Pages - Menu

Pages - Menu

Etika dan Adab Ketika Hadiri Temuduga

Etika dan Adab Ketika Hadiri Temuduga



Ketika menghadiri temuduga, pastinya ada perkara yang perlu dan jangan dilakukan oleh anda ketika temuduga. Berikut adalah perkara yang perlu dan jangan dilakukan ketika temuduga yang dapat dikongsi kepada anda semua.

Perkara Yang PERLU & JANGAN Dilakukan Ketika Temuduga

1. Perkara yang sangat penting, pastikan calon cari dulu lokasi temuduga sebelum hari sebenar anda calon perlu menghadirinya. Ini bagi mengelakkan anda tersesat atau tiba lewat pada hari berkenaan. Calon perlu sampai ke lokasi sekurang-kurangnya 10 minit awal sebelum waktu yang ditetapkan. Kelewatan adalah perkara yang paling tidak boleh diterima dalam temuduga. Jika ia tidak dapat dielakkan, sila hubungi dan maklumkan mengenai kelewatan anda.


2. Kaji dan kenali jenis temuduga pekerjaan yang akan calon hadiri. Buat persediaan dan berlatih sesuai dengan jenis temuduga pekerjaan tersebut. Namun, jangan menghafal atau terlebih berlatih hingga cara anda menjawab nanti kelihatan dibuat-buat. Semak soalan lazim temuduga yang terdapat dalam panduan temuduga.

3. Berikan salam hormat kepada penyambut tetamu atau pembantu syarikat tempat anda memohon kerja. Di sinilah anda dapat menampilkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.

4. JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga.

5. Jika diberikan borang permohonan kerja, isi dengan kemas, lengkap dan tepat.

6. Bawa salinan resume untuk dirujuk panel penemuduga. Lebih baik jika anda sertakan bersama portfolio kemahiran kerja anda.

7. JANGAN terlalu bergantung kepada borang permohonan dan resume untuk menampilkan kebolehan anda. Tidak kira bagaimana hebat pun anda dari segi akademik untuk jawatan yang dipohon, anda masih perlu mempromosikan diri di hadapan penemuduga.

8. Beri salam kepada penemuduga dan sebut pangkat atau gelaran mereka – Cik, Puan, Encik atau Dr. Jika anda tidak pasti, tanyakan kepada penyambut tetamu.

9. Berjabat tangan dengan `kemas’ dan yakin. JANGAN bersalam dengan tangan yang basah.

10. Tunggu sehingga anda dipelawa untuk duduk dan betulkan kedudukan tubuh serta `bahasa badan’ anda. Duduk tegak, JANGAN memperlihatkan wajah anda yang gugup sebaliknya tunjukkan wajah bersedia dan berminat sepanjang tempoh temuduga.

11. JANGAN cuba-cuba untuk berjenaka ketika ditemuduga.

12. Buat eye contact yang baik dengan penemuduga. Maksudnya calon memberi seluruh perhatian kepada panel temuduga bukannya memandang ke arah lain sewaktu menjawab soalan. Ini kerana eye contact mempunyai makna dan pengaruh yang amat besar.

13. Tunjukkan bahawa anda sangat berminat bekerja di syarikat itu.

14. JANGAN merokok walaupun si penemuduga mengajak anda berbuat demikian. Elakkan juga merokok sebelum menghadiri temuduga supaya badan tidak berbau. Segarkan nafas anda.

15. JANGAN gunakan bahasa pasar, slang atau kata-kata seperti ‘uh’, `hmmm’ dan sebagainya.

16. JANGAN bercakap terlalu lemah-lembut. Suara yang bertenaga menggambarkan keyakinan diri anda.

17. Miliki keyakinan dan tenaga yang tinggi tetapi JANGAN keterlaluan.

18. JANGAN pula tunjukkan anda teramat memerlukan pekerjaan hingga sanggup menerima apa-apa jawatan pun.

19. Elakkan berbicara mengenai topik yang kontroversi.

20. JANGAN mengulas apa-apa yang negatif mengenai bekas majikan, penyelia atau teman sekerja.

21. Pastikan pendapat bernas anda disampaikan dengan baik dan disokong dengan fakta supaya mampu difahami oleh penemuduga.

22. JANGAN sesekali menipu. Jawab pertanyaan panel temuduga dengan tepat dan padat. JANGAN berikan jawapan yang meleret.

23. Tekankan mengenai pencapaian anda. JANGAN bercerita perkara bersifat negatif mengenai diri sendiri.

24. JANGAN berikan jawapan yang terlalu ringkas seperti ya atau tidak. Bila perlu, sokong jawapan anda dengan sedikit penerangan dan contoh. Ceritakan perkara yang dapat menyerlahkan bakat, kemahiran dan kesungguhan anda.

25. Buktikan bahawa anda ada membuat kajian mengenai syarikat dan industri yang ingin diceburi bila menjawab soalan.

26. JANGAN berbicara mengenai masalah peribadi atau keluarga.

27. JANGAN jawab soalan dengan berkata sesuatu seperti “Itu soalan yang bagus..”. Calon boleh mengambil masa untuk memikirkan jawapan dengan mengulang semula soalan atau meminta penemuduga mengulang soalan. Tidak mengapa jika anda mengambil masa sejenak sebelum menjawab soalan.

28. JANGAN jawab sebarang panggilan telefon bimbit ketika sesi temuduga. Pastikan anda sudah senyapkan atau matikannya.

29. Tunjukkan apa yang anda boleh lakukan untuk syarikat berbanding apa yang boleh anda peroleh daripada mereka.

30. JANGAN terburu-buru bertanyakan hal gaji, cuti, bonus atau faedah sehingga anda benar-benar menerima tawaran kerja itu tapi sentiasa bersedia jika ditanyakan soalan sebegitu.

Kesimpulannya, calon hendaklah peka tentang apa sahaja perkara yang perlu dan jangan dilakukan ketika menghadiri temuduga. Hal ini perlu diteliti supaya calon dapat memahami dan mengetahui setiap perkara yang perlu dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan ketika menghadiri temuduga.

Oleh itu, jadikan artikel diatas sebagai panduan dan sebagai langkah persiapan untuk anda yang perlu menghadiri temuduga. Dengan adanya panduan ini diharapkan anda dapat membuat persiapan dan persediaan yang sewajarnya agar tidak kelam-kabut ketika menghadiri sesi temuduga. Semoga berjaya!


 
Sumber:
http://www.asaskerjaya.com/2014/05/perkara-yang-diberi-perhatian-ketika.html

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen