Permohonan Latihan Dalam Teknologi Petroleum Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu
Iklan & permohonan secara 'online' bagi Program Teknologi Petroleum Ambilan Julai 2013 telah dibuka.
Permohonan dibuka mulai 14 April 2013 dan akan ditutup pada 28 April 2013.
Diploma Kejuruteraan yang berkaitan dengan program ini digalakkan memohon :
- Kimia dan yang berkaitan
- Mekanikal dan yang berkaitan
- Elektrikal, Elektronik, Elektrikal dan Elektronik dan yang berkaitan
- Mekatronik
Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.
Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.
Program
- PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
- Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.

















