5 Tip Imej Ketika Temuduga pikat Penemuduga Majikan
Contoh Etika Pakaian Hadir Temuduga
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada bekas pelajar saya yang telah mendapat panggilan temuduga kerja. Tahniah diucapkan. Berikut ialah tip berpakaian ketika hadiri temuduga.
1) ‘Dress Code’
– Pastikan anda berpakaian formal lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Elakkan berpakaian kasual atau smart kasual kecuali anda memohon jawatan atau organisasi kreatif.
2) Kebersihan
– Pastikan imej luaran anda yang dilihat si penemuduga bersih. Hal Ini termasuk, rambut dan kuku yang pendek dan tidak berwarna. Elakkan bau rokok pada tubuh anda. Perkara ini boleh membunuh imej anda.
3) Bau-bauan
- Gunakan deodorant bagi mengelakkan bau badan. Selain itu, gunakan pewangi seminima mungkin. Elakkan ‘top-up’ pewangi 5 minit sebelum ditemuduga-anda mungkin akan meninggalkan bau yang sangat kuat.
4) Grooming
– Untuk wanita, solekan minima mampu mengelakkan wajah anda kelihatan lesu atau seperti baru bangun dari tidur. Untuk lelaki, cukur jambang atau misai anda dengan kemas. Pastikan kawasan muka anda kelihatan bersih. Imej professional anda dinilai daripada wajah anda dahulu.
5) Aksesori
– Gunakan tidak lebih daripada 5 jenis aksesori (untuk wanita) , pen dan jam yang dilihat professional dan berkualiti (sebaiknya jam yang tidak berbunyi)
Panduan > Etika Pakaian Temu Duga Penjawat Awam | ||||
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen