Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan. Masa memang amat cemburu dnegan kita, kan. Masa mengenali anak-anak cuma dalam tempoh 9 bulan rasanya belum cukup untuk saya mengenali keseluruhan diri anak-anak. Namun, saya ucapkan ribuan terima kasih anak-anak sentiasa tidak jemu membuat temu janji dengan saya hingga ada yang merajuk hati. Maaf ya anak-anak.
Saya tidak dapat memuaskan hati semua anak-anak, tetapi saya cuba membantu secara umum. Anak-anak perlu utamakan proses P&P. Saya sedia bertemu anak-anak di luar waktu sekolah agar tidak mengganggu PNP anak-anak. Terima kasih ya anak-anak, kerana sentiasa membuatkan perkhidmatan kaunseling ini sentiasa HOT MARKET.
Kepada anak-anak yang telah selesai menduduki PMR siang atdi, tahniah diucapkan. Kepada yang masih ada satu lagi kertas esok, sila jawab dengan baik ya.
Kepada anak-anak yang akan menduduki SPM, usah gentar untuk menghadapi SPM 2013. Keputusan percubaan SPM bukan alasan untuk anak-anak berdukacita, patah semangat dan putus asa mencapai kejayaan.
Seiring dekatnya SPM, debaran halatuju kerjaya menghantui fikiran sebahagian anak-anak. Keliru mana satu IPT, layakkah ke universiti atau macam mana? Usah putus asa. Jalan kejayaan sentiasa terbuka luas. Institusi Kemahiran Awam, Politeknik, IKBN, dan lain-lain institusi kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Anak-anak boleh klik HALATUJU, di sini, di blog saya ini bagi memudahkan anak-anak membaca online berkaitan halatuju kerjaya yang sesuai dengan mata pelajaran ayang anak-anak ambil dan keputusan SPM 2013 ananti.
InshaAllah kita masih ada masa lagi anak-anak untuk kita perbaiki kelemahan. InshaAllah semoga kejayaan mengiringi usaha anak-anak yang berterusan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen