Pages - Menu

Pages - Menu

Lepasan Matrikulasi dan STPM CGPA 2.8 Akan Ditawarkan IPTA

Lepasan Matrikulasi dan STPM CGPA  2.8 Akan Ditawarkan IPTA Dengan Syarat Tak Memilih Jurusan Ditawarkan

Kuala Terengganu: Semua lepasan matrikulasi dan STPM dengan Gred Nilai Purata Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas yang gagal meneruskan pengajian, akan ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata semua 1,246 pelajar yang mendapat CGPA 2.8 ke atas berpeluang ke IPTA dengan syarat tidak memilih jurusan ditawarkan dengan surat tawaran akan dikeluarkan pertengahan bulan depan bagi sesi pengajian September ini.

 Tiada peluang jika tolak tawaran.

Awas Perokok kesan buruk merokok sebaik berbuka

Awas Perokok 

kesan buruk merokok sebaik berbuka



Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 
 
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat pembaca Muslim blog ini. 

Kesedaran tentang pentingnya “Budaya Membaca” sebagai satu agenda negara berikutan dengan pendedahan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1983, oleh ahli akademik dari universiti tempatan di bawah pimpinan Prof Atan Long dari Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa minat membaca buku di Malaysia sangat rendah (kajian secara umum).

Oh iya, saya ingin berkongsi satu bahan berkaitan cara membaca. Cara membaca berkesan ini adalah salah satu tip rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Kenape? Ta percaye ke? Oklah teruskan membaca entry ini ye.

Semasa saya berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah menengah agama di Perlis,  seingat saya pada awal tahun sebelum PMR bermula lagi, pihak sekolah tempat saya belajar telah mengadakan pelbagai program motivasi pelajar.

Sebagai pelajar tahun peperikaan ketika itu, memang berdebar hati saya. Saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. 

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

Survey (tinjau) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

- ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Pesakit HIV Pulih Setelah Pembedahan Tulang Sumsum

Pesakit HIV Pulih Setelah Pembedahan Tulang Sumsum

Pesakit kagum pulih daripada jangkitan HIV

WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.

Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.

Sejak 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan tulang sum-sum dan menunjukkan keputusan yang negatif dalam ujian HIV.

Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka

Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam khususnya kepada para follower, para pelajar dan rakan yang mengenali saya.

Kepada para pelajar yang berada di peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, anda boleh menjadikan post ini sebagai inspirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian / pelajaran anda.

Yayasan Cemerlang menawarkan anugerah biasiswa kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. 

Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi diri, di samping mencapai aspirasi masing-masing dan seterusnya  meyumbang kepada pembangunan negara.

Biasiswa  Tun Rahah melalui Yayasan Cemerlang sedang menawarkan biasiswa kepada penuntut ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana 2012.

Iklan Biasiswa Yayasan Cemerlang di Akhbar Harian Metro, Ahad, 22 Julai 2012.
(Baru hari ini cikgukaunseling.com berkesempatan menaip kembali artikel ini) 

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Penuntut Ijazah Sarjana Muda – minimum 5 A SPM / 3 A dalam STPM
  • Penuntut Ijazah Sarjana – Minimum CGPA 3.00 dari universiti yag diiktiraf.
  • Mempunyai bukti kegiatan lain seperti aktiviti luar atau aktiviti komuniti.
  • Baik dari segi kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan
  • Tidak mempunyai bantuan kewangan lain

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan adalah 30 Julai 2012

Bidang Pengajian

Pengakuan Pesakit HIV, Tuhan masih sayangkan saya

 Pengakuan Pesakit HIV, Tuhan masih sayangkan saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mari kita ambil iktibar daripada pengakuan pesakit HIV ini yang merupakan bekas penagih dadah tegar.

'Tuhan masih sayangkan saya'

KULIM - Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikehendaki polis kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah menyifatkan dirinya masih disayangi tuhan apabila doktor mengesahkan hayatnya akan dapat bertahan sehingga 2011 sahaja setelah disahkan dijangkiti HIV.

Menurutnya, ketika usianya 14 tahun, dia sudah mula berjinak dengan dadah dan sering melanggan pelacur dan melakukan seks luar tabii bersama mak nyah ketika tinggal di Kuala Lumpur.

"Selain itu, saya turut melakukan beberapa perlakuan jenayah sehingga ditahan polis.

"Semua ini tidak dihindarkan sehinggalah saya terlantar sakit. Doktor yang merawat mengesahkan saya dijangkiti HIV hasil dari hubungan seks bebas dilakukan," katanya.


Impian ngeri yang selama ini menghantuinya berlaku juga apabila anak ketiganya juga disahkan HIV positif. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, beberapa bulan kemudian, isterinya pula disahkan
mengalami nasib yang sama.

Cantiknya Logo 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati

Cantiknya  Logo 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati

Keterangan Logo 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

Info Bank Negara Malaysia Fund for Shariah Scholars in Islamic Finance

Bank Negara Malaysia Fund
for Shariah Scholars in Islamic Finance

The Shariah Scholarship Award is part of the Fund for Shariah Scholars in Islamic Finance, which was established to enhance knowledge, research, talents, and intellectual discourse in the field of Shariah. The Fund represents Bank Negara Malaysia's commitment to strengthen the development of the Islamic financial industry. 
      [See also: Shariah Research Grant]
 
The Scholarship is aimed at enlarging the pool of Shariah scholars who are well-equipped with the necessary knowledge and competencies in both Shariah and Islamic finance.

 
The Scholarship is available to qualified candidates pursuing the following:

  • Post-graduate (Masters or Doctorate) study at recognised institutions of higher learning in the field of Shariah, specializing in fiqh muamalat; OR
  • Certified Islamic Finance Professional (CIFP) programme conducted by the International Centre for Education is Islamic Finance (INCEIF). [More information about CIFP at INCEIF.org]

Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)

Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) Penajaan KPT



Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)

OBJEKTIF

Pada dasarnya biasiswa SLTP yang disediakan adalah untuk  menaja pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti keperluannya di politeknik dan kolej komuniti.

 Setelah tamat pengajian dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.75 dan tertakluk kepada semua syarat lantikan dipenuhi, pelajar akan dilantik sebagai tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti.

GOLONGAN SASARAN

Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (bagi pengajian di dalam Negara) dan lepasan  Diploma/Matrikulasi yang cemerlang (bagi pengajian ke luar Negara).

PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Pertama

TEMPAT PENGAJIAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN                PERJANJIAN

UTM Sasar Pendidikan Percuma

UTM bakal biayai kos pengajian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini dimuatnaik di blog ini sebagai sumber inspirasi kepada para pelajar yang berada di Tingkatan 6 Atas dan Matrikulasi agar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

" Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pada tahun ini UTM berjaya mengumpul RM40 juta yang mampu membiaya biasiswa kepada 150 pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) 3.75 ke atas dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi Sains."

PUTRAJAYA: Menjelang 2020, semua pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menikmati pendidikan percuma menerusi pemberian biasiswa Tabung Endowmen UTM yang mula ditubuhkan dua tahun lalu.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata, sejak ditubuhkan pada 2010, tabung berkenaan sudah mempunyai dana berjumlah RM40 juta dan menjelang 2020, ia dianggarkan berjumlah RM500 juta.

“Kita menjangkakan 8,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana diperoleh hasil kutipan daripada kakitangan UTM menerusi pemotongan gaji, alumni atau duit yang diraih daripada program anjuran pelajar.

“Tahun ini kita memberikan kepada 150 pelajar dengan sejumlah RM48,000 setiap seorang untuk membiayai pengajian mereka sepanjang di universiti. Tahun lalu, seramai 100 pelajar sudah mendapat manfaat daripada tabung ini,” katanya kepada media selepas program Impianku ke Menara Gading di kementerian di sini, semalam.

Semakan Tawaran Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta

Semakan Tawaran Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta



Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun menawarkan  para pelajar lepasan PMR yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sesi Julai 2012 Pada Jun 2012 yang lalu. 

Boleh rujuk entry berkenaan di blog ini, PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL LEPASAN PMR 2011di sini.

Oleh itu, bagi membuat semakan permohonan anda, sila klik di sini.

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Bagi Sekolah Sesi Petang berdasarkan Pemberitahuan KPM di website rasmi KPM.

Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT)

Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT)

Tarikh kemasukan Markah Lisan dan Kerja Kursus bermula dari 1 Ogos 2012 (Rabu) hingga 30 Ogos 2012 (Khamis)

» Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Sekolah, klik di sini.

Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA

Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA  Sesi 2/2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar di sekolah menengah atas dan di peringkat Matrikulasi, boleh menjadikan entry ini sebagai sumber insipirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian anda.

Kini, Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA sedang dibuka. Program ini merupakan penajaan Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. 

Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa. 

Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

TEMPOH PERMOHONAN:

Permohonan di bawah Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara bagi sesi 2/2012 dibuka dari 1 hingga 31 Julai 2012

Kategori : Warganegara Malaysia Sahaja

JENIS PINJAMAN
  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa
BIDANG PENGAJIAN

Ada 3 Kategori Umum:
  1. Bidang Kritikal
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula

Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula









Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai salah seorang Pembantu Guru Kesihatan (2011), antara tugas saya ialah membantu program kesihatan di sekolah. 

 Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA. Gambar daripada Kosmo.

Kepada pelayar blog ini, boleh lihat entry sebelum ini,



TENGKU ADNAN bersama Aminah (kanan) menyampaikan replika kad Program Vaksinasi HPV kepada seorang pelajar Kolej PTPL di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 16 Julai - Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).

Program ceramah HIV di sekolah

Program ceramah HIV di sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pihak sekolah telah banyak mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah.

 Program ini biasanya diadakan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV AIDS atau lebih dikenali Guru PPdA, atau Unit Bina Insan. 



Manakala di pihak PPD sendiri, turut ada Pegawai di Unit PPdA ini. Jika di Maran, Pahang, anda boleh lihat aktiviti yang dijalankan oleh UNIT PPdA Maran di http://ppdamaran.blogspot.com/

Pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi Guru SLAD dan Guru Pendidikan Anti Dadah dan HIV AIDS di SMK Abdul Jalil Kluang, ada beberapa program yang telah pernah saya dan rakan-rakan sejawatan laksanakan untuk para pelajar.

Penyakit HIV AIDS 

Kepada para pelajar dan pembaca blog ini, anda disyorkan membaca blog akuhivpositif.blogspot.com. Kalau boleh ikuti dari awal catatan penulis blog berkenaan. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Hanya mengikuti penulisan blog itu dari awal kemunculan blog itu sebelum blog itu  terkenal. 

Apa yang saya tahu beradasarkan catatan blog berkenaan, beliau bukan seorang pengamal seks bebas, atau penagih dadah namun ujian Allah menimpa beliau.

Memang pahit dugaan yang beliau alami. Ini kerana, stigma terhadap pesakit HIV selama ini. Namun, saya rasa, ada hikmah atas apa yang berlaku kepada penulis blog berkenaan. 

Sekurangnya dengan kemunculan blog berkenaan telah banyak membantu banyak pihak memahami akan penyakit HIV AIDS ini. Selain itu, pesakit HIV AIDS dapat saling menasihati, memberi sokongan dan motivasi positif. 

Bahkan kini, ramai kaunselor dan masyarakat yang bukan pesakit HIV turut sudi menghulurkan bantuan konsultasi kaunseling. Ya, sebenarnya, pesakit HIV AIDS memerlukan sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan baik.

 Sebagaimana pesakit jenis penyakit lain, orang sakit ini biasanya memerlukan insan-insan dan invidu yang saling menasihati  dan memberi dorongan serta sokongan daripada individu lain.

Di dalam Islam sendiri, Allah suka hambaNya saling bantu membantu atas kebenaran dan kasabaran.

 Blog akuhivpositif, http://akuhivpositif.blogspot.com/, Blog beliau memenangi sebuah anugerah peringkat kebangsaan dan masuk TV3.

Sedikit info berkaitan HIV AIDS

Di seluruh dunia, epidemik sejagat HIV/AIDS berkemampuan mencetuskan perasaan belas kasihan, perpaduan dan sokongan, mengeluarkan sifat terbaik seseorang, keluarga dan komuniti mereka. Tetapi penyakit ini juga dikaitkan dengan stigma, penindasan dan diskriminasi, sebab individu yang terlibat (atau dipercayai dijangkiti) oleh HIV telah disingkir oleh keluarga, kawan dan komuniti. Penyingkiran ini berlaku di negara maju dan juga negara miskin.

 Stigma adalah satu alat kawal sosial yang sangat berkesan. Stigma boleh digunakan untuk mengenepikan dan menggunakan kuasa terhadap individu-individu yang menunjukkan sesuatu sifat/ciri. Walaupun penyingkiran masyarakat terhadap kumpulan sosial seperti homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks wujud sebelum HIV/AIDS, penyakit ini telah memperkuatkan stigma ini. 

Dengan menyalahkan kumpulan dan individu ini, masyarakat boleh mengelak dari tanggungjawab untuk memberi penjagaan kepada kumpulan orang-orang ini. Ini bukan sahaja terlihat dalam cara mereka menyalahkan "orang luar" yang membawa HIV ke negara mereka, tetapi juga dalam bagaimana kumpulan-kumpulan ini dilarang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Boleh lihat artikel Sejarah Penyakit HIV AIDS di sini.

 Program ceramah HIV di sekolah (Kosmo)

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama 
kalinya menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.

Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

SEJARAH PENYAKIT AIDS

SEJARAH PENYAKIT AIDS



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kepada para pelajar dan pembaca blog ini, saya kali ini ingin berkongsi tentang Sejarah Penyakit Aids ini. 

Salah satu cara HIV AIDS merebak melalui suntikan jarum oleh penagih dadah.

Kronologi AIDS

Sebelum 1970an

HIV (virus yang mengakibatkan AIDS) berkemungkinan dipindahkan ke manusia di Afrika pada tahun 1930an.

HIV berkemungkinan masuk ke Haiti pada tahun 1966.
1970an
HIV berkemungkinan masuk ke Amerika Syarikat pada tahun 1970
Doktor-doktor di Afrika melihat kenaikan penyakit opportunis dan sindrom susut badan
Saintis dan doktor barat masih jahil terhadap epidemik yang meningkat
1981
AIDS dikesan di California dan New York
Kes-kes pertama adalah antara golongan homoseksual dan penagih dadah suntikan
1982
AIDS dilaporkan antara pesakit yang menerima transfusi darah dan orang Haiti di Amerika
AIDS dilaporkan di beberapa negara Eropah
Nama "AIDS - Acquired Immunodefeciency Syndrome" dicipta

Gadis Dijangkiti HIV Setelah Perbuatan Sumbang Mahram Bapa Tiri

Gadis Dijangkiti HIV Setelah Di...



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gadis ini dijangkiti HIV positif seawal usianya 15 tahun setelah diperlakukan perbuatan "Sumbang Mahram' oleh bapa tirinya.

Semoga ada sinar kehidupan baru kepada gadis ini.

BACHOK: Seorang wanita mendakwa dibaling plastik berisi kelapa parut oleh seorang pemilik kedai runcit gara-gara takut ‘berjangkit’ sebaik berita mengenai dirinya menghidap virus HIV tersebar luas di kampungnya.
Malah, saudara-mara termasuk rakan karib turut memulaukan dirinya hingga wanita berusia 23 tahun itu menangis mengenangkan nasib yang menimpanya.

Mahu dikenali sebagai Nita, dia berkata, penyakit itu bukan dicari, sebaliknya berjangkit daripada ayah tirinya yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat Aids.

Katanya, ayah tiri yang juga penagih dadah memperkosanya menyebabkan dia dijangkiti HIV.


Mengimbas kembali perubahan hidupnya, Nita berkata, kehidupan keluarga mula berubah apabila ayah kandung meninggal dunia sebelum ibu berkahwin dengan lelaki lain tanpa mengetahui suami barunya itu penagih dadah.

Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah

Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah

 Graduan Terbaik Keseluruhan KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka), Siti Fatimah Jaafar.

 

Website KUIM, Klik di http://www.kuim.edu.my/v1/

MELAKA: “Saya menuntut ilmu kerana Allah untuk mendapat keberkatan,” kata penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Siti Fatimah Jaafar.

Anak kelima daripada tujuh beradik berusia 21 tahun itu menerima anugerah berkenaan pada majlis Konvokesyen Kuim kali ke-16 selepas mencatatkan nilai purata gred 3.83 di Seri Negeri, di sini, semalam.

Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Syariah Islam berkata, kejayaan itu membuktikan anak pengawal keselamatan mampu berjaya jika berusaha secara berterusan.

“Syukur akhirnya usaha dan pengorbanan ayah, Jaafar Ali, 55, dan ibu, Tuan Khadijah Tuan Mohd Yusof, 52, sedikit sebanyak dapat saya balas dengan anugerah ini.

Langkah Jika Anak Anda Dibuli





“SITI tak mahu pergi sekolah. Tak seronok,” kata anak saudara penulis selepas dua bulan sesi persekolahan dibuka awal tahun ini. Hairan juga, kenapa si bongsu yang mempunyai perwatakan ceria tiba-tiba enggan ke sekolah sedangkan dia yang paling teruja untuk belajar di sekolah yang sama dengan dua abangnya.

Selepas puas ditanya barulah Siti memberitahu, rupa-rupanya dia sering dicubit oleh rakan sekelas yang duduk di hadapannya. Maka ibunya meminta si abang yang dilantik menjadi pengawas sekolah untuk memberitahu rakan tadi supaya menghentikan perbuatannya itu. Kami sekeluarga tidak menganggapnya sebagai buli (walaupun ia membuatkan Siti tidak mahu ke sekolah). Kami membuat andaian mungkin rakannya geram melihat wajah Siti yang gebu dan bulat.

  



FIZIKAL...buli fizikal biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan remaja lelaki.


AKRAB...mempunyai kawan-kawan rapat dapat elakkan kanak-kanak daripada jadi mangsa buli.


SINDIR...sindir, umpat dan ejek termasuk dalam perbuatan buli.


SUKAN...dapat pupuk rasa saling menghormati pada kanak-kanak dan remaja.

Namun secara umumnya kanak-kanak memang mudah menjadi mangsa buli, terutama yang baru masuk tahun satu. Sebelum si kecil anda menjejakkan kaki ke sekolah rendah, ibu bapa sepatutnya sudah menjalankan tanggungjawab mengajar anak-anak supaya mereka tidak menjadi mangsa buli.

Jika diperhatikan sekarang banyak sekolah meletakkan papan tanda atau pemberitahuan di papan kenyataan memberi peringatan kepada pelajar supaya segera membuat laporan kepada guru sekiranya mereka atau kawan-kawan menjadi mangsa buli.


Insiden buli tidak harus dipandang ringan kerana jika si pembuli itu berkumpulan, ‘denda’ dikenakan kepada mangsa yang pada asalnya hanya untuk berseronok boleh bertukar menjadi ‘seksaan’ sehingga membawa kecederaan dan ada yang berakhir dengan kematian. Membuli beramai-ramai memang boleh membuatkan orang hilang pertimbangan apatah lagi dengan sokongan moral daripada sorakan rakan pembuli.


Secara umumnya, kanak-kanak lelaki lebih cenderung menjadi mangsa buli berbanding perempuan sama ada dalam bentuk buli fizikal atau psikologi. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, mangsa buli kadang-kadang bertukar menjadi pembuli. Apabila dibuli, mangsa mungkin menunjukkan tindak balas seperti berasa resah atau agresif.

Oleh kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan, mangsa buli ini menjadikan kanak-kanak lain yang difikirkan tidak akan melawan sebagai sasaran. Dalam keadaan ekstrem, ada mangsa buli yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderaan yang dialami atau mereka boleh bertindak agresif dengan menyerang si pembuli.

Menurut Pakar Polisi dan Pendidikan Keluarga, Universiti New Hampshire, Malcolm Smith yang menjalankan kajian ke atas buli di kalangan rakan sebaya selama 30 tahun berkata, buli menjejaskan kehidupan kanak-kanak yang disisihkan kerana pelbagai sebab termasuk kemurungan, mempunyai isu kesihatan mental dan berbeza daripada segi saiz dan bentuk badan.

Tingkatan 6 bukan lagi pilihan terakhir






BOLEH BERJAYA...meskipun menganggap tingkatan enam susah, masih ada pelajar boleh meraih keputusan cemerlang. - Gambar hiasan.

SEJAK dulu, tingkatan enam sering diklasifikasikan sebagai pendidikan sukar dan menjadi pilihan terakhir pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau matrikulasi.

Begitu banyak definisi diberikan hingga menimbulkan justifikasi berbeza masyarakat menyebabkan tingkatan enam malap dan terpinggir.

Bagaimanapun, ada cadangan untuk memberi wajah baru kepada tingkatan enam baru - baru ini membabitkan dimensi dan nafas baru terhadap pendidikan berkenaan.

Menerusi imej baru cadangan penstrukturan semula, ia juga dianggap sebagai tanda terima kasih kepada tingkatan enam yang selama ini menjadi penyelamat khususnya pelajar yang ingin menjejakkan kaki ke menara gading.

Persoalannya, adakah dengan pembaharuan bakal dilaksanakan itu, tingkatan enam mampu menarik kembali ramai pelajar untuk meneruskan pengajian atau sebaliknya?

Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata, penjenamaan semula berkenaan tepat masanya bagi memberi ‘cahaya’ baru kepada tingkatan enam dan perlu segera dilaksanakan.

Menggamit Memori Sedekad Berlalu


Assalamualalaikum dan selamat sejahtera. Sepagi di IKIM. 15 Julai2012.
Sempena Karnival Ulangtahun Ikim ke 20.





Nostalgia lama mengimbau kembali. Melalui kawasan Lembah Pantai, ketika perjalanan pulang ke Kuantan.

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA LEPASAN STPM, MATRIKULASI SETARAF 2012/2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / SETARAF
(IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam Lepasan STPM/ Matrikulasi dan setaraf telah dibuka.

http://upu.mohe.gov.my 


Saluran 1
:
Saluran 2
:
Saluran 3
:
Saluran 4
:
Saluran 5
:


SMS: Taip UPU RESULT [NOKP] hantar ke 15888

Seramai 38,549 lepasan STPM, matrikulasi ditawar ke IPTA.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, usah berdukacita ya. Cuba merayu lagi di:

 

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah membuat semakan Keputusan Permohonan  Rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.

Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
  1. Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
  2. Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
  3. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
 Sila Buat semakan di sini.

     Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO.  Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. 

   Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam persekolahan tamat.

   Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.

   Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO  ini ada ditawarkan di Kuantan. 

 Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.

Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri 
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.



Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2. 
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.

Cuba baca print screen petikan akhbar ini:



Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?

      Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.

 POLITEKNIK METRO

Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.   

Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri. 

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di Felda Tenang, Labis, Segamat berlaku kejadian seorang peneroka nyaris dibelit ular sawa. Inilah asam garam kehidupan seorang peneroka yang menoreh pokok getah. Mari kita ikuti laporan akhbar Kosmo di bawah ini:

Selangkah dibelit ular



LABIS - Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam.

Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.

"Bila saya beralih ke satu pohon lain, saya terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukan saya.

Cara Menjadi Kaunselor Therapeutic

Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?



 Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:


Effective counselors have an identity
They respect and appreciate themselves
They able to recognize and accept their own power
They are open to change

Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Gambar Piramid Makanan


Tugas Ahli Dietetik

Pernahkah anda mendengar tentang kerjaya pakar pemakanan atau ahli dietetik? Pasti anda pernah mendengarnya kan?

Kepada para pelajar STPM dan Matrikulasi, anda yang berminat menceburi kerjaya ini eloklah membaca lebih lanjut entry ini.

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik. Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Ahli-ahli dietetik atau dietition amat diperlukan di hospital-hospital kerjaan dan swasta. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merancang supaya semua hospital di negara ini mempunyai ahli-ahli dietetik sendiri. 

      Langkah ini adalah untuk menentukan semua pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik di hospital berkenaan.

Bagi mereka yang sihat, ahli dietetik boleh membantu memberi saranan dan cadangan. Langkah ini diambil dengan menyampaikan maklumat tentang makanan yang bersesuaian kepada orang dewasa, kanak-­kanak, warga tua dan wanita mengandung.

 Gambar Hiasan: Pameran Pendidikan yang diadakan
 di ruang legar Bangunan Klinik Pakar HTAA

Pameran pendidikan kesihatan juga sering diadakan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Pameran pendidikan Kesihatan dengan pihak sekolah juga diadakan. Ahli dietetik dapat memberi khidmat nasihat dan segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

        Secara mudahnya ahli dietetik ini adalah  ‘penterjemah’ daripada ayat kepada makanan. Contohnya bagi seorang pesakit diabetis atau kencing manis, biasanya akan dirujukkan kepada Doktor Perubatan (MOPD). Doktor perubatan akan memberitahu seseorang penghidap kencing manis makanan yang perlu dielakka.

         Kemudian pesakit berkenaan biasanya akan dirujukkan kepada Unit Dietetik. Maka di sinilah, ahli dietetik pula akan mengesyorkan pengambilan makanan supaya individu itu dapat mengikutinya dengan lebih mudah.

        Ahli dietetik biasanya akan merujuk laporan perubatan pesakit berkenaan yang dibuat olehdoktor serta keputusan ujian makmal terlebih dahulu untuk ditafsirkan kepada pengambilan makanan seseorang pesakit.

Kepentingan Ahli Dietetik Masakini

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri akan mempertingkatkan bilangan pakar dietetik di negara ini berdasarkan keperluan semasa dalam usaha membendung penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini. 

     Sejak kebelakangan ini, bilangan pesakit NCD semakin meningkat. Kalau dilihat pada statistik, bilangan pesakit diabetes meningkat daripada 11 peratus kepada 15.1 peratus di kalangan rakyat dari 2006 hingga tahun lalu

       Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial-ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. 

       Perubahan ini memberi kesan ke  atas corak pola atau kadar morbiditas dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan tekanan darah tinggi.

           Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima ataupun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. 

Bagaimana Untuk Layak Sebagai pakar diet?

Pakar diet dilatih profesional yang mempunyai kelayakan yang boleh dipercayai untuk menjalankan penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan dan pemakanan campur tangan dalam menetapkan dan menyesuaikan diet, sama ada biasa atau dengan pengubahsuaian konsisten atau nutrien (s) untuk memenuhi keperluan individu berdasarkan masalah perubatan.