Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
Bil |
Syarat-Syarat Permohonan
| Keterangan |
i. | Kelahiran |
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN Kawasan Tempat Tinggal / Penghulu Mukim / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk sahaja. Nazir masjid / pengerusi surau atau ketua komuniti kaum adalah tidak dibenarkan untuk mengesahkan permastautin.
|
ii | Peringkat Pengajian |
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / matrikulasi / advance diploma / asasi / STPM / STAM dan pengajian di institusi luar negara adalah tidak layak memohon). Pelajar Kolej Vokasional seluruh negara tahap 1 - 5 adalah juga tidak ditawarkan buat masa ini.
|
iii | Penajaan |
- Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja.
|
iv | Pencapaian Akademik |
- Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
|
v | Tahun Pengajian |
- Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN / SEMESTER AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.
|
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Bil | Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik |
i. | Ijazah Pertama |
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
|
ii | Diploma |
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.
|
iii | Sijil (IPTA) |
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM
|
iv | Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) |
- Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM;
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen