Al Fatihah Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru
Al fatihah dihadiahkan kepada Che Maznah Mad Isa, 56. Semoga allahyarhamah tenang di sana.
Salam takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah, sahabat handai dan murid-murid allahyarhamah.
Mari kita renungkan dan hayati Sabda Nabi Muhammad SAW berkaitan penuntut ilmu dan pengajar ilmu:
Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Jadilah
kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang
yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang
yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang
kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan
ahli ilmu".
Rasulullah
ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan
seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
" Kelebihan para
ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding
orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para
malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut
yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan
orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula
seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah
untuk para ulama."
- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)
Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, Che Maznah Mad Isa, 56, yang sedang menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah berkenaan sempena sambutan Hari Guru tiba-tiba rebah.
Beliau yang merupakan guru Matematik dan sudah 32 tahun berkhidmat di sekolah itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Jenazah guru itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE
Guru maut ketika sambutan Hari Guru
16 Mei 2013
ALOR SETAR - Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami
serangan sakit jantung ketika menyertai sukaneka sempena sambutan Hari
Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang hari ini.Dalam kejadian 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.- Bernama
Sumber; Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen