ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH
Apalah dosa anak kecil ini.
DADAH BUKAN PEMBERI BAHAGIA
BAHAGIA ITU MAKNAWI
ANUGERAH ILAHI
MAKA DEKATKANLAH DIRI DENGAN TUHANMU
MAKA DI SITU KAU KAN TEMUI BAHAGIA
Beginilah bila dadah sudah menguasai fikiran dan seluruh tubuh.
Dadah sangat kejam.
Dadah hapuskan kasih sayang.
Dadah pisahkan anak dengan ibu bapa.
Dadah hancurkan cinta suci suami isteri.
Dadah bunuh jiwa anak-anak.
Dadah musnahkan rumahku syurgaku.
Dadah biarkan fantasi kuasai realiti.
Dadah hancurkan cinta sejati
Cinta ibu pada anak
Cinta ayah pada anak
Cinta anak pada ayah
Cinta anak pada ibu
Cinta abang pada adik
Cinta adik pada abang
Cinta dan kasih sayang lenyap
Kau kata
saya malas solat, saya malas sangat,
saya malas belajar, saya malasssssssssss
saya cuma rasa nak lari dari masalah
dengan ambil dadah
Salahke?
Itu katamu.
Dengarlah wahai insan
Dengan ambil dadah
Dengan ambil dadah
Yang ada hanya
Dunia fantasi
di awangan
Janganlah kau khianati sebuah persahabatan
sebuah kasih sayang nan suci
Kau hapuskan kasih sayang sahabat sejati
Meracuni sahabatmu dengan dadah
Teganya hatimu
melihat sahabatmu derita dengan dadah yang kau kenalkan
sedangkan balasan TuhanMu itu sangatlah benar
Hari Pembalasan pasti akan tiba
Kerana Janji Allah itu maha benar
Dadah bukan penyelesai segala masalahmu wahai insan
Dadah yang kau rasa bahagia
Itu sebenarnya ada dalah derita
Dadah yang kau rasa beri kau penyelesaian masalah yang berserabut otak
Sebenarnya adalah tipuan
Hakikatnya kau tak boleh lari dari masalah
Masalah perlu dihadapi
Dengan sabar dan doa pada Yang Maha Esa
Masalah dihadapi dengan sabar mendirikan solat memohon kekuatan daripada Allah SWT Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang
PUSI JIWA CIKGUKAUNSELING.COM
SILA BACA CATATAN PENGALAMAN SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH
YANG TABAH DAN CEKAL MEMBESARKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN
TANPA SUAMI DI SISI KERANA SUAMI ASYIK KELUAR MASUK PUSAT SERENTI
BACALAH KISAH KETABAHAN WANITA INI SEHINGGA ANAK-ANAKNYA BERJAYA KE MENARA GADING:
JURNAL KEHIDUPAN CERITA SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH KLIK DI SINI
SILA BACA CATATAN PENGALAMAN SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH
YANG TABAH DAN CEKAL MEMBESARKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN
TANPA SUAMI DI SISI KERANA SUAMI ASYIK KELUAR MASUK PUSAT SERENTI
BACALAH KISAH KETABAHAN WANITA INI SEHINGGA ANAK-ANAKNYA BERJAYA KE MENARA GADING:
JURNAL KEHIDUPAN CERITA SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH KLIK DI SINI
ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH
KUALA TERENGGANU – Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.
Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.
Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.
Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.
“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.
“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek,” katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.
“Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.
“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine,” katanya.
Sumber - Sinar Harian Online, Khamis, 27 Jun 2013
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen