INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU KAYA KHAZANAH
Visitors playing with kelah, an endangered species,
at a sanctuary set up in Sungai Relau, Merapoh.
Sanctuary ikan kelah di Kuala Juram adalah
destinasi pilihan bagi pengemar ikan kelah. selain mandi manda anda juga
boleh bermain & berenang bersama spesis ikan ini di sekeliling
anda..satu pengalaman yang pasti sukar diperolehi di lokasi lain..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Melihat ikan kelah berenang di air jernih di Sungai Relau, Pahang, mengingatkan saya pada pengalaman masa kecil saya di sebuah penempatan yang mana saya mudah sahaja melihat ikan berenang, ada udang-udang kecil dan ketam batu bermain-main di air jernih sungai kecil di situ. Sangat banyak dengan di pinggir sungai ada pokok periuk kera. Namun setelah 15 tahun berlalu, sekarang pemandangan itu sudah tiada lagi di situ. Ini kerana pesatnya pembangunan di kawasan itu turut mencemarkan air sungai di kawasan itu lalu udang dan ikan pun saya dah tak nampak lagi di situ selain airnya sudah kotor. Semoga keindagan alam dan kekayaan khazanah negara kita walau di mana ia berada akan dipelihara oleh masyarakat setempat dan pihak berkaitan.
T aman Negara SUNGAI RELAU, MERAPOH...Sungai Relau terletak diselatan Taman Negara
Pahang. Ia merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Negara bahagian
selatan Kuala Tahan .Sementara pintu masuk yang berhampiran ialah Kuala
Koh Di Kelantan dan Tanjong Mentong di Terengganu.
Sungai Relau
terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan
laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar
berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM). Selain itu
pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan
menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat.
Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.
Taman Negara Sungai Relau merupakan laluan utama
bagi pendakian Gunung Tahan. Terdapat 2 alternatif pendakian iaitu
Sungai Relau-Gunung Tahan-Sungai Relau ( 4 hari ) dan Sungai
Relau-Gunung Tahan-Kuala Tahan ( 1 minggu )..pendaki akan menempuhi
pelbagai jenis lapisan hutan semula jadi yang kaya dengan flora dan
fauna sebelum sampai ke puncak. aktiviti ini sesuai bagi mereka yang
meminati cabaran!!!! ia
merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan
pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA
SEDIKIT FAKTA
Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi
tiga buah negeri di semenanjung malaysia ia itu Pahang, kelantan dan
terengganu.Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi
memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain Selepas kemerdekaan
pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman NegaraTaman Negara meliputi
kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.
Taman Negara Pahang seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar
.Taman Negara negeri Kelantan Darul Naim seluas 1013 km persegi
bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri trengganu seluas 853
km persegi bersamaan 85300 hektar. Dasar Perundangan yang dikuatkuasa
di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahang No.2 tahun 1939;
Enakmen taman Negara Kelantan no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara
Terengganu no 6 tahun 1939 Objektif penubuhan Taman Negara adalah
seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara
ARTIKEL DI BAWAH DARI KOSMO ONLINE:
SEBAIK sahaja memasuki simpang Bentong, Pahang perjalanan kru Horizon
menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau (TNPSR) ditemani oleh
pemandangan pekan-pekan kecil.
Sedikit sebanyak suasana tersebut menjadikan perjalanan sejauh 250
kilometer dari Kuala Lumpur tidak dirasakan terlalu jauh. Perjalanan itu
melewati pusat bandar Bentong, Raub dan Kuala Lipis sebelum tiba di
destinasi yang dinanti-nantikan.
Pemanduan ke sana menjadi sedikit mencabar kerana terdapat banyak
kenderaan memotong secara berbahaya walaupun berada di selekoh tajam di
jalan satu lorong itu.
Namun, hati semakin teruja tatkala melihat beberapa bongkah ‘hutan
batu’ gergasi yang ditumbuhi pohon-pohon hijau merimbun, menandakan
lokasi yang ingin dituju semakin hampir. Pemanduan selama lima jam
terbayar sewaktu kaki melangkah masuk ke hutan simpan TNPSR, Merapoh di
Kuala Lipis.
Ketenangan benar-benar dirasakan bagi mereka yang ingin melarikan
diri daripada kesibukan kerja kerana tiada gangguan panggilan keluar
masuk di TNPSR. Liputan perkhidmatan telefon mudah alih terhad
membuatkan anda lebih dekat dengan alam semula jadi.
Suasana di rimba masih terjaga dengan kekayaan flora dan fauna yang
diidamkan oleh seorang pencinta alam. Jika anda ingin merasa sendiri
pengalaman menangkap ikan kelah menggunakan tangan kosong, TNPSR adalah
tempatnya.
Pengurus RA Adventure & Tours, Roslan Abdullah, 49, atau lebih
dikenali dengan nama Pak Teh oleh penduduk setempat sudah berpengalaman
selama enam tahun membawa pengunjung ke santuari ikan kelah TNPSR.
Di situ pengunjung boleh menangkap ikan kelah hanya dengan menggunakan tangan.
Tiada magis dan mata kail diperlukan. Itulah keunikan santuari
berkenaan kerana ikan kelah yang terdapat di sana sudah jinak dengan
manusia.
“Pengunjung boleh memberikan makanan di atas tapak tangan, malah
mengangkat ikan kelah dengan begitu sahaja di santuari ini. Tetapi
mereka harus melepaskan ikan tersebut kembali ke sungai selepas
menangkapnya supaya populasinya tidak terganggu.
“Pihak kami membawa pengunjung melawat santuari selama dua jam untuk
dua sesi iaitu pada pukul 10 pagi atau 2 petang,” ujarnya yang menternak
ikan tilapia dan patin sejak tahun 1987.
Taman Negara Pahang yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi
sememangnya kaya dengan khazanah alam untuk diteroka sesuai dengan Tahun
Melawat Malaysia 2014.
Kepada mereka yang ingin meneroka kehidupan malam di taman negara
itu, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat hidupan liar
dengan mengikuti aktiviti Night Safari Walk.
Penguasa Taman Negara Pahang, Abu Zahrim Ismail berkata, mereka yang
bernasib baik berpeluang melihat haiwan jenis nokturnal (haiwan yang
aktif pada waktu malam) seperti tapir, musang dan kucing hutan ketika
Night Safari Walk.
“Pengunjung dinasihatkan agar tidak memakai wangian dan tidak membuat bising kerana ia akan menyebabkan haiwan tersebut lari.
“Mereka akan dibawa menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu
pelancong berlesen kerana laluan yang digunakan agak jauh iaitu
sepanjang tujuh kilometer,” jelasnya.
Bagi penggemar aktiviti lasak bolehlah mencuba aktiviti menerokai gua-gua yang terdapat di Merapoh.
Aktiviti selama tiga jam tersebut mendedahkan pengunjung kepada
cabaran memanjat dinding gua menggunakan tali, meredah tasik dan
abseiling untuk keluar dari perut gua.
Pemandu pelancong alam semula jadi, Mohd. Zulkifli Daud, 40, membawa
kru Horizon mencuba sendiri aktiviti tersebut di salah satu gua terkenal
di Merapoh iaitu Gua Jinjang Pelamin.
“Pengunjung tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan kerana
segala kelengkapan berkaitan disediakan dan mereka akan diiringi
beberapa orang petugas untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Keunikan gua ini, tasik dalam gua akan dipenuhi dengan air pada musim
kering, manakala air gua menjadi kering apabila tiba musim hujan. Kami
masih belum mengetahui tentang penjelasan saintifik di sebalik fenomena
tersebut,” katanya sambil berpesan kepada mereka yang berminat agar
menghubungi RA Adventure & Tours terlebih dahulu untuk membuat
tempahan awal.
Gua Jinjang Pelamin mendapat namanya disebabkan oleh percantuman dua tiang atau batu kapur stalagtit dan stalagmit.
Deruan hormon adrenalin bertambah rancak apabila berpeluang pula
memandu kenderaan semua permukaan (ATV) yang baru diperkenalkan sejak
awal tahun ini di Taman Cabaran Merapoh.
Pengusahanya, Mohd. Hafizul Hafiz Abdullah, 30, memberitahu, terdapat
cabaran laluan ATV disediakan buat masa ini di taman tersebut.
Setiap laluan memiliki tahap kesukaran yang berbeza bersesuaian dengan permintaan pelanggan.
“Harga bagi setiap laluan cabaran bergantung kepada tahap
kesukarannya. Ada laluan yang dibuat di luar kawasan taman negara kerana
ia lebih ekstrem.
“Pelanggan akan dibekalkan dengan kelengkapan keselamatan lain
seperti topi keledar keselamatan, gogel khas, sarung tangan, pad siku
dan lutut, selain diminta untuk memakai kasut bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.
Sumber;
Kosmo Online
NST;
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen