Kerjaya Penyelia Asrama Selepas SPM Cara Memohon
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon SPM 2013 yang berminat menceburi kerjaya sebagai Penyelia Asrama, bidang kerjaya ini menarik untuk anda pohon, samada di Kementerian Pendidikan Malaysia atau terus ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Tips menghadiri temuduga
-Faham apa bidang tugas jawatan yang anda pohon.
-Isu-isu semasa yang anda rasa hangat diperkatakan masa kini.
-lontarkan idea dan pandangan dengan cara kreatif.
-Jangan terikut-ikut dengan jawapan calon lain. Jawapan anda mungkin lagi baik.
-Jika tidak tahu jawapan, jujur bagi tahu bahawa anda tidak tahu.
-Jangan bercakap terlalu laju kerna ini akan menyebabkan anda lupa idea-idea penting yang hendak disampaikan.
-Berdoa Selalu. sebagai hamba di muka bumi, jangan lupa kepada Sang Pencipta. segala apa yang kita dapat di dunia ini, semuanya atas izinNya.
Untuk info lanjut pengalaman sebenar ditemuduga untuk jawatan ini sila ke blog
http://mynadine85.blogspot.com/2013/01/temuduga-jawatan-penyelia-asrama-n17.html
Di bawah ini ialah skop Kerjaya Penyelia Asrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
Jawatan-jawatan bukan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatan | : Penyelia Asrama | ||||||||||||||
Kementerian | : Kementerian Pelajaran Malaysia | ||||||||||||||
Kumpulan Perkhidmatan | : Sokongan | ||||||||||||||
Klasifikasi Perkhidmatan | : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan | ||||||||||||||
Jadual Gaji |
|
||||||||||||||
Syarat Lantikan | : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan P1 : RM927.03 ] ; dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
||||||||||||||
Taraf Jawatan | : Tetap | ||||||||||||||
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Perkhidmatan |
: Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Penyelia Asrama Gred N17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | ||||||||||||||
Fungsi Bidang Tugas | : Fungsi bidang tugas bagi Penyelia Asrama Gred N17 adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA | |||||||||||||||
MAKLUMAT TAMBAHAN | |||||||||||||||
Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi
syarat- syarat seperti berikut :
|
SENARAI TUGAS PENYELIA ASRAMA
1.
Memastikan makanan yang
disediakan mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti.
2.
Memantau penyediaan makanan dan
memeriksa bekalan mentah bagi tujuan penyediaan makanan di dapur.
3.
Bertanggungjawab tentang
kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
4.
Menyelia kebersihan dapur, dewan
makan dan bangunan asrama.
5.
Menentukan alatan asrama sentiasa
baik dan selamat.
6.
Menyediakan rekod penghuni sakit
dan menghantar penghuni asrama yang sakit ke klinik dan hospital.
7.
Menyelia kerja-kerja yang
dijalankan oleh pekerja-pekerja asrama.
8.
Mengurus tentang buku stok
keperluan asrama seperti perabut, peralatan dan lain-lain.
9.
Mengurus semua urusan kewangan
asrama seperti buku tunai , kutipan yuran asrama, resit penerimaan asrama,
dokumen pembayaran dan lain-lain.
10.
Menyediakan tuntutan wang lebihan
makanan asrama.
11.
Menyediakan Laporan bulanan asrama,
prestasi pembekal makanan ( 2 kali setahun) dan retan asrama.
12.
Mengurus kemasukan dan pendaftaran
penghuni asrama.
13.
Memastikan makan malam dan supper
disediakan oleh pembekal makanan.
14.
Menjalankan tugas yang diarahkan
oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM.
CARA MEMOHON:
Klik di sini
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen