PBS BM TING 1 INSTRUMEN BAND 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PBS adalah suatu instrumen baru menggantikan Peperiksaan PMR. Saya memuat naik artikel berkaitan PBS di blog ini sebagai kemudahan saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas saya.
Artikel Apa Itu PBS, sila klik di sini.
Markah Gred PBS, sila klik di sini.
|
KEMAHIRAN
|
Mendengar dan Bertutur
|
|
BAND
|
1
|
|
PERNYATAAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis
|
|
DESKRIPTOR
|
B1 DL 1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah
|
|
EVIDENS
|
B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.
|
|
AKTIVITI PENTAKSIRAN
|
1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.
2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.
3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka.
4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang.
|
|
Contoh perbualan:
Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?
Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.
Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?
Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah
saya.
Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?
Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya.
Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?
Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.
|

















