Pages - Menu

Pages - Menu

CONTOH RESUME RINGKAS KERJA KERAJAAN

CONTOH RESUME RINGKAS KERJA KERAJAAN


Terdapat banyak contoh resume kerja kerajaan mahupun RESUME kerja swasta di luar sana. Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu ada dalam resume anda.

Antara Contoh Perkara Penting Yang Perlu Ada Dalam Resume Kerja Kerajaan

 

 

 

1. Nama anda

2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja

3. Alamat, no telefon dan email anda.

5. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.

6. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.

7. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut

8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda

9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.

Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda menulis dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menulis dalam Bahasa Inggeris, anda akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.

TIP RESUME TERBAIK

Baiklah, kepada anda yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian, TAHNIAH saya ucapkan. Anda telah membuktikan bahawa anda boleh lakukan sesuatu yang mungkin sebelum ini anda tak pernah terfikir pun. 


Bertahun juga anda berhempas-pulas berusaha mencapai keputusan cemerlang dalam pengajian anda, akhirnya berakhir juga. Anda berjaya membuktikan kepada kedua ibu bapa anda yang pelaburan mereka selama ini kepada anda benar-benar terbalas kembali.

Setelah tamat pengajian maka akan bermulalah kehidupan sebagai seorang graduan yang bakal mencari pekerjaan yang selama ini anda idam-idamkan. Apapun keputusan anda selepas tamat pengajian, cemerlang atau kurang cemerlang…anda telah mencuba sehabis baik selama ini. 


Kehidupan sebenar anda bermula dan SELAMAT DATANG ke alam pekerjaan – punca rezeki anda.

Sebelum memulakan dunia pekerjaan anda, anda bakal bergelumang dengan satu skil yang akan mempromosikan diri anda sendiri kepada bakal majikan anda – Apakah skil yang saya maksudkan ini?

Skil yang maksudkan ini adalah “Skil penulis resume”. Skil inilah yang mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Tanpa skil penulisan resume yang baik anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda. Keyakinan mereka adalah target utama anda. Yakinkan dan kunci hati mereka dengan skil penulisan resume yang baik.





Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dalam satu subjek, anda pernah nyaris-nyaris mengulang paper subjek yang susah sangat tu…tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda. 


Ada juga daripada anda yang cemerlang dari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian. Anda cemerlang atau tidak, jika anda memerlukan pekerjaan, skil inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan. 

Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resumenya dan skil menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

“SELAMAT MAJU JAYA”


NOTA PENTING TENTANG RESUME KERJA

1- Menulis resume yang baik hanyalah permulaan untuk anda dipanggil temuduga.

2- Walaupun anda menulis resume yang baik tetapi jika anda tidak bersedia untuk temuduga, anda pasti kecewa apabila calon lain diambil bekerja kerana berjaya menjawab soalan temuduga dengan lebih baik.

3- Langkah seterusnya adalah bersedia untuk temuduga !


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen