Pelajar Cemerlang Gagal Mendapat Tempat Di Universiti Kabinet bincang bantu pelajar
Read more t: http://www.astroawani.com/news/show/kabinet-bincang-bantu-pelajar-gagal-dapat-tempat-di-universiti-najib-18434?cp
Kabinet bincang bantu pelajar gagal dapat tempat di universiti - Najib
Kabinet akan membincangkan isu berhubung pelajar yang gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Saya tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di universiti tetapi jangan putus asa.(Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan," katanya dalam tweetnya hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan berkata 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun mereka memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan.
Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran di IPTA, demikian diumumkan Jabatan Pengajian Tinggi Khamis lepas.
Sumber; AstroAwani Berita mula diterbitkan pada: Julai 16, 2013 18:24 (MYT)
Kementerian Pendidikan Diminta Kaji Mengapa Pelajar Cemerlang Gagal Mendapat Tempat Di Universiti
BANGI: Kementerian Pendidikan diarahkan oleh Kabinet untuk
mengkaji kelemahan dalam prosedur pemilihan bagi kemasukan ke
universiti-universiti tempatan berikutan ramai pelajar cemerlang gagal
mendapat tempat.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu juga perlu lebih telus dalam proses pemilihan itu dilakukan.
"Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih telus, untuk orang ramai mengetahui bagaimana proses pemilihan dilakukan. Ia adalah sistem (itu masalahnya), tidak begitu banyak kepada bilangan tempat," katanya selepas merasmikan Pameran Sains Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak 2013.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kebanyakan pelajar dengan Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 4.0 ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tetapi universiti hanya boleh mengambil beberapa pelajar kerana tempat yang terhad.
Menurut beliau, terdapat mekanisme untuk menilai kesesuaian pelajar dengan mengambil kira pembabitan ko-kurikulum dan prestasi mereka pada temuduga untuk proses kemasukan.
"Isunya adalah ketelusan dan membiarkan orang ramai tahu apa sebenarnya berlaku. Apa yang berlaku di sini tidak banyak bezanya dengan negara lain. Di kebanyakan negara, tidak semua yang memohon mendapat tempat di universiti," katanya.
Beliau berkata majoriti pelajar cemerlang yang layak mendapat tempat di universiti tempatan dan hanya kira-kira 30% daripada mereka gagal dalam permohonan untuk mendapat tempat di IPTA.
Bagaimanapun, beliau berkata pelajar yang gagal dalam permohonan itu boleh membuat permohonan sekali lagi.
"Kabinet akan mencari jalan bagaimana untuk menempatkan mereka ke institusi pengajian tinggi swasta sekiranya permohonan rayuan mereka tidak berjaya," katanya
Sumber; mStar Ahad Julai 21, 2013
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen