بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah Pada pagi 17 Ramadan 2013 Masihi ini, umat Islam memperingati Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M.Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Bermula malam 17 ramadhan malam tadi, sebaik azan Isyak dilaungkan di surau perumahan saya, hujan lebat membasahi bumi seketika. Subhanallah.
Di Malaysia, ada negeri-negeri yang menjadikan peristiwa Nuzul Quran ini sebagai satu cuti umum. Tahun ini 17 Ramadhan 1434 Hijrah jatuh pada 26 Julai 2013, Hari Jumaat yang mulia. Subhanallah.
Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat
umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar
kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke
Hari Kiamat.
Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt
kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M
di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah.
Ketika
nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan
kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama
Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus
terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan
Nabi Akhir Zaman.
Allah SWT telah menurunkan al-Quran
sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad
SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya.
Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat
sunnah.
.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi
makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.
Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui
perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi
lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara
mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih
dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji
sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
- “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang
dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh
dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan
seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat
pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu
untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan
berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada
malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang
menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
Sila baca lanjut di
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen