Alhamdulillah saya telah menghadiri Program Aku Nak Sihat. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Kuantan dengan PPD Kuantan - Unit PPdA telah diadakan pada 25 September, Rabu lalu di Dewan Seri Bestari. Program termasuk bagaimana HIV AIDS merebak dan langkah pencegahan HIV AIDS.
Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada program ini. melalui kerja kumpulan pula, ia dapat membina keyakinan dan keberanian para peserta.
Sebagai fasilitator untuk program ini, anak-anak buah saya terdiri dari pelajar SMK Sg Soi, SMK Paya Besar dan SMK Lepar Hilir.
Petikan daripada akhbar Berita Harian berkaitan Kempen " Nak Sihat':
Kementerian Kesihatan akan melancarkan kempen 'Nak Sihat' secara besar-besaran pada bulan ini atau Mei depan bagi mendidik orang ramai menjaga kesihatan mereka.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kempen itu juga bertujuan menyatukan kempen kesihatan sebelum ini seperti Jelajah Sihat, Ekspo Sihat dan Karnival Sihat bagi memastikan semua negeri dan daerah menggunakan satu kempen saja.
“Orang ramai diharap dapat mengamalkan apa yang dipelajari dalam kempen ini nanti,” katanya kepada media selepas merasmikan Ekspo I Want: Sihat Bersamamu 2013, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon.
Bina laluan khas
Tiong Lai berkata, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina laluan di taman perumahan dan kampung bagi membolehkan orang ramai dapat berjalan 10,000 langkah sehari.
Mengulas mengenai penahanan seorang ‘mak nyah’ yang menyamar sebagai doktor sambilan di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin, Tiong Lai berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk menyiasat perkara terbabit dengan kerjasama polis.
“Kita boleh mengambil tindakan terhadap klinik ini, yang mengupah doktor di bawah Akta Perubatan, manakala pihak polis pula boleh mendakwa doktor berkenaan di bawah Akta Polis kerana membahayakan nyawa pesakit dengan memberi rawatan salah.
“Semua hospital atau klinik dinasihatkan supaya menyemak dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum mengambil doktor untuk bekerja dengan mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen