Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label OKU Pendengaran. Show all posts
Showing posts with label OKU Pendengaran. Show all posts

Karnival Kerjaya OKU Kedah 2017

Karnival Kerjaya OKU Kedah 2017



JobsMalaysia Kedah akan menganjurkan Karnival Kerjaya Khas OKU. Semua OKU dijemput menghadiri temuduga tersebut bagi mendapatkan pekerjaan. 

Para majikan juga dialu-alukan menyertai program ini bagi memberi peluang pekerjaan kepada OKU. Sebarang pertanyaan sila hubungi JobsMalaysia Kedah di talian 04-7360084/85 terima kasih.

KARNIVAL KERJAYA OKU!!

Tarikh: 
22 Februari 2017 (RABU)

Tempat : 
Ruang Legar Pusat JobsMalaysia Kedah
Aras 4, Bangunan UTC Kedah
05675 Alor Setar, Kedah 

Masa: 
10.00 pagi hingga 04.00 petang

Aktiviti:
- Temuduga Terbuka
- Seminar Keusahawanan OKU
- Pendaftaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Calon yang menghadiri sesi temuduga terbuka diminta agar:
1. Membawa Resume yang secukupnya.
2. Membawa Sijil Akademik (asal & salinan) yang secukupnya.
3. Berpakaian kemas dan sopan ketika menghadiri sesi temuduga.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 04-7360084/7360085

Teruskan melayari Facebook JobsMalaysia Centre Kedah.
https://www.facebook.com/jmckedah/

Sila invite calon-calon yang sedang mencari pekerjaan untuk "LIKE" dan mendapatkan maklumat terkini tentang peluang-peluang pekerjaan yang sesuai.

LIKE disini : https://www.facebook.com/jmckedah/

#karnivalkerjaya
#jawatankosong
#kerjakosong
#jobsmalaysiakedah


PERMOHONAN MURID KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 2014.

PERMOHONAN MURID  KHAS KE 

TINGKATAN 1 DAN 4  2014.

PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE 
TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.

APLIKASI PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.

Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013

Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013

Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013

Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.

Mohamad Hafiz Celebral palsy sufferer earns degree in software engineering

Super mum, super son!

Celebral palsy sufferer earns degree in software engineering, and mother gets special recognition for dedication 

PUTRAJAYA, 15 Dis -- Penerima Anugerah Doktor Kehormat Falsafah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang yang juga Canselor Universiti Limkokwing, Sultanah Kalsom berkenan bergambar bersama penerima Anugerah "Above and Beyond - The Call of Duty", Banu Aboo Haniffa (dua kanan) ibu kepada graduan Ijazah Kejuruteraan Perisian, Mohamad Hafiz Mohamed Siraj (depan) pada majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut sama ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri), Presiden Universiti Limkokwing,
 Tan Sri Dr Lim Kok Wing (tiga kiri) dan Bapa kepada Mohamad Hafiz, Mohamed Siraj (kanan).
Anugerah itu diberikan kepada Banu Aboo Haniffa berdasarkan pengorbanan menemani anaknya, 
Mohamad Hafiz yang mengalami masalah kecacatan pendengaran dan berkerusi roda (OKU) selama lima tahun pengajian Ijazah Kejuruteraan Perisian di Universiti Limkokwing.
Sumber foto kredit kepada: BERNAMA (2012) 




DOUBLE JOY: Hafiz looks at his graduation photograph with proud mother Banu beside him


PUTRAJAYA: Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah perumpamaan sesuai ditujukan kepada seorang wanita yang berkorban masa dan tenaga bagi menemani anak lelakinya yang mengalami masalah kecacatan pendengaran dan berkerusi roda selama lima tahun di universiti.

Berkat kesabaran itu, Banu Aboo Haniffa, 49, ibu kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti LimKokWing, Mohamad Hafiz Mohamed Siraj, 25, kini tersenyum bangga apabila anaknya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Mengakui awalnya sukar mendapatkan institusi pengajian tinggi bersesuaian untuk anaknya, Banu berkata, dia dan suami, Mohamed Siraj Abdul Razack, 55, pernah berputus asa selepas mendapati sukar menempatkan Hafiz di universiti yang mempunyai kemudahan untuk OKU.





OKU Pendengaran Masalah Pendengaran


 OKU Pendengaran Masalah Pendengaran



MASALAH PENDENGARAN


Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.

Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.

Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

Dilema Bakal mahasiswa rosak pendengaran

Bakal mahasiswa rosak pendengaran

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini saya petik daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr Sapora Sipon. 

Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama. Ruangan ini merupakan sesi kaunseling bertulis antara remaja dan Kaunselor Dr Sapora Sipon akhbar Harian Metro .

Sedikit pandangan saya kepada Tertekan;

Syabas dan tahniah kepada tertekan di atas kejayaan menempatkan diri sebagai calon mahasiswa di emnara gading. Bukan senang tu, nak dapat ruang dan peluang seperti itu. InshaAllah, ada kemudahan di sebalik kesulitan yang Tertekan lalui. Teruskan langkah anda.

Kementerian Pengajian Tinggi sendiri ada menyediakan Bantuan Kewangan kepada Pelajar OKU Di IPT. Boleh tengok post Cikgukaunseling.com sebelum ni, http://www.cikgukaunseling.com/2012/06/cara-mohon-bantuan-kewangan-oku-di-ipt.html 

Yang penting, 'tertekan' mestilah daftarkan diri dahulu sebagai Orang Kelainan Upaya, ya.

Antara prosedur nak daftar diri sebagai OKU Di JKM ialah dpaatkan borang terbaru dari JKM, Kalau nak dowload di internet pastikan borang format terbaru sebab saya dulu hantar guna borang yang di dowload di internet yang guna format lama. Jadi, kena buat permohonan baru.

Lepas dah dapat borang terbaru, masa pergi temujanji dengan doktor pakar kerajaan, sila berikan borang berkenaan kepada doktor yang merawat kita. inshaAllah doktor kita akan mudah membantu mengisikan borang berkenaan.Dengan syarat emmang betul individu itu ada ciri-ciri sebagai Orang Kurang/ kelainan Upaya.

Baiklah. Kita ikuti pandangan Dr Sapora Sipon dalam membantu klien beliau:

Bakal mahasiswa rosak pendengaran

SAYA remaja berusia 20 tahun dan mempunyai masalah pendengaran serta lambat menangkap apa yang ingin disampaikan, apatah lagi jika seseorang itu bercakap perlahan dan berada di belakang saya.

Untuk maklumat Dr, sejak kecil saya tidak dapat mengenal huruf apalagi membaca, sedangkan teman-teman seangkatan sudah mengenal huruf.


Namun berkat tunjuk ajar ayah dan guru, saya mampu membaca dengan lebih
lancar.



Apa yang membimbangkan ialah bagaimana saya ingin belajar di universiti dengan masalah seperti ini. Saya bakal mahasiswa namun masalah ini menjadikan saya sangat tertekan dan tiada rasa untuk melanjutkan pengajian.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .