TINDAKAN CALON PT3 MEMOHON KE KOLEJ VOKASIONAL
Berikut adalah *TINDAKAN CALON PT3* yang telah membuat permohonan secara online sebelum ini.
1. Log in ke website *www.moe.gov.my* menggunakan *ANGKA GILIRAN PT3* dan *NO. KAD PENGENALAN*.
2. *MENGEMASKINI* maklumat berikut:
A. *Keputusan Pentaksiran Sekolah*
B. *PAJSK*
C. *PPSI*
D. *Pilihan Program / Kursus* (sekiranya berlaku perubahan.
3. Pastikan calon membuat *DUA PILIHAN PROGRAM*.
4. Tarikh tutup permohonan & kemaskini adalah pada *25 DISEMBER 2016* tepat jam *12.59 AM*
5. Tarikh-tarikh penting
A. *16-22 JANUARI 2017* :
Semakan Nama Dan Edaran Surat Tawaran Calon Yang Berjaya.
B. *23 JANUARI 2017* :
Pendaftaran Pelajar Tahun 1SVM Ambilan Januari 2017.
Harap anak-anak isi segera bagi yang mohon KV dan SM Teknik. Apa-apa kemyuskilan boleh rujuk kaunselor masing-masing.
NAMA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH
DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),
DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).
DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).
KEPUTERAAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.
Baginda merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.
PENDIDIKAN
PERLANTIKAN DIRAJA
Baginda pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Raja ketika Al-Marhum Seri Paduka Ayahanda baginda berangkat ke luar negeri dalam tahun-tahun 1956, 1959 dan 1965.
Pada 7 Mei 1974, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya menggantikan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang mangkat pada 5 Mei 1974.
Setelah genap setahun di atas singgahsana takhta Kerajaan Pahang, satu Upacara Istiadat Diraja yang penuh kebesaran telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Mei1975. Baginda telah ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
Upacara pertabalan tersebut telah dijalankan dengan penuh istiadat tradisi dan penuh berwarna-warni. Bandar Diraja Pekan dihiasi indah bagi memuliakan istiadat yang bersejarah dan penuh makna itu.
PERLANTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang Dipertuan Agong ke-VII menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke-VI, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Sebelum bersemayam selaku Yang Dipertuan Agong, baginda telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1975.
KEMANGKATAN KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah merasa amat dukacita di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 29 Jun 1988.
Takdir Ilahi ini berlaku hanya 6 hari selepas kemangkatan bonda baginda. Seluruh rakyat negeri Pahang berkabung selama empat puluh hari di atas kemangkatan ini.
PERKAHWINAN DENGAN DYMM SULTANAH HAJJAH KALSOM
Perkahwinan baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 telah mengubah suasana kemasyghulan yang menyelubungi baginda atas kembalinya ke rahmat Allah, permaisuri dan bonda yang dicintai. Perkongsian hidup baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah dikurniakan seorang putera yang dinamakan Tengku Fahd Mu’adzam yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.
KEPIMPINAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam lapangan ketenteraan. Pada tahun 1953, sekembalinya ke tanah air baginda beserta 116 anggota lain telah memasuki angkatan tentera sebagai Pelatih Pegawai Kadet di Port Dickson untuk menjalani latihan selama enam bulan. Latihan yang cukup intensif ini akhirnya hanya diselesaikan oleh 13 orang pelatih sahaja dan baginda adalah seorang daripada yang berjaya itu.
Baginda pernah ditugaskan berkhidmat dalam Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tapah, Perak dengan pangkat Kapten. Baginda juga pernah ditauliahkan dengan pangkat Major semasa berkhidmat dengan Askar Wataniah sebagai Pegawai Sementara.
Semasa Indonesia melancarkan kempen konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963-1965, baginda telah berkhidmat sepenuh masa dengan Pasukan Infantri ke-12 Batalion Askar Wataniah di Kem Batu 5, Mentakab sebagai Pegawai Pemerintah.
Baginda merupakan seorang Raja Pemerintah yang unggul dari segi budi pekerti, berhemah dan berpengetahuan tinggi.
Baginda mempunyai falsafah tersendiri iaitu ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’. Baginda selalu bercemar duli mengunjungi rakyat di setiap pelusuk negeri untuk mengenal dan mengetahui segala masalah mereka.
Ketokohan dan kewibawaan baginda sentiasa dikagumi. Baginda dikagumi atas keprihatinan serta sering menghulurkan bantuan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran.
NAMA ISTERI
DMN, DK, SSAP, SIMP
(Tarikh diputerikan :04 Disember 1933, di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman)
(Merupakan Raja Permaisuri Agong yang ke – tujuh pada tahun 26 April 1979 – 25 April 1984)
(Tarikh Mangkat : 29 Jun 1988, disebabkan Kanser di Istana Pahang, Kuala Lumpur)
PUTERA DAN PUTERI
Lapan (Tiga Putera dan Lima Puteri)
YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP., PSM., JP.
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP., PSM., JP.
YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.
YAM Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP.
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP.
YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato’ Hajah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
Tengku Dato’ Hajah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK.
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK.
ALAMAT PEJABAT
Pengelola Bijaya Diraja
Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
TEL: 09-422 1601
FAX: 09-422 3202
FAX: 09-422 3202
Sumber daripada Pejabat KDYMM Sultan Pahang