Cara Nak Buang Timeline dalam Facebook
SAYA hendak bertanya, bagaimana untuk membuang bentuk pandangan secara Timeline di laman sosial Facebook? Kewujudan Timeline ini agak menganggu saya ketika bersosial di Facebook.
- Shahira Ramli, KL.
Buang Timeline dalam Facebook
Apabila pihak Facebook membuat pengumuman berkenaan reka bentuk baru profil pengguna iaitu Facebook Timeline, keputusan tersebut tidak mengambil masa yang lama bagi pengguna melihat, mencuba dan menguji kesesuaian penggunaannya.
Sehingga sekarang, jutaan pengguna Facebook mempunyai reka bentuk profile Timeline ini. Tidak semua pengguna Facebook berminat dengan reka bentuk profil ini tetapi terpaksa menggunakannya dan reka bentuk profil ini menjadi sesuatu yang mesti.
Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan reka bentuk asal profil Facebook dan membuangnya.
1Terdapat beberapa aplikasi komputer untuk membuang reka bentuk Facebook Timeline ini seperti aplikasi F.B. Purity, TimelineRemove, SocialFixer dan lain-lain.
Aplikasi komputer ini untuk membuang reka bentuk Timeline Facebook berasaskan kepada pelayar web yang digunakan. Aplikasi berkenaan adalah sambungan atau plug-ins bagi sesebuah pelayar web.
2Ada cara manual untuk membuang reka bentuk Timeline ini tetapi hanya boleh digunakan kepada akaun Facebook yang mengaktifkan reka bentuk Timeline itu sebelum pihak Facebook mencanangkannya kepada umum.
Cara membuang juga memerlukan pengguna mempunyai akaun untuk Facebook Developer.
Cara manual membuang Timeline Facebook:
1Sebelum itu, pastikan mempunyai akaun di Facebook Developers dan buat satu akaun untuk apa-apa aplikasi Facebook.
2Pergi kepada Facebook Developers, klik butang Edit App. di sebelah kanan.
3Kemudian, klik butang Delete App yang ada di sebelah kiri muka laman tersebut.
4Pastikan klik butang Confirm untuk pastikan ia dibuang sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen