Penggunaan Internet dan Kesannya
Hari ini penggunaan internet semakin meluas di tanair kita. Perkhidmatan jalur lebar juga telah meluas samada di desa apatah lagi di kotaraya besar. Pada entri kali ini saya ingin mencatatakan sedikit tentang internet; dan kesan penggunannya.
Apa itu internet?
Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.
Menurut Majalah Dewan Masyarakat Disember 1995 pula, DM mentakrifkan internet suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.
Manakala Majalah PC jilid 3 vlu 1 tahun 1995 mentakrifkan Internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login) , pemindahan fail, e-mel dan kumpulan berita (newsgroup).
Manakala dewasa ini, penyediaan tapak web secara percuma seperti blogspot dan wordpress juga semakin berkembang. Jika di luar negara seperti Orkut dan sebagainya.
Tapak website secara profesional seperti joomla dan wordpress self hosting juga ada. Manakala penyedia hosting berbayar di Malaysia juga semakin bertambah seperti Baitulbytes, DataKL, SHINJIRU, Mercumaya dan sebagainya.
Kebaikan Internet
Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah.
Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat.
Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.
Blog dan Website Pendidikan
Blog berbentuk pendidikan yang dibangunkan oleh para guru di seluruh Malaysia juga telah bertambah dari semasa ke semasa. Para pelajar sekolah boleh berbincang langsung dengan guru mereka. Juga para pelajar sekolah boleh mendapat tips peperiksaan, mendapatkan bahan secara software langsung dari blog pendidikan ini.
Terdapat para guru yang memuatnaik soalan peperiksaan di dalam blog mereka. Juga nota ringkas pelajaran. Semoga para pelajar sekolah dapat memanfaatkan teknologi internet ini.
Contoh Blog Pendidikan Yang Dibangunkan Oleh Para Guru
1) Blog Pra sekolah
http://preschoolskj11.blogspot.com oleh Pn Wan Rahilah,SK Jengka 11, Pahang.
2) Blog Pendidikan Islam
http://ependidikanislam.blogspot.com oleh Encik Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar, Pulau Pinang.
3) Blog Matematik
http://mathsmozac.blogspot.com oleh Cikgu Sahmozac, Sek. Men Sains Muzaffar Syah Melaka
4) Blog Video Mathematics
http://videopnpmaths.blogspot.com oleh Cikgu Sahmozac, Melaka.
5) Blog Koleksi Sains PMR
http://blogsciencepmr.blogspot.com oleh Cikgu Sains.
6) Blog Memoir Seorang Guru
http://memoirseorangguru.blogspot.com Oleh Cikgu Sivik SK Peserai, Johor
7) Blog Bahasa Melayu PM
R http://agy7500.blogspot.com oleh Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan.
8)
http://www.bmspm.net/, soalan Bahasa Melayu
9) Blog Pra Sekolah,
http://cikguani.blogspot.com/
10) Blog Cikgu Bimbingan Kaunseling
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com yang telah berpindah ke domain
http://www.cikgukaunseling.com/ oleh Cikgu Ma.
Insha ALLAH, dari semasa ke semasa saya akan cuba update enarai blog cikgu-cikgu 1 Malaysia di blog saya ini sebagai kemudahan saya, keluarga saya,a dik-adik saya, dan khususnya para pelajar SMK Jengka Pusat 2 membuat rujukan.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan.
Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara :