Pages - Menu

Pages - Menu

SAYA CUMA LULUS BAHASA MELAYU SPM KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?

SAYA CUMA LULUS BAHASA MELAYU SPM KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.

 Yang Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi anda. 

Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Logam  Dan Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembentungan Di IKM (Institut Kemahiran MARA) antara kursus yang baik untuk anda. elok anda mohon sekarang.


Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
1. http://apponline.mara.gov.my/spupim/ - Untuk Lepasan SPM & IKM - 01 Mac hingga 31 Mac 2013

Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:


Syarat Memohon:

Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan 

Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu * untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
 

Kod Kursus : M16
Kursus : Sijil Teknologi Fabrikasi Logam
Bidang : Mekanikal
Taraf : Sijil
Kategori : Teknologi










Tempat dijalankan di IKM: 
                      Kuala Lumpur



Pengetahuan dan latihan kemahiran meliputi:
  • Menilai kerosakan untuk menentukan jenis kenderaan baikpulih,peralatan dan bahan gantian.
  • Membuat kerja-kerja kimpalan gas untuk memotong dan mematri.
  • Membuat kerja-kerja kimpalan gas untuk memotong dan mematri.
  • Mengecat dengan cat biasa atau cat metalik secara semburan dan penggunaan berus.
  • Menanggal dan memasang semula komponen-komponen badan kereta termasuk pendawaiannya.
  • Teori ketukangan termasuk penganggaran kos kerja pembaikan.
Skop kerja: Mekanik & Juruteknik 

Tempoh Program:
Sijil – 2 tahun, kecuali Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) – 3 tahun

MAKLUMAT LANJUT SYARAT KEMASUKAN KE IKM SILA KLIK DI SINI

Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembentungan (L)dijalanlan di Pembentungan (L) IKM Kuching, Lumut, TSYA Pekan, Sg. Petani.Syaratnya SPM / SPMV dengan LULUS Subjek Bahasa Melayu.

Cara memohon:

PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)


Makluman
Pemohon boleh membuat permohonan kesemua institusi mengikut kelayakan yang ada.
Permohonan boleh dibuat secara terus melalui laman web institusi berkenaan.
Semakan keputusan permohonan juga hendaklah dirujuk ke laman web institusi berkenaan.
Pemohon berkemungkinan akan menerima lebih dari satu tawaran.
  KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) / KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) / INSTITUT KEMAHIRAN MARA(IKM) / GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)

2 comments:

  1. budak baru lepas amik result spm.Friday, March 22, 2013 at 12:13:00 PM GMT+8

    Salam
    cikgu nak tanya.benarkah upsi hanya mengambil
    lepasan spm straight A.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Anonymous budak baru lepas amik result spm. said...

    Salam
    cikgu nak tanya.benarkah upsi hanya mengambil
    lepasan spm straight A.

    Terima kasih.

    March 22, 2013 at 12:13 PM

    waalaikumussalam
    setahu saya tidak.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen