Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja
Kedah (DSDK) oleh DYMM Sultan Kedah
Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah
SEREMBAN 5 Feb. 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.
Darjah kebesaran tersebut yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan
kepada beliau sempena hari keputeraan baginda yang ke-85 pada 20 Januari
lalu.
Dr. Asma yang memulakan tugas di USIM pada 1 Disember tahun lalu
merupakan wanita pertama yang menerajui universiti tersebut dan
merupakan Naib Canselor ketiga selepas Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.
Dalam majlis itu, sebanyak 60 orang lagi turut menerima darjah kebesaran sama.
Antara penerima DSDK yang lain ialah Datin Tunku Marina Tunku Annuar;
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh; Ahli Parlimen
Kuala Kedah, Ahmad Kasim; Ahli Dewan Negara, Senator Muhamad Yusof
Husin; Pegawai Daerah Langkawi, Harun Jasin; Datuk Bandar Ipoh, Datuk
Roshidi Hashim dan Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksamana.
Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail yang memulakan
tugas beliau pada 1 Disember 2012 yang lalu merupakan Naib Canselor
wanita pertama yang menerajui universiti ini dan merupakan Naib Canselor
ketiga selepas YBhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda.
Sumber; Website USIM
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen