Sultans of Science Petrosains
Kuala Lumpur Malaysia
Sultans of Science di Petrosains
Sultans of Science(SOS) merupakan pameran bergerak bertaraf
antarabangsa di mana pameran ini memfokuskan zaman kegemilangan Islam
dari sudut sains dan teknologi.
Banyak tokoh Islam yang cemerlang
akhlaknya seiring dengan penemuan, pencapaian atau bahan ciptaan mereka
yang mengkagumkan.
Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan
buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada
tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi
sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih
sempurna.
Sebagai contoh, Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang
dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama
melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal
terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah
mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini
yang lebih canggih.
SOS dimiliki sepenuhnya syarikat MTE Studios yang beroperasi di Dubai.
Kini SOS dalam rangka jelajah Asia di mana Kuala Lumpur, Malaysia
menjadi destinasi ketiga selepas Singapura dan Bangkok.
SOS akan berada
di Petrosains selama 6 bulan bermula 15 Disember 2012 sehingga 15 Jun
2013. Kemudian, SOS akan memulakan promosi jelajah Eropah bermula di
Norway dan Turki.
Cara Memasuki Pamreran SOS
Tiket berbayar dikenakan dengan harga RM 20 seorang bagi dewasa, RM 15
bagi remaja dan RM 10 bagi kanak-kanak. Namun, ada pakej istimewa dengan
harga yang lebih berpatutan bagi mereka yang datang bersama keluarga
atau secara berkumpulan.
Sila rujuk laman web rasmi Sultans of Science
untuk keterangan yang lebih lanjut. Klik http://www.petrosains.com.my/sultansofscience/ticket.html atau hubungi talian 03 2331 8181 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
Selain daripada pameran, SOS juga menyediakan beberapa aktiviti seperti
bengkel, pertunjukan Sains, demonstrasi mini dan juga permainan (basking) seperti I know your age, I know your number, I know you day dan macam-macam lagi yang pastinya menguji minda dan menghiburkan.
p/s : Kemasukan PERCUMA bagi ahli Petrosains :)
Maklumat lanjut sila hubungi:
Sultans of Science Desk,
Petrosains Sdn Bhd,
Level 4, Suria KLCC,
PETRONAS Twin Towers,
50088 Kuala Lumpur.
Tel: +603 2331 8181
Fax: +603 2331 1212
Email : sultansofscience@petronas.com.my
Sumber; http://misisitukangtulis.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen