Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Biasiswa MMU. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa MMU. Show all posts

Biasiswa Universiti Multimedia 2013

Biasiswa Universiti Multimedia 2013


MMU tawar biasiswa penuh kepada 10 pemohon

KUALA LUMPUR - Universiti Multimedia menawarkan biasiswa penuh kepada 10 pemohon terbaik yang bakal mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat (IT) dan bioinformatik bagi pengambilan Oktober ini.

Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Muhamad Rasat Muhamad berkata, biasiswa itu membabitkan nilai keseluruhan RM600,000.

"Kami ditugaskan untuk mengupayakan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan IT, sekali gus membolehkan kami mempertingkatkan inisiatif ini.
"Biasiswa ini akan membolehkan kami menarik bakat terbaik mengikuti pengajian dalam disiplin teras kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Untuk layak memohon biasiswa itu, pelajar mesti mempunyai sekurang-kurangnya Purata Penilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan A-level.


"Selain kelayakan akademik, pelajar juga akan dinilai berdasarkan ciri-ciri kepimpinan serta latar belakang sosioekonominya selain rekod baik dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti sukarelawan,” katanya.


Tarikh akhir permohonan ialah 18 September dan mereka yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi www.mmu.edu.my. - Bernama

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .