RAHSIA RESUME KERJA MENARIK BAKAL MAJIKAN
MEMILIH ANDA SEBAGAI PEKERJANYA.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Anda sedang mencari kerja? Anda nak minta kerja? Tetapi anda tidak tahu cara nak buat resume?
Pentingkah sangat resume ini? Oklah sebelum bercerita lanjut, Saya ucapkan Tahniah kepada anda kerana terjumpa artikel ini, artikel yang akan membongkarkan bagaimana menghasilkan sebuah resume memikat gaya majikan.
Pada entry terdahulu pernah saya tuliskan berkaitan cara menulis resume. Kali ini saya nak kongsikan tips penyediaan resume. Kita semua nak dapat kerja yang bagus, kan? Kalau nak dapatkan kerja kenalah bermula dari minta kerja.
Erm kepada LEPASAN SPM yang nak minta kerja pun, bolehlah baca entry ni ya. Calon STPM 2011 yang belum tamat menduduki STPM, silakan tumpukan dahulu fokus anda pada peperikisaan ya! Sementara Nak minta kerja zaman sekarang ni kena la apply dan guna resume.
Resume berasal daripada perkataan Perancis adalah suatu medium bagi membolehkan majikan mengetahui mengenai diri seseorang pemohon, dalam erti kata lain ia memaklumkan mengenai kelebihan dan kelayakan pada diri individu itu.
Fungsi Resume
Bidang kerja swasta, anda perlu menghantar resume kepada syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan.
Resume yang terbaik yang menarik, meyakinkan akan membuatkan anda dipanggil
menghadiri temuduga. Ada company, biasanya dengan resume saja terus memilih pekerjanya. Ada juga hanya memanggil calon hadir temuduga hanya sebagai syarat sahaja.
Inilah kekuatan RESUME...
RESUME SEKTOR AWAM
Di Sektor Awam pula, terutamanya SPA, ianya agak berlainan. Resume dilihat/dinilai semasa hari temuduga.
Bukannya sebelum temuduga. Calon yang terpilih untuk hadiri temuduga dikehendaki untuk menyediakan resume. Dan dari resume tersebut, soalan-soalan temuduga boleh dihasilkan dan anda perlu menjawabnya.
Resume bertujuan memperkenalkan diri anda sebaik yang mungkin tanpa menyatakan fakta yang salah atau palsu, bagi mengelakkan pemohon terperangkap apabila dipanggil menghadiri sesi temuduga. Lazimnya, penemuduga akan menyoal anda berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam resume. Seandainya maklumat itu palsu, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu benar atau salah.
Berdasarkan pengalaman saya, jika maklumat dalam resume anda palsu, MENGELIRUKAN PENEMUDUGA, tak jelas, bahaya buat anda. Ramai calon temuduga yang terperangkap dengan resume sendiri! Apa yang ditanya berkenaan info di resume tidak dapat dijawab.
Bahasa Dalam Resume
Sediakan resume dalam Bahasa Melayu. Dalam BI boleh juga, tapi pastikan anda ‘ready’ untuk disoal banyak dalam English Language. Biasanya, untuk mohon kerja di sektor swasta, resume dalam Bahasa Inggeris adalah lebih banyak digunakan. Manakala bagi sektor awam, resume dalam BM adalah yang terbaik. Jadi, anda mesti study dulu berkaitan penulisan resume yang baik.
Resume Ringkas dan padat
Maksima resume – 2 muka surat!
Usah lebih dari itu kerana ianya mampu membuatkan penemuduga ‘malas’ melihat kesemuanya. Itulah yang terbaik! 2 pages sahaja. Dan pastikan resume anda padat!
Gambar
Gunakan gambar berwarna berukuran pasport pada bucu kanan resume anda. Ada juga yang letak di tengah, kiri. Tidak mengapa. Akan tetapi, sesuaikannya mengikut layout/template resume anda. Lain template, lain kedudukannya.
Kertas Resume
Resume hendaklah dicetak dengan kertas yang berkualiti. Disyorkan gunakan ‘glossy paper’saiz A4. Ramai orang sediakan resume dengan kertas A4 nipis saja. Usah ulanginya. Resume yang berkualiti, bersih melambangkan kesungguhan dan keperibadian diri si pemohon. Dan ianya mampu menambahkan persepsi yang baik pada si penilai.
Format RESUME
Pastikan format susunan maklumat pada resume anda adalah betul.
Pastikan ianya bermula dengan pengenalan diri anda. Jangan hentam kromo sahaja menyediakan resume. Pastikan FLOW nya betul!
Font
Gunakan font yang sesuai buat resume anda iaitu tahoma, arial,verdana atau calibri yang bersaiz 10-12. Jangan guna font pelik- pelik seperti handwritten, stencil dsbnya. Pastikan juga penggunaan font adalah sekata saiznya.
Rahsia Resume Memikat Gaya Majikan
Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap.
Mantap dalam perspektif ini adalah, bakal majikan anda seolah-olah dikunci oleh anda. Apa yang anda muatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan.
Apakah yang dimaksudkan memikat tu?
Baiklah, memikat yang saya maksudkan ini adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sambil lalu, tetapi bakal majikan tidak sabar-sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.
Cuba anda lihat, anda meletakkan pertaruhan diri anda ke dalam sehelai kertas…menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Anda tambahkan lagi dengan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Jika bakal majikan melihat resume anda, kebarangkalian beliau menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran anda sebenarnya, untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan bakal majikan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui anda dengan lebih lanjut. Disinilah akan timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resume bakal majikan akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, penting sekali untuk anda memberi tumpuan untuk menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.
Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan.
Anda di ibaratkan sebagai seorang ajen yang ingin menjual produk anda kepada bakal pelanggan. Produk yang saya maksudkan disini adalah resume anda dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada bakal majikan anda.
Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara promosikan produk tersangatlah penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda tetapi tiada usaha untuk promosikan produk anda, agak sukar untuk anda lakukan jualan walaupun satu produk.
Kalau nak resume percuma, di sini ada contohnya. Tapi bagi cikgu, untuk yang terbaik, kita harus rela bekorban sedikit wang kita.
Sebagai kesimpulan, resume yang hebat ditambah pula anda muatkan unsur memikat di dalamnya akan menaikkan rating untuk resume anda dipilih ke temuduga. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya.
Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang Hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang HEBAT :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen