Pages - Menu

Pages - Menu

Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran



Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran

 

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Unit Prestariang Bhd, Prestariang Systems Sdn Bhd, telah memperoleh projek tiga tahun bernilai RM20 juta daripada Kementerian Pelajaran.

Projek itu ialah untuk membekalkan perisian berlesen dan perkhidmatan tambah nilai berkaitan, terdiri daripada perisian dan perkhidmatan autodesk kepada semua institusi pengajian tinggi, termasuk universiti, politeknik dan kolej komuniti.

"Perjanjian ini adalah lanjutan daripada kontrak sebelumnya bertarikh 30 Sept tahun ini," kata syarikat dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Prestariang Systems telah memeterai program dengan IPTA, dikenali sebagai Program Pentauliahan Profesional (3P).

Program 3P telah dimulakan pada 2006 untuk merapatkan jurang antara graduan teknologi maklumat dengan harapan industri terhadap prestasi mereka.

"Pembekalan perkhidmatan dan perisian autodesk ialah sebahagian daripada projek yang sedang dilaksanakan oleh Prestariang dan akan terus menyumbang secara positif kepada aliran pendapatan syarikat," tambahnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen