minda: Peluang belajar setara
Maka, saya nyatakan secara ringkas bahawa jurusan yang boleh dia pilih, termasuk terus ke tingkatan enam, mengikuti kursus diploma atau sijil berdasarkan kelayakan serta minat.
Saya bersimpati kepadanya kerana mendapati dia sudah membeli semua borang permohonan, termasuk bidang yang tidak berkelayakan. Remaja ini bertambah risau apabila si ibu secara berseloroh bercadang menikahkan anak gadisnya jika dia tidak lagi berpeluang melanjutkan pelajaran.
Saya yakin kisah seperti di atas adalah senario biasa yang terjadi kepada anak remaja kita yang baru menamatkan tempoh persekolahan wajib sebelas tahun iaitu selepas menduduki peperiksaan SPM.
Sebenarnya hal sedemikian perlu kita tangani secara mendalam. Proses bimbingan terhadap hala tuju kerjaya dan pembelajaran lanjutan bukan saja perlu dijalankan oleh guru di sekolah, bahkan juga oleh ibu bapa, waris serta masyarakat setempat, termasuk NGO seperti persatuan belia.
Remaja juga harus rajin dan proaktif. Jangan hanya berharap orang lain menyampaikan maklumat. Dalam suasana ketembusan media baru yang amat tinggi seperti Internet dan siaran televisyen berbayar, bukanlah satu alasan munasabah untuk mengatakan bahawa remaja sukar untuk mendapatkan maklumat daripada laman sesawang agensi yang berkaitan.
Jangan hanya menghadap skrin komputer semata-mata melayan laman sosial seperti facebook dan leka bermain ‘FarmVille’. Bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka adalah golongan yang lebih bertuah kerana terdapat input berkaitan kerjaya dan hala tuju akademik pasca-SPM dalam modul latihan sepanjang program berlangsung.
Terdapat dua pilihan utama pelajar selepas SPM iaitu sambung belajar atau bekerja (walaupun akan ada yang mencadangkan pilihan ketiga iaitu berkahwin, namun ia boleh dimasukkan dalam opsyen kedua iaitu bekerja).
Saya yakin sekiranya diberikan pilihan sebahagian besar remaja kita akan berusaha menempatkan diri bagi menyambung belajar. Umum mengetahui pilihan utama remaja serta ibu bapa ialah untuk belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG). Jumlah kemasukan yang terhad di IPT awam akan mendorong ibu bapa mengeluarkan belanja yang besar untuk remaja beElajar di IPT swasta.
Bagi sesetengah remaja yang kurang berkemampuan dari segi kelayakan akademik serta keupayaan kewangan, akan terus terjun ke dunia pekerjaan. Hakikatnya terdapat kira-kira 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.
Hal ini amatlah membimbangkan kerana ia seolah-oleh membiarkan seseorang yang pergi ke medan perang tanpa sebarang peralatan dan kemahiran untuk bertempur. Sudah pasti ia akan pulang dengan kecederaan yang menyeksakan atau hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa.
Kepada kumpulan ini, saya menyarankan agar anda terus menumpukan kepada proses pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.
Kini di negara kita terdapat banyak kolej kemahiran sama ada yang disediakan kerajaan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), GiatMara serta pusat latihan di peringkat negeri. Malah, terdapat banyak kolej kemahiran swasta yang mengkhususkan dalam bidang tertentu seperti mekatronik, automotif, pertanian dan kecantikan.
Sebenarnya tiada sebab untuk sesiapa pun menyatakan bahawa tidak ada peluang melanjutkan pelajaran yang mencukupi bagi lepasan SPM. Yang perlu kita lakukan ialah menggalakkan lebih ramai lepasan SPM memilih pengajian dalam bidang kemahiran. Paradoks lama yang mengatakan bahawa pengajian kemahiran adalah pengajian kelas kedua adalah suatu pandangan salah dan harus diketepikan.
Tiada istilah ‘peluang pertama’ bagi pengajian di IPT atau ‘peluang kedua’ bagi pengajian di kolej kemahiran untuk pelajar lepasan SPM. Yang ada ‘peluang setara yang utama’ bagi keseluruhan rakyat Malaysia. Hal ini diakui Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bertajuk “Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional”.
Beliau menyatakan, “di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ia dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad”.
Sebagai bukti, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2012 memperuntukkan RM200 juta bagi peningkatan pendidikan kemahiran untuk rakyat khasnya belia. Belia khasnya lepasan SPM harus merebut peluang ini sebaiknya. Tanamkan rasa yakin diri dengan melihat jauh ke hadapan. Tingkatkan ketabahan dengan mencabar diri sendiri agar menjadi yang lebih baik pada setiap waktu. Kejayaan seribu langkah di puncak bermula pada langkah pertama. Biar langkah anda kecil dan lambat, asalkan tiba di garisan penamat.
Anda seharusnya dapat menahan hati dari terus bekerja berbekalkan sijil SPM kerana bayaran yang diterima hanya kira-kira RM3.80 sejam untuk kerja selama 8 jam sehari. Sedangkan jika anda tabah untuk mengikuti latihan kemahiran sehingga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sudah pasti gaji yang diterima berkali-kali ganda daripada angka di atas.
Saya sendiri menyaksikan terdapat anak muda lepasan IKBN dan Kolej Komuniti yang ditawarkan bekerja pada hari akhir peperiksaan dan mendapat gaji yang lumayan.
Bak kata pepatah, “perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan”. Kini terletak pada setiap remaja untuk memilih laluan kerjaya sama ada yang bersifat segera dengan faedah jangka pendek atau yang berasaskan kemahiran khusus dengan ganjaran yang berlipat ganda. Harus diingat, menjelang 2015, warga yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan akan dianggap berpendapatan sederhana rendah kerana sasaran pendapatan per-kapita rakyat melalui Model Baru Ekonomi (MBE) Negara ialah RM49,000 setahun atau RM4,083 sebulan.
Bagi tujuan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah melancarkan Program 1 Belia 1 Kemahiran (1B1K) pada 2010 dengan mensasarkan agar setiap belia mesti memiliki sijil kelayakan tambahan selepas menamatkan peperiksaan SPM. Kita tidak mahu belia kita merempat di negara sendiri dan terpinggir dari arus perdana pembangunan.
INFO
SALAM, KURSUS TEKSTIL TU KAT MANA LOKASI PENYEDIA LATIHAN ?
ReplyDelete