PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
PELUANG TAMBAH ILMU
EDU W EB TV , adalah salah satu contoh pendidikan dalam talian
yang sangat baik untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah.
KURSUS DALAM TALIAN PELUANG TAMBAH ILMU
BERIBU-RIBU kilometer dari Kuala Lumpur, seorang
pelajar kedoktoran
dari
Cameroon,
Michael Nkwenti Ndongfack, menghadiri
kelas Universiti
Terbuka Malaysia dalam talian. Dia berharap untuk menamatkan tesis
terakhirnya dengan
Skype.
Merupakan seorang kakitangan kerajaan, Ndongfack, tidak dapat menemui
kursus reka bentuk dan teknologi di negaranya. Sehubungan itu, dia
sanggup membayar kira-kira AS$ 10,000 (RM30,660) untuk ijazahnya.
Pendidikan universiti dalam talian berkembang dengan cepat di
Asia yang menggunakan teknologi dan internet.
“Saya memilih
e-pembelajaran kerana ia begitu fleksibel,” ujar
Ndongfack, 42, melalui Skype dari rumahnya di ibu kota Cameroonian,
Yaounde.
Kursus dalam talian berjaya meningkatkan peluang menuntut ilmu dan
ia sering dilihat jauh lebih murah daripada yang ditawarkan oleh
institusi tradisional.
Populariti
pembelajaran dalam talian ini tidak terkecuali daripada
pandangan beberapa universiti berprestij di dunia. Harvard dan Institut
Teknologi Massachusetts baru-baru ini dilapor bekerjasama untuk
menawarkan kursus percuma melalui internet.