Pages - Menu

Pages - Menu

Kerjaya Pengutip Sampah Mereka Juga Berjasa Kepada Kita

Kerjaya Pengutip Sampah Mereka Juga Berjasa Kepada Kita

 Gambar Pekerja Alam Flora sedang mengutip sampah
 di Bandar Temerloh Tahun 2011.

Dalam kehidupan kita setiap hari ke sana sini kita pasti akan terjumpa beberapa buah tong tong sampah yang besar yang selalu ditempatkan di tepi tepi jalan. Jika kita tinggal di kawasan perumahan, pasti ada tong sampah disediakan di hadapan rumah kita untuk dikutip oleh pengutip sampah yang dilantik oleh pihak berwajib.

        Adakalanya kita juga akan terserempak dengan pengutip sampah yang sedang memasukkan sampah-sampah yang ada ke dalam lori. Setelah selesai mereka akan berpindah pula ke tong tong sampah yang lain. Adakalanya berlari-lari anak mereka mengejar ke tong yang berikutnya sementara lori sampah berjalan perlahan-lahan mnyusuri llorong-lorong dan jalan-jalan yang mempunyai tong sampah.

Begitulah rutin pekerjaan mereka setiap hari. Kerjaya mengutip sampah juga merupakan fardhu Kifayah kepada umat Islam. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. 

    Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, pengutip sampah tetap telah meninggalkan jasa kepada kita. Lihatlah kerja mereka.

     Soal bau yang tak terhidu akan kebusukannya sudah jadi biasa buat mereka semua. Pekerja pengutip sampah ini telah lali dengan bau busuk.  Bab ulat ulat yang tak terkira jumlahnya sudah jadi umpama pemandangan seharian buat mereka.Ini belum lagi termasuk bab lelehan air air yang hitam dan berlendir.  

      Seorang cleaner atau pencuci di kawasan bangunan juga tidak kurang pentingnya. Tanpa pekerja pembersihan di bangunan, kita tentu tidak selesa. Pekerja inilah yang akan membantu memastikan kawasan bangunan yang kita lalui dan gunakan sentiasa bersih.  Rutin diorang ialah menyapu sampah, menyiram pokok bunga dan membuang dedaun kering.

      Seorang 'cleaner' pendapatannya hanya lebih kurang RM500.00 sebulan (tahun lepas) tetapi tetap meneruskan kerja mereka tanpa keluhan.  Namun begitu mereka semua akur bahawa inilah pekerjaan mereka. Dengan cara inilah mereka memperolehi rezeki halal untuk menyara keluarga mereka.

Siapa di antara kita yang sanggup untuk menggantikan mereka?  Kalau ada pun mungkin dalam 100 adalah 2-3 orang sahaja manakala kebanyakan dari kita yang lain hanya akan pandai untuk membuat aduan sampah tidak diangkut. 

         Sedarkah kita, tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama? Tak kanlah sampah sebungkus gula-gula pun berat untuk kita buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di kaki lima bangunan yang kita lewati? Sama-samalah kita menjaga kebersihan tempat tinggal kita, kejiranan kita, sekolah kita, tandas kita, sungai kita, tasik kita, hutan kita dan alam kita ini. 

           Cuba pembaca bayangkan jika tiadanya pengutip sampah ni..Apa akan jadi pada negara? Sampah dibiarkan membusuk, menyebabkan kebersihan tidak terjaga. Apabila kebersihan tidak terjaga , penyakit berjangkit  mudah merebak.  Jika ini terjadi, musnah negara. 

Gambar Masjid Nabawi  dan Kubah Hijau pada zaman moden

Ada sebuah cerita yang ada kaitannya untuk saya kongsikan. Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah SAW, berkenaan seorang wanita yang kerjanya adalah membersihkan Masjid Nabawi.
Wanita ini, hari-hari membersihkan Masjid Nabawi. Kita nampak, kerjanya hanya ‘cleaner’ yang hari ini bergaji agak rendah. 
Wanita itu pula melakukannya dengan suka rela, tanpa disuruh sesiapa. Wanita tua bernama Ummu Mihjan, seorang miskin lagi tiada harta.

Pada suatu waktu, ketika akan shalat Subuh, Rasulullah SAW merasa ada yang hilang dari  kawasan masjid.
 Ummu Mihjan, wanita tua yang setiap hari selalu membersihkan Masjid Nabawi.

“Di mana Ummu Mihjan?” bertanya Nabi kepada para sahabat yang pagi itu shalat Subuh bersama beliau.

“Kami telah memakamkan dia, tadi ma­lam,” jawab mereka.
“Mengapa aku tidak diberi kabar?” ber­tanya lagi Nabi.
“Sebetulnya kami ingin memberitahu­kan. Namun ketika kami sampai ke rumah Rasulullah, Rasulullah sudah tidur, kami tidak berani mengganggu tidur Rasul­ullah,” jawab mereka. “Maka jenazah itu kami bawa ke Baqi dan kami mengubur­nya di sana.”

 
Maka Rasulullah SAW meminta agar  ditunjukkan kubur wanita itu.

Segera para sahabat mengantar Ra­sulullah menuju makam Ummu Mihjan.
Setiba di sana, beliau memimpin sha­lat berjama’ah yang diikuti para sahabat, dengan takbir empat kali.
 
“Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Ummu Mihjan, seorang wa­nita tua yang miskin, lemah, namun selalu berusaha sekuat tenaga mempersem­bahkan yang terbaik bagi agama Islam,” begitu doa Rasulullah.

Lalu beliau menjelaskan bahwa ku­buran itu penuh dengan kegelapan, tapi Allah SWT akan menerangi kuburan itu ka­rena doa Rasulullah.


Subhanallah..lihatlah peribadi mulia ini..Hanya sebagai cleaner, namun kehadirannya dirasai oleh Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW bersungguh-sungguh memuliakan pengutip sampah ini hingga sanggup melakukan solat jenazah ghaib kepadanya.

 Kita tidak boleh lagi menilai kerja secara berpilih. Bermula daripada pengutip sampah hinggalah kepada kerja pemandu pesawat pejuang semuanya adalah penting dan dihormati oleh Islam selagi ianya diiringi dengan niat. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah. 

Begitulah kita memandang manusia, kemuliaan seseorang bergantung sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kita itu,moga-moga ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Berikut ialah artikel berkaitan kerjaya pekerja di Alam Flora, Pak Latif dan sahabat-sahabatnya seperti yang tersiar di akhbar Kosmo:

Tidak malu kerana kerja mulia



SELEPAS lebih 15 tahun bergelar pekerja am Alam Flora, Latiff menyaksikan pelbagai ragam manusia termasuk membantu menggagalkan satu kes rompakan beberapa tahun lalu. 


WALAUPUN bergelumang dengan sampah serta kekotoran, tetapi wajah-wajah inilah yang sentiasa memastikan ibu kota sentiasa bersih dan cantik. 


ANANDAN menguruskan peralatan water jet untuk menyedut sampah dan lemak beku yang terkumpul dalam longkang.



KETIKA ramai yang sedang nyenyak dan dibuai mimpi namun lain pula bagi Latiff Jaafar. Lelaki berusia 55 tahun itu bangun dari tidur seawal pukul 3 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. 


Dengan menyarungkan baju Alam Flora, seluar slek hitam, memakai topi dan kasut, dia memulakan perjalanan dari kediamannya di sebuah pangsapuri di Bangsar, Kuala Lumpur ke tempat kerja dengan menaiki basikal. 


Kayuhan menuju ke Lorong Maarof, Bangsar selama 25 minit sudah biasa buatnya.


Sebaik tiba di pejabat Alam Flora cawangan Bangsar, cerita anak jati Muar, Johor itu lagi, perkara pertama yang dilakukannya ialah mendaftar masuk melalui alat perakam waktu sebelum pukul 4.30 pagi.


Dia kemudiannya mengayuh basikal itu semula menuju ke Jalan Telawi yang hanya mengambil masa lima minit untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.


Sebelum itu, dia mengambil peralatan pembersihan seperti penyapu dan penyodok yang disimpan di sebuah kedai makan lalu menuju sekitar kawasan premis hiburan malam kerana pada kebiasaannya, kawasan parkir di situ dipenuhi sampah. 


Seterusnya, Latiff membersihkan pula kawasan di sekitar tapak parkir di hadapan sebuah pusat gimnasium memandangkan pengunjung pusat itu akan tiba seawal pukul 7 pagi.


Jika tidak dilakukan segera, ia akan menimbulkan kesukaran untuk membersihkan sampah dari bawah kereta.


Tugasnya belum selesai. Latiff lazimnya akan berhenti berehat selama 20 minit sebelum memulakan kerja di zon lain sehingga pukul 11.30 pagi. 


Latiff memberitahu, dia bekerja pada setiap hari kecuali mempunyai kes kecemasan. Begitulah rutin hariannya sejak 15 tahun yang lalu.


Bagi pekerja am Alam Flora itu, dia memahami bahawa tugasnya bukan untuk masuk ke pejabat berhawa dingin atau berpakaian kemeja dengan imej korporat.
'Pejabatnya' ialah di jalanan dan tempat awam. Begitupun, dia tidak pernah merungut dengan jadual kerjanya kerana menyedari menguruskan soal kebersihan itu sebagai tuntutan fardu kifayah.


Pengalaman kerja


Berbicara lanjut mengenai kerjaya yang diceburinya sejak berusia 24 tahun itu, Latiff memberitahu bahawa dia pernah berkhidmat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama 15 tahun sebelum berpindah tugas ke Alam Flora pada tahun 1999.


Sebelum itu, Latiff pernah melakukan pelbagai kerja termasuk di kilang, berniaga dan pembantu kedai. 


"Ketika memulakan tugas di DBKL dulu, saudara saya memberitahu jika saya tidak malu bekerja sebagai penyapu sampah, saya boleh mendapat pekerjaan itu dengan segera," ujarnya.


Mengimbas kembali pengalaman itu, bapa kepada tiga orang anak itu memberitahu, dia sekali lagi diduga sewaktu sesi temu duga sama ada dia benar-benar bersedia untuk berkecimpung dalam bidang kerja yang tidak diminati ramai itu.


Penemuduga turut mempersoalkan sama ada dia sanggup menyahut cabaran jika ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. 


"Jawapan saya ketika itu, saya tidak kisah dan sanggup bekerja di mana-mana sahaja. Lagipun, saya sedar kerana tidak mempunyai kemahiran lain dan tidak berpelajaran tinggi," ungkapnya yang menamatkan pendidikan sehingga tingkatan tiga sahaja.
Justeru, anak kedua daripada enam adik-beradik itu hanya mampu menguatkan semangat dan mengikis perasaan malu yang ada dalam diri semata-mata mahu mencari rezeki halal.


Walaupun bagi sesetengah pihak, kerja itu dilihat kotor tetapi Latiff tidak pernah mempedulikannya asalkan tidak menyusahkan orang lain.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mampu menggunakan tulang empat keratnya untuk meraih pendapatan tanpa menyalahi undang-undang.


Walau bagaimanapun, dia mengakui, sewaktu kali pertama kali menyapu sampah sememangnya timbul perasaan malu kerana orang yang lalu-lalang melihatnya.
"Ketika itu, saya muda. Jadi memang berasa segan sedikit. Namun, mujur saya seorang yang sabar, tabah dan tidak mengambil peduli dengan tanggapan orang ramai. Saya kini masih berkhidmat pada usia separuh abad.
"Biarpun segelintir orang memandang rendah pekerjaan ini, saya tidak peduli asalkan pendapatan yang diperoleh mampu menyara keluarga dan membesar serta menyekolahkan anak-anak," ungkapnya.
Enggan bekerjasama 


Dalam pada itu, sepanjang sesi temu bual diadakan bersama Latiff, warga emas itu kelihatan tegas dan tidak putus-putus memberi nasihat kepada pemilik dan penyewa bangunan rumah kedai serta pekerja restoran agar tidak melonggok sampah di merata-rata tempat.


Selama tiga jam bersama Latiff, tinjauan mendapati segelintir pihak sesuka hati melonggok sampah di pangkal pokok dan kaki lima.


Ketika ditanya kepada Latiff, dia memberitahu itulah sikap kebanyakan individu yang bergantung kepada pekerja Alam Flora untuk mengutip longgokan sampah.


"Mereka tidak menggunakan penyodok sampah sebaliknya melonggok sampah dan menunggu kami membersihkan longgokan itu. 


"Apa salahnya mereka kaut semua sampah itu dan masukkan ke dalam tong sampah? Memanglah tidak salah tetapi mereka melepaskan semua tanggungjawab pembersihan kepada kami," keluhnya sambil menyifatkan hal itu sepatutnya tanggungjawab bersama.


Warga emas yang pernah memenangi anugerah perkhidmatan sebanyak lima kali itu memberitahu, sikap masyarakat dahulu lebih baik berbanding sekarang. 


Menurutnya, hari ini dia memerhatikan ramai orang yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat.


Jika dahulu, dia jarang melihat longkang yang tersumbat dengan minyak pejal atau lemak, sebaliknya hanya terdapat plastik atau sisa makanan. Keadaan hari ini berbeza hinggakan pekerja pembersih terpaksa menggunakan water jet untuk memecahkan sisa makanan yang telah menjadi beku. 


Jika hal tersebut tidak segera diatasi, ia boleh mengakibatkan sistem perparitan dan pembetungan tersumbat. 


Namun, kesemua sampah sarap itu dibersihkan dengan sabar oleh kumpulan petugas Alam Flora kerana itulah tuntutan tugas mereka. 


Jenayah pagi
Menyentuh mengenai cabaran dalam bidang itu, Latiff mengakui tiada sebarang masalah cuma berhadapan dengan risiko bahaya ketika menjalankan tugas pada awal pagi.
Sepanjang tempoh bekerja terutama pada awal pagi, dia telah menyaksikan pelbagai kejadian yang membabitkan kes kebakaran, ugut dan rompakan.
Menurutnya, dia pernah melihat sekumpulan lelaki yang bergaduh kerana seorang lelaki yang mabuk membuang air di kaki lima.
Berikutan itu, lelaki mabuk berkenaan dipukul sampai mati namun dia tidak berani meleraikan pergaduhan tersebut kerana khuatir menjadi mangsa. Dia sebaliknya hanya mendapatkan bantuan pihak polis.

Selain kejadian itu, dia juga pernah menyelamatkan seorang wanita yang diugut dan dirompak.
"Seingat saya, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu yang membabitkan seorang wanita yang diugut sekumpulan samseng.


"Ketika itu, saya memberanikan diri untuk menyelamatkan wanita tersebut dengan menggunakan penyodok dan penyapu," katanya sambil menyifatkan banyak kejadian yang berlaku pada awal pagi lantas membuatkan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.


Selain Latiff, S. Anandan, 50, yang telah berkecimpung dalam bidang itu juga menyuarakan perkara yang sama.


Dia yang mempunyai empat orang anak mengakui, walaupun terpaksa bergelumang dengan sampah sarap dan bau busuk, ia tidak menjadi masalah untuknya asalkan dapat mencari rezeki yang baik. 


Anandan yang bertugas dalam menguruskan kelengkapan water jet mengakui ia bukan satu tugas yang mudah.


Cerita anak jati Kuala Lumpur itu, kerja-kerja tersebut menuntut kesabaran, ketelitian dan komitmen yang tinggi.


Biarpun peralatan tersebut satu teknologi terkini yang mampu membersihkan longkang yang tertutup dengan berkesan namun terdapat risiko bahaya.


"Bayangkan, kumpulan lemak yang beku dalam longkang boleh dipecahkan dengan mudah, namun pengendalian jetter perlu dilakukan dengan berjaga-jaga kerana pancutan air tersebut yang kuat boleh menyebabkan maut jika terkena manusia," katanya sambil memberitahu telah menjalani kursus khas untuk mempelajari cara-cara mengawal peralatan tersebut selama tiga bulan.


Tambah Anandan, dalam menjalani tugasnya itu, dia juga berhadapan dengan risiko sakit belakang kerana sering mengangkat penutup longkang yang berat.


Sebelum kerja-kerja pembersihan dalam longkang tersumbat yang teruk dilakukan, kami terpaksa mengangkat kesemua penutup longkang untuk memudahkan kerja-kerja pecahan minyak yang beku.


"Ia sangat berat sehingga membuatkan rasa sakit di bahagian belakang terutamanya pinggang. Saya juga bukannya muda lagi," katanya berseloroh.

Sumber; Kosmo

Rezeki hasil kutip sampah


Lebih mengejutkan, pekerjaan dianggap kotor itu sebenarnya mampu memberi pulangan lumayan sekitar RM1,500 sebulan kepada kumpulan pengutip sampah dan barangan kitar semula itu.
Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih 20 individu bekerja sebagai pengutip sampah dan barangan kitar semula di kawasan pembuangan sampah itu yang dianggap ‘lubuk emas’ mereka.


Seorang pengutip sampah yang ditemui, Hanafiah Osman, 53, berkata hasil pendapatan bulanannya sebagai pengutip sampah dan besi buruk membolehkannya membesarkan lima anak sejak sekian lama.


Menurutnya, walaupun ramai pihak memandang hina terhadap pekerjaan dilakukannya, namun dia menganggap kerjaya itu menjanjikan pendapatan halal dan diberkati.


“Saya melakukan kerja ini sepenuh masa. Biasanya saya keluar rumah seawal jam 7 pagi sebelum pergi ke pusat pembuangan sampah berkenaan sambil menanti kehadiran lori sampah yang akan membuang sampah di kawasan itu.


“Bagi saya, sampah ibarat ‘harta karun’ yang boleh mendatangkan pendapatan walaupun ramai menyangka ia tidak lagi berguna,” katanya yang sudah terbabit dengan kegiatan itu sejak lebih 10 tahun lalu.


Walaupun dikelilingi bau busuk dan persekitaran memualkan, menurutnya kebanyakan mereka yang bekerja sebagai pengutip sampah dan besi buruk mampu memiliki rumah, kereta dan wang simpanan hasil pekerjaan itu.


Seorang lagi pengutip sampah yang hanya mahu dikenali sebagai Ayie, 52, berkata, dia mula terbabit dengan kerjaya mengutip dan menjual sampah sejak lebih 20 tahun lalu.


Menurutnya, dia lebih rela bekerja sebagai pengutip barangan terbuang di tapak pembuangan sampah daripada hidup mengemis dan menagih simpati masyarakat.


“Semua barangan terbuang seperti kertas, tin aluminium, besi dan botol boleh ditukarkan menjadi wang. Mungkin ramai tidak tahu, harga tin aluminium mencecah RM20 bagi setiap lima kilogram (kg), kertas pula RM15 untuk 50 kilogram dan plastik mencecah RM20 untuk 10 kilogram.


“Biasanya barang terbuang ini akan saya kumpulkan dulu sebelum dijual ke kedai membeli barangan kitar semula berhampiran pekan Chemor dan Kampung Tawas, di sini,” katanya yang menggunakan basikal untuk mengangkut sampah berkenaan.



Sumber; Harian Metro


Untuk info lanjut berkaitan Ilmu Fardhu Kifayah di dalam Islam, sila klik website JAKIM di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen