Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label MPV. Show all posts
Showing posts with label MPV. Show all posts

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah membuat semakan Keputusan Permohonan  Rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.

Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
  1. Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
  2. Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
  3. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
 Sila Buat semakan di sini.

     Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO.  Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. 

   Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam persekolahan tamat.

   Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.

   Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO  ini ada ditawarkan di Kuantan. 

 Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.

Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri 
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.



Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2. 
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.

Cuba baca print screen petikan akhbar ini:



Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?

      Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.

 POLITEKNIK METRO

Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.   

Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri. 

Melahirkan Usahawan Remaja

Melahirkan Usahawan Remaja

Rencana bertajuk "Melahirkan Usahawan Remaja" ini ditulis oleh DATO' SALLEH MAJID. Beliau  ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia). Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, klik sini.

Memetik antara rencana beliau;

"Manakala sekolah yang mempunyai pelajar kurang cemerlang tetapi boleh ditonjolkan dengan aktiviti vokasional boleh terlibat menggunakan kemudahan sekolah secara sistematik menghasilkan produk seperti pemprosesan makanan. Selain dijual di sekolah, mungkin pihak kantin, ibu bapa dan masyarakat setempat berminat menjadi pelanggan."

Apa yang menariknya di SMKJP2, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, sebuah sekolah ahrian, ialah di sekolah ini terdapatnya aliran MPV. Ternyata aliran ini dapat memupuk minat para pelajar dalam dunia keusahawanan dan bersikap kreatif.

Melahirkan usahawan remaja

SEBELUM saya mengupas fokus ruangan saya kali ini mengenai usahawan remaja, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas respons pembaca Utusan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak yang mengulas rencana saya bertarikh 8 Januari lalu bertajuk Mempertahankan Simpanan Tetap Sabah dan Sarawak. Pelbagai pandangan pembaca amat saya hargai dan saya berazam untuk menyampaikan luahan tersebut kepada kerajaan untuk tindakan sewajarnya.

Pada minggu ini, saya ingin mengalihkan perhatian kepada usaha kita melahirkan lebih ramai usahawan remaja, berumur antara 18 hingga 25 tahun. Pada pandangan saya, ia boleh berjaya jika dilatih secara hands on di sekolah. Kenapa saya katakan sekolah. Ia kerana ia adalah institusi terbaik melahirkan bakat-bakat usahawan.

Perkara ini mempunyai kaitan dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa kajian mereka menunjukkan tidak sampai tiga peratus graduan IPTA menceburi bidang perniagaan sebaik sahaja tamat pengajian. Saya tidak perlu mengulas situasi ini tetapi cukuplah kita simpulkan bahawa IPTA mempunyai pelbagai kemudahan khusus untuk melatih usahawan di kalangan graduan. Biarlah mereka sendiri menjawab keputusan segala usaha mereka.

Pada hemat saya, mungkin agaknya proses melahirkan usahawan itu bermula dari sekolah ibarat kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Bagi remaja Cina, mungkin rumah dan keluarga mereka sudah terdedah dengan persekitaran perniagaan.

Kini, remaja berbangsa India juga tidak kurang berjinak-jinak dengan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Kita pasti sering melihat remaja India menunggang motosikal memasarkan santan kelapa ke kedai-kedai. Walaupun masih di bangku sekolah,mereka akan bercakap tentang impian satu hari nanti untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Pendek kata, jika begitu 'tarbiyah' mereka, maka sudah pasti proses pembudayaan keusahawanan ini telah berakar umbi dalam diri remaja Cina dan India. Maka tidak hairan pada hari ini, seolah-olah sudah ada identiti perniagaan baru yang melibatkan remaja Cina sebagai usahawan membaiki telefon bimbit dan aksesori berkaitan di merata tempat. Manakala imej remaja India pula mengusahakan kedai gunting rambut.

Cuba perhatikan di setiap kawasan perumahan, mesti ada perniagaan kecil remaja Cina dan India yang difahamkan disokong oleh gerakan ekonomi komuniti dan parti politik dua kaum ini. Hal ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah identiti usahawan remaja Melayu? Ke manakah agenda parti-parti politik serta pertubuhan ekonomi Melayu?

Tanpa mempersoalkan isu itu semua, marilah kita membawa pendekatan baru iaitu azam untuk menjayakan misi melahirkan ramai usahawan remaja Melayu yang bermula secara serius dan terancang sejak di bangku sekolah.

Satu tinjauan yang saya lakukan terhadap usahawan remaja ini membuktikan bahawa mereka yang terdedah dengan aktiviti keusahawanan di sekolah terutama mereka yang menguasai latihan vokasional mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menjadi usahawan sebaik sahaja habis persekolahan.Ini bermakna pendidikan dan tarbiyah di sekolah sangat berkesan untuk membentuk generasi usahawan remaja ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .