Peluang Latihan Industri IPT dan Politeknik di KPT
Iklan Latihan Industri di KPT
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di
peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk
menjalani latihan industri di KPT. Penempatan pelajar latihan industri
di Bahagian/Pejabat/Unit di bawah KPT adalah disesuaikan mengikut bidang
pengajian yang dipelajari.
Syarat-Syarat Umum
Abdullah Ibn Umm Maktum si buta yang celik hatinya
Firman Allah Taala, maksudnya:
Dia bermasam muka dan berpaling. Kerana datangnya seorang yang buta. Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci? Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu? Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup, maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya. (Surah Abasa 80: 1 – 6)
Kali ini terasa kelainanya. Boleh jadi juga kerana tajuk talk
bulan ini tajuk yang paling diminati. Apatah lagi ia membicarakan
peribadi generasi yang amat hampir dengan seorang Nabi yang ummi.
Abdullah Ibn Umm Maktum si buta yang celik hatinya, namanya terbaris
sebagai seorang generasi al-Quran yang unik bahkan kerana dia dua kali
ayat-ayat Allah turun membasahi bumi.
Nabi Muhammad saw bersabda: Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit.
(Hadith sahih Riwayat al-Bukhari)
Bintang di langit peranannya bukan
sahaja menemani malam dengan penuh setia tetapi bersinar-sinar dan
menjadi pedoman bagi pengembara. Begitulah bandingan sahabat Nabi yang
setia itu, peribadi dan sifat-sifat mereka sebagai generasi al-Quran
yang amat unik ini menjadi suatu ciri yang boleh dipedomani oleh kita
dalam kehidupan.
Bajet 2013 Tingkat Kualiti Hidup dijangka perkukuh kesejahteraan rakyat, rancakkan ekonomi
Najib menunjukkan teks ucapan bajet 2013 ketika
melakukan tinjauan persiapan Bajet 2013 di Kementerian Kewangan, malam
tadi. - Foto BERNAMA
Bajet 2013 dijangka perkukuh kesejahteraan rakyat, rancakkan ekonomi
Putrajaya:
Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, hari ini dijangka penerusan dasar afirmatif yang beliau
perkenalkan sejak tiga tahun lalu untuk terus meningkatkan kualiti
kehidupan rakyat Malaysia.
Pakar ekonomi berkata, bagi memastikan pertumbuhan dan
perkembangan sosial yang mapan selain mengamalkan pengurusan kewangan
berhemat, bajet itu akan lebih kepada ‘pengembangan sedikit tetapi lebih
berhemat’.
Sudah banyak didebatkan yang bajet negara sebelum ini lebih terarah
kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas
pertengahan kerap kali diketepikan.
Tampung program rakyatPerbelanjaan Kerajaan
Persekutuan pada 2012 dianggarkan RM229 bilion dan ini bermakna
perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai
program menyeluruh bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam
beberapa bidang.
Kempen Haram Merokok Ditingkatkan
Tingkat kempen haram merokok
Putrajaya: Percanggahan pendapat berhubung fatwa mengatakan merokok
adalah haram di sisi Islam menyebabkan umat Islam tidak memandang serius
fatwa berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata kesedaran mengenai
bahaya rokok masih kurang dan tidak dipandang serius.
“Mungkin kewujudan beberapa pendapat membuatkan mereka leka
walaupun kesan buruk mengenainya dijelaskan dalam fatwa dan kempen anti
merokok yang giat dijalankan kerajaan. Jadi, kita kena kerja kuat (untuk
beri kesedaran).
“Mungkin Kementerian Kesihatan boleh melihat
sejauh mana penjelasan diberikan dari aspek kesihatan kerana mereka
(umat Islam) sendiri mahu lihat dari aspek kesihatan,” Datuk Othman
Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Mungkin Kementerian Kesihatan boleh melihat sejauh mana
penjelasan diberikan dari aspek kesihatan kerana mereka (umat Islam)
sendiri mahu lihat dari aspek kesihatan,” katanya selepas merasmikan
Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2012 anjuran JAKIM dan Kementerian
Kesihatan, di sini semalam.
Merokok adalah haram
Bahaya air ketum sama seperti dadah
Mudarat air ketum sama seperti dadah
PIHAK polis giat melancarkan operasi bagi membendung
pengambilan air ketum yang berleluasa terutamanya dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah. - Gambar hiasan
PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan.
Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi
bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah
menjadikannya merebak dengan begitu cepat.
Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan
baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil
dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara
tanah air.
Permohonan
ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon PMR 2012 yang berminat melanjutkan pelajaran ke MRSM pada 2013, anda boleh mula memohon MRSM bermula 1 Oktober 2012 nanti.
Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan
dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis
Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia
yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.
PERMOHONAN
-
Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
-
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 di website http://www.mara.gov.my/
-
Pemohon mestilah mengisi semua
maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta
memastikan borang tersebut dihantar secara online.
-
Pemohon juga perlu membuat
cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain
yang berkaitan ke alamat di bawah:
-
Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu
Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013
-
Pelajar Bumiputera tingkatan
tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan
tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di
Semenanjung Malaysia.
-
Pelajar yang sedang menuntut di
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
(SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan
ditawarkan ke MRSM.
-
Pemohon hendaklah lulus
Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan
memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
Cara Memohon MRSM Tingkatan 4 2013 Secara Online
Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib
Penyelidik medapati mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih
cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan. Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan
seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan
mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa
kepada keadaan termasuk obesiti.
Bagi Muslim, menilik nasib adalah satu perbuatan yang ditegah dan haram hukumnya. Sila rujuk entry sebelum ini. Horoskop Itu Perosak Akidah Umat Islam di sini.
Horoskop Itu Perosak Akidah Umat Islam
Horoskop perosak akidah
Adakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidik tarikh dan bulan
kelahiran untuk mengetahui sikap atau tingkah laku peribadi sendiri atau
orang lain adalah sebahagian amalan menilik nasib atau membaca
horoskop?
Mungkin ramai yang terkejut dengan pertanyaan ini, namun
hakikatnya, mengkaji, menelaah dan menilik sifat atau sikap peribadi
menerusi tarikh dan bulan kelahiran juga tergolong dalam perbuatan
menilik nasib seperti membaca ramalan bintang zodiak.
Perbuatan kufur
Pastinya, ramai umat Islam tidak menyangka, mengorek rahsia dan
sikap peribadi menerusi tarikh serta bulan kelahiran yang dipopularkan
beberapa pakar dan penceramah motivasi kebelakangan ini adalah tergolong
dalam perbuatan kufur, sama seperti mendatangi ahli nujum atau tukang
sihir termasuk bomoh.
Perkara ini ditegaskan Aishah P Othman ketika membentangkan kertas
kerja bertajuk ‘Pembabitan Remaja Terhadap Horoskop dan Kesannya
Terhadap Akidah’ dalam Seminar Akidah Peringkat Kebangsaan Pemerkasaan
Pemahaman Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Era Pasca Moden di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Pelajar peringkat sarjana dalam Jabatan Pengajian al-Quran dan
al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM itu, berkata perbuatan mengetahui
rahsia peribadi menerusi kajian terhadap tarikh dan bulan kelahiran
adalah sebahagian daripada perbuatan membaca horoskop atau ramalan nasib
berdasarkan kedudukan bintang.
Jauhi kaji dua rahsia ‘popular’
Kamu Menyintainya Dalam Diam
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui..
Saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta..
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
Mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak
melainkan untuk menyayangi sesama kita..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
“ Dan
janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“..
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
By Puan Ummi Monday, September 24, 2012
ADTEC, Halatuju, ILJTM, ILKA, ILP, Institusi Kemahiran, IPT, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM
Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI -
ILJTM Januari 2013
PANDUAN AM KEMASUKAN KE ILJTM (ILP, ADTEC, JMTI)
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan
bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran
pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan
Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Pengambilan Pelajar
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada
bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh
tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan
sesi yang akan datang.
Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (
online) melalui:
a)
Laman web JTM www.jtm.gov.my/online bagi permohonan kemasukan Sesi Januari (tiada No Unik ID diperlukan)
b)
Laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi permohonan kemasukan Sesi Julai (pembelian No Unik ID diperlukan)
Pilihan Institut & Kursus Di ILJTM
Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun JTM
adalah berhak untuk menentukan institusi latihan dan kursus yang akan
ditawarkan jika pemohon tidak layak/ tidak memenuhi syarat kelayakan
yang telah ditetapkan atau tiada kekosongan tempat .
Pemohon hanya
boleh memohon sekali sahaja bagi satu-satu sesi. Pemilihan kursus
hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
Bayaran
Yuran pengajian adalah
percuma bagi semua kursus di peringkat
Sijil
dan
pinjaman daripada
Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
disediakan bagi pelajar program pengajian
Diploma & Diploma
Lanjutan (bagi yang layak).
Lain-lain bayaran akan dikenakan semasa hari pendaftaran
(Anggaran bayaran pendaftaran adalah antara RM400-RM700 tertakluk
kepada institut).
Elaun sara hidup RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa latihan industri (bagi program peringkat Sijil sahaja).
Bagi pelajar
Orang Kurang Upaya (OKU), elaun sara diri RM300 sebulan dan yuran pengajian percuma.
Syarat Kemasukan Am ILJTM
A. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SPM:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
B. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SKM /ST:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM & ST;
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
KOMPOSISI LATIHAN
MAKLUMAT PENTING:
|
1.
|
Petak bertanda (*) wajib diisi untuk membolehkan permohonan dihantar.
|
|
2.
|
Anda mempunyai tiga (3) kali sahaja peluang mengemaskini maklumat permohonan.
|
|
3.
|
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk kemasukan ke ILJTM.
|
Sila baca maklumat di bawah sebelum anda membuat
permohonan (Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk
membuka fail dibawah
Panduan Am Kemasukan, klik di sini.
Panduan Syarat Kemasukan Ke ILP, ADTEC Bagi Lepasan SPM, klik di sini
Panduan Syarat Kemasukan Ke Lepasan SKM, ST, klik di sini
MAKLUMAT AM ILJTM
Pengambilan Pelajar Baru JMTI Sesi Januari 2013
Permohonan ke Insititut Teknikal Jepun Malaysia
JMTI Januari 2013
Insititut Teknikal Jepun Malaysia JMTI
JMTI telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan
Malaysia dengan Kerajaan Jepun.
Objektif penubuhannya adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan
menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang
teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam
sektor perindustrian. Institut ini menawarkan program latihan di
peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Lanjutan Teknologi
Kejuruteraan.
PROGRAM PENGAJIAN DI JMTI
(a) Diploma Teknologi Kejuruteraan
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
(b) Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Bagi pengambilan Januari 2013, berikut penerangannya:
Kursus yang ditawarkan:
J01 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02 Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03 Diploma Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04 Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Syarat kemasukan ialah SPM dengan 5 kredit :
BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.
Umur : 17 hingga 35 tahun
Kursus yang ditawarkan:
J01A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03A Sijil Asas Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Syarat
kemasukan ialah Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2012 dengan 5 kredit :
BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal
lain.
Umur : 18 Tahun
OKU Gigih Muhammad Zhariff Tiada Halangan Berbakti
MUHAMMAD Zhariff bersama ibunya Mariatul Akmar.
Print Screen Harian Metro 23/9/2012, Zhariff tiada halangan berbakti
PROFIL: Muhammad Zhariff AfandiTarikh lahir: 7 Disember 1981
Akademik:
Ijazah Seni (Pengkhususan Sosiologi) KDU
Pembangunan Psikologi Universiti Griffith, Australia
Kerjaya:
Ketua Pegawai Eksekutif The Zhariff Initiative Sdn Bhd (TZI), Muhammad Zhariff Afandi
Pencapaian:
Anugerah Belia Perdana (Pencapaian Luar Biasa) 2011
Wakil Kementerian Belia dan Sukan dalam Majlis Pembangunan Belia Kebangsaan
Ahli Jawatankuasa Pemikir Program Transformasi Ekonomi - Pembangunan Belia
Pengarah penganjuran Burma Blaster Sound Sessions
Anugerah Belia (Sosial dan Komuniti) Kementerian Belia dan Sukan 2006
Ketua Perhubungan Antarabangsa Sukarelawan GEMMA 9 di Acheh
Pemenang Pertandingan Video MTV Hari Aids Sedunia One World Org. 2004
Hos rancangan televisyen Rice Mice Kids Show- 1995
Kapas-Marang International Swimathon - 24 April 2011.
Muhammad Zhariff sumber inspirasi
Gemuk Lalu Diketepikan Sahabat
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Artikel ini saya petik daripada Ruangan Bersama
Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk
membuat
rujukan dan renungan bersama.
Para pelayar dijemput melayari artikel lama di blog ini :
1) Hargai Diri Anda, klik di sini.
2) Watak Sahabat Sejati, klik di sini
3) Siapa Yang Dikatakan Sahabat, klik di sini.
Cadangan saya, cuba Aira aktifkan diri dalam mana-mana kegiatan kokurikulum di sekolah. Menyertai mana-mana persatuan yang menggalakkan aktiviti sihat akan membantu meluaskan skop persahabatan Aira.
Menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin harian anda amat digalakkan. Selain meningkatkan stamina, ia merangsang elemen kegembiraan dalam diri anda.
KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup
yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa
yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu
badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.
Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal
tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia
adalah tidak normal.
Antara petua mengelakkan badan berbau ketika berpeluh, gosoklah belakang telapak tangan anda ke ketiak anda setiap kali anda mandi.
Jangan sesekali mengunakan tapak tangan untuk sapu ketiak.
Kalau nak sapu sabun mandi, sapukan sabun kat belakang tapak tangan dan
gosok ketiak guna belakang tapak tangan.
Begitu juga kalau nak bubuh
bedak kat ketiak, sila gunakan belakang tapak tangan.
Selain itu, boleh menggunakan Sabun Taharah sebagai sabun mandian anda. contoh petua tradisional nak hilangkan bau peluh ialah dengan menggunakan mentimun.
Ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar sampai jadi jus.
- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.
Jika keadaan peluh berlebihan masih tidak selesai, anda perlu berjumpa doktor perubatan terdekat anda. Inilah biasanya yang saya cadangkan kepada klien saya yang menghadapi masalah peluh berlebihan. Untuk informasi perubatan berkaitan Peluh berlihan dan bau, sila ke blog Dr Zubaidi di sini
Diketepikan sahabat sebab gemuk
SAYA sering diketepikan oleh rakan sebaya kerana mempunyai susuk badan
berisi dan mudah berpeluh. Malah, apabila keluar hujung minggu, rakan
sering mengelak memaklumkan pada saya.
Apabila saya cadang ingin keluar bersama, mereka akan memberi alasan
sibuk. Mulanya saya percaya dengan alasan diberi tetapi kebelakangan ini
kerap terserempak mereka keluar bersama menyebabkan saya percaya
disisih.
Keliru Memilih Cinta Antara 2 Gadis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini saya petik daripada Ruangan Bersama Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat
rujukan dan renungan bersama.
Para pelayar dijemput melayari artikel lama di blog ini :
1) Solat Sunat Istikharah Meneladani Rasululluah, klik di sini.
2) Solat Istikharah Jawapan Kekeliruan, Klik di sini
3) Usah Menangis Ia Bukan Milikmu Klik di sini
Antara 2 Gadis
SAYA jejaka berumur 20-an dan sudah bertunang, namun saya serba
salah. Sebelum bertunang, saya mengenali gadis A satu tempat kerja
dengan saya. Kami sangat akrab hingga pernah meluah hasrat ingin
mengahwininya tetapi dia tidak bersedia lagi berumah tangga.
Kesan daripada itu saya kecewa. Sebelum mengenali gadis A, saya
pernah berkawan dengan N yang kini tunang saya tetapi hubungan kami
pada mulanya tidak kekal lama. Ini kerana selama tempoh saya berkawan
dengan N, dia sering menyakitkan hati saya dengan kata-kata kesat.
Permohonan Kursus Kemahiran Industri Pembinaan
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara Untuk Lepasan Sekolah
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan peluang kepada belia lepasan sekolah sekurang-kurangnya mempunyai
Sijil SPM untuk menyertai
Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan yang akan dijalankan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.
ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan
untuk tenaga kerja pembinaan Malaysia.Terdapat 6 ABM di seluruh
Malaysia.
ABM Wilayah Utara terletak di Sintok Kedah Darulaman berdekatan dengan UUM Sintok.
Dipersilakan Belia Malaysia yang berminat dalam industri pembinaan untuk menyertai kursus di peringkat sijil. Pengambilan September dan Oktober 2012.
Latihan kemahiran yang disediakan membolehkan mereka memulakan kerjaya dibidang industri pembinaan yang kian berkembang maju.
Syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
adalah seperti berikut:-
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Warganegara Malaysia; dan
- Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
Wang saku diberikan juga kepada belia yang terpilih dalam kursus di sini. Best kan? Anda cuma perlu tumpukan pada pelajaran anda dan InshaAllah kerja sudah menunggu anda kerana industri pembinaan di Malaysia memerlukan pekerja kemahiran yang mahir.
Antara Kursus Peringkat Sijil Yang Ditawarkan seperti berikut:
|
Building Operation & Maintenance (C&S) |
Belia |
17/09/2012 |
ABM Wilayah Utara |
PERMOHONAN GURU j-QAF
DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
AMBILAN TAHUN 2013
PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam
untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
NAMA PROGRAM:
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
MOD LATIHAN:
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
TEMPOH PENGAJIAN
: 18 BULAN
Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi
mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.
Muat Turun Fail PDF,
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN ASAS
Calon-calon
hendaklah:
- Warganegara
Malaysia.
- Sihat fizikal
dan mental.
- Berumur tidak
melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
- Memiliki
sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
atau Pengajian Bahasa
Arab atau al-Quran
atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada
Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
- Memiliki
kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal
Bahasa Melayu di peringkat STPM.
KEUTAMAAN
Iklan jawatan guru j-QAF Ahad ini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik kepada mereka yang berminat menjadi guru JQAF. Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan
Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh
negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.
SEDIKIT INFORMASI APA ITU j-QAF
KPLI-SR
j-QAF ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah
Rendah j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)
Ia
diwujudkan bagi melahirkan Guru j-QAF yang terlatih bagi pelaksanaan
program j-QAF di Sekolah Rendah seluruh negara
Calon-calon
yang berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF akan ditempatkan di mana-mana
IPG seluruh negara selama 18 bulan bagi mengikuti program latihan ini
serta akan diberi elaun bulanan
Secara ringkasnya, anda akan mengikuti program KPLI-SR j-QAF ini selama
1 tahun setengah di mana-mana IPG dan akan diberi elaun bulanan dalam
linkungan RM1300 lebih.
Setelah tamat program ini, anda akan terus diserap menjawat jawatan
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41.
Pendekkan cerita, anda akan menjadi seorang Guru di Sekolah Rendah
(mengajar Murid Tahun 1-6) dalam matapelajaran Pendidikan Islam khusus
kepada topik berkaitan dengan Jawi, Bahasa Arab, Al-Quran serta Fardhu
Ain.
Boleh ke post ini, Permohonan Guru j-QAF Diploma Perguruan Lepas Ijazah di sini
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
PELUANG TAMBAH ILMU
EDU W EB TV , adalah salah satu contoh pendidikan dalam talian
yang sangat baik untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah.
KURSUS DALAM TALIAN PELUANG TAMBAH ILMU
BERIBU-RIBU kilometer dari Kuala Lumpur, seorang
pelajar kedoktoran
dari
Cameroon,
Michael Nkwenti Ndongfack, menghadiri
kelas Universiti
Terbuka Malaysia dalam talian. Dia berharap untuk menamatkan tesis
terakhirnya dengan
Skype.
Merupakan seorang kakitangan kerajaan, Ndongfack, tidak dapat menemui
kursus reka bentuk dan teknologi di negaranya. Sehubungan itu, dia
sanggup membayar kira-kira AS$ 10,000 (RM30,660) untuk ijazahnya.
Pendidikan universiti dalam talian berkembang dengan cepat di
Asia yang menggunakan teknologi dan internet.
“Saya memilih
e-pembelajaran kerana ia begitu fleksibel,” ujar
Ndongfack, 42, melalui Skype dari rumahnya di ibu kota Cameroonian,
Yaounde.
Kursus dalam talian berjaya meningkatkan peluang menuntut ilmu dan
ia sering dilihat jauh lebih murah daripada yang ditawarkan oleh
institusi tradisional.
Populariti
pembelajaran dalam talian ini tidak terkecuali daripada
pandangan beberapa universiti berprestij di dunia. Harvard dan Institut
Teknologi Massachusetts baru-baru ini dilapor bekerjasama untuk
menawarkan kursus percuma melalui internet.
By Puan Ummi Friday, September 21, 2012
bimbingan dan kaunseling, Etika dan Moral, kaunseling kerjaya, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Kesihatan, Kesihatan Psikologi, Pembimbing Rakan Sekerja, Pendidikan Kesihatan, Pengurusan Stress
Jom Happy-happy Elakkan tekanan kerja melampau
Elakkan tekanan kerja melampau
TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun
adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan
persekitaran tempat bekerja.
Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang
dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai
jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.
Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan
manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit
fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai
membawa ke tahap kematian.
Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara
puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu,
bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.
Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin
sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat
statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.
Mati akibat kerja
7,723 Sekolah Rendah Bakal Terima Guru J Qaf
Gurun: Kementerian Pelajaran memberi jaminan semua 7,723 sekolah rendah
seluruh negara bakal menerima
guru khas yang akan mengajar subjek
Jawi,
al-Quran, Arab dan Fardu Ain (
J-Qaf) tahun depan.
Timbalan
Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia susulan pengambilan 3,834
guru bagi subjek itu untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar
pengajian berkenaan di lebih 2,000 sekolah rendah kini.
Beliau berkata, semua 3,834 guru itu akan ditempatkan di 2,054
sekolah rendah yang dikenal pasti berdepan masalah tiada tenaga pengajar
sebaik bermula sesi persekolahan musim depan termasuk di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) mengikut keperluan jika bilangan pelajar Islamnya
ramai.
Sesi pengambilan “Kekosongan itu akan
diiklankan
dua kali bermula
23 September ini dengan sesi
pengambilan dijangka
Oktober. Semua
bakal guru akan dimasukkan ke
Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) selama dua minggu sebelum
terus mengajar melalui konsep
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) selama setahun setengah,”
katanya.
Puad berkata demikian kepada pemberita selepas
merasmikan
Seminar Keibubapaan Bagi Menangani Isu Lesbian, Gay,
Biseksual, Transgender (LGBT) peringkat Kedah anjuran
Majlis
Permuafakatan Ibu-bapa dan Guru (MPIBG) Sekolah-sekolah Putrajaya dan
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
By Puan Ummi Thursday, September 20, 2012
Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Vokasional, sekolah, selepas PMR, teknikal, Vokasional
Cara Memohon Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik
dan Kolej Vokasional
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Khususnya yang pernah di bawah seliaan saya...
Para pelajar Tingkatan 3 sekarang yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012, diharapkan dan didoakan anda telah bersedia menempuhi peperiksaan yang amat penting dalam hidup anda.
Kenapa saya katakan PMR penting? Sudah pasti ia penting, kerana dengan keputusan peperiksaan PMR nanti itulah, yang bakal menentukan anda layak mengambil aliran apa dan mata pelajaran apa.
PMR sebenarnya berkait rapat dengan pemilihan mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-cita anda. Oleh itu pastikan keputusan peperiksaan anda nanti menepati piawaian keperluan kerjaya impian anda selepas tamat alam persekolahan.
Berkaitan hala tuju kerjaya selepas PMR, saya pernah tuliskan di blog ini, sebelum ini.
Antara bidang kerjaya yang banyak ditanyakan kepada saya dalam sesi bimbingan kaunseling samada secara individu dan berkelompok ialah pertanyaan pelajar berkaitan kerjaya vokasional dan teknikal.
Biasanya bidang ini ingin diceburi oleh pelajar lelaki. Kecenderungan kerjaya mereka menunjukkan minat kerjaya dalam bidang kerjaya teknikal dan vokasional.
Bagi pelajar Muslim, sebaiknya, mohonlah petunjuk Allah, apakah yang terbaik untuk anda. Ianya dengan mendirikan Solat Hajat dan Solat Istikharah apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan hatta dalam pemilihan bidang atau aliran yang patut anda ambil selepas PMR.
Setelah membuat langkah yang sebaiknya, dan anda telah bulat hati, buatlah keputusan dengan bijaksana. Anda berhak membuat pilihan demi masa hadapan anda, namun sebaiknya biarlah di bawah petunjuk Ilahi.
Pengalaman sesi berkaitan kerjaya itu selalunya saya tuliskan di sebuah wordpress self hosting saya sejak 2009 lalu. Namun nampaknya, data-data dalam blog berkenaan telah 'hilang' dari syarikat server hosting setelah syarikat hosting berkenaan diserang hackers.
Bagaimanapun ada sedikit data berkaitan sekolah teknik dan vokasional yang dapat saya selamatkan, cuba saya pindahkan di blogspot ini.
Pada kali ini saya publishkan artikel berkaitan Sekolah Menengah Vokasional dan Kolej Vokasional secara umum.
Permohonan memasuki Tingkatan 4 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) biasanya dibuka pada pertengahan November.
Update pada 24/9/2012;
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
2013 dibuka mulai 24 September 2012. Sila klik di sini.
Memetik kata-kata Guru Kaunselor UBK SMK Kajang Utama;
"SESIAPA
YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH
LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL.
SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN.
NAMUN KALAU RASA NAK
SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI,
KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT
TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG
PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET
TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI.."
Sumber: Blog UBK SMK Kajang Utama, di sini.
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
2013 dibuka mulai 24 September 2012.
Info Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada
murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi
untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Bagi
merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan
murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang
teknikal dan kejuruteraan.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .