Samsung Galaxy Note 3 menjadi tarikan utama di majlis pelancaran produk terbaru daripada Samsung yang berlangsung di Berlin malam 4 September 2013 Rabu minggu lalu. Ia bakal dibawa masuk ke Malaysia pada 25 September iaitu antara negara pertama yang memperolehnya.
Berikut adalah 13 ciri baru menarik dalam Note 3:
- Saiz 5.7 inci HD penuh Super AMOLED. Memaparkan skrin yang cantik dan sudut pandangan lebih jelas. Note 2 dulu bersaiz 5.5 inci.
- Senipis 8.3mm meskipun saiznya dibesarkan. Muat dalam poket. Selesa dipegang atau digenggam. Beratnya pun 168g saja yang langsung tidak membebankan pengguna.
- Terbaru, ia dilengkapkan dengan spesifikasi kamera lebih baik. Resolusinya ditetapkan pada 13 megapiksel tetapi menariknya kali ini bersama kamera tersebut ialah penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2.
- RAM sebanyak 3GB.Wow! Buat pertama kali telefon pintar menggunakan jumlah kapasiti RAM sebanyak ini. Apa fungsinya? 'multitasking' atau pelbagai kerja pada satu masa lebih lancar dalam Note 3. Telefon tidak terlalu perlahan dan kurang 'hang'.
- LTE. Ia sudah dilengkapkan dengan rangkaian LTE tidak kira negara mana anda berada. Pastinya, menepati standard lesen LTE Malaysia juga.
- Tiga warna iaitu biru gelap, putih dan merah jambu. Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan Note pada warna merah jambu secara terus yang disasarkan kepada golongan wanita yang juga dikatakan pengguna terbanyak Galaxy Note.
- Action Memo. Fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.
- Scrapbook membolehkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali.
- Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut.
- Pen Window. Pen stylus juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.
- Samsung KNOX. Sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.
- Find My Mobile yang dikemaskini. Jika telefon anda dicuri, apa yang perlu dilakukan hanyalah melayari laman web sebelum memadamkan data.
- Pemproses LTE 2.3 GHz Quad-Core atau 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz + A7 1.3 GHz)
- Boleh disesuaikan dengan Samsung Galaxy Gear!
Petikan berita selanjutnya:
Dianggarkan seramai hampir tiga ribu orang tetamu hadir di majlis pelancaran tersebut yang terdiri daripada rakan media dan rakan niaga Samsung.
Majlis gilang gemilang ini berlangsung di Tempodrom, Berlin sehari sebelum Expo Ifa 2013 (expo barangan elektronik pengguna) yang berlangsung bermula Khamis.
Gajet yang telah menjadi bualan di laman sosial beberapa bulan yang lalu mempunyai rekabentuk yang lebih artistik. Galaxy Note 3 mempunyai rekaan badan bahagian belakang diperbuat daripada bahan seakan kulit berbeza dengan rekaan Samsung sebelum ini yang menggunakan plastik polikarbonat.
Rekabentuk nipis serta lebih ringan, Galaxy Note 3 memiliki skrin paparan HD penuh bersaiz 5.7 inci jenis Super Amoled.
Galaxy Note 3 hadir dengan dua versi pemproses iaitu versi 3g Exynos 5 Octa dan versi lte. Antara lain ia juga menawarkan spesifikasi yang di pertingkatkan seperti penambahan Ram 3Gb dan kamera belakang beresolusi 13 megapiksel.
Didatangkan khas dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu, Galaxy Note 3 juga memiliki S Pen yang telah dikemaskini selain menawarkan fungsi ‘air command’ palet yang mempunyai lima fungsi utama seperti Memo, Scrapbook, Screen Write, S Finder dan Pen Window.
Antara lain, Samsung turut memperkenalkan jam tangan pintar iaitu Galaxy Gear. Jam tangan berbentuk empat segi ini mempunyai skrin sesentuh, kamera pada bahagian tali jam dan butang kuasa pada bahagian kanan.
Jam tangan berukuran 1.63 inci dengan resolusi 320 x 320 ini dilengkapi dengan pemproses 800 Mhz, Ram 512 Mb dan memori dalaman 4 Gb.
Turut memiliki aplikasi kamera 1.9 Mp dan pembesar suara mini pada bahagian tali, jam tangan ini beroperasi menggunakan sistem Android 4.3 Jelly Bean.
Didatangkan dengan enam pilihan warna, Samsung meramalkan Galaxy Gear bakal menjadi ‘ikon fesyen terbaru di dunia’.
Jam tangan ini turut digelar ‘pasangan’ kepada Galaxy Note 3 kerana ia boleh berhubung menggunakan alat Bluetooth diantara produk tersebut.
Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear dijangka berada di pasaran 140 buah negara seluruh dunia seawal 25 September ini.
Sumber; Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/samsung-lancar-note-3-perkenal-galaxy-gear-21722?cp
Celcom ada buat offer, boleh tengok kat sini, saya nak beli tak mampu, :(
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen