WAHAI AYAH DAN IBU DENGARLAH RINTIHAN ANAKMU
Keluarga Bahagia Impian Semua
Guru ibarat ibu bapa kedua anak-anak di sekolah.
PUISI BUAT AYAH DAN IBU
YANG MEMPUNYAI ANAK REMAJA
Alhamdulillah pagi Sabtu 20 Syakban 1434 Hijri
yang cerah lagi ceria.
Unggas dan kicau beburung memecah hening pagi.
Sore semalam hujan turun membasahi bumi.
Syukur ku pada Ilahi.
Doa hamba-hamba Allah yang dikasihi,
telah perkenankanNya.
Jerebu pun beransur pergi.
Kasih sayang fitrah insan. Fitrah itu anugerah Ilahi.
Keluarga entiti pertama masyarakat penyayang dan harmoni.
Indahnya keluarga bahagia Nabi Muhammad SAW, menjadi impian kita semua.
Wahai ibu wahai bapa.
Anak itu adalah amanah Allah SWT kepada ibu bapa,
. Kita perlu ingat bahawa
Rasulullah SAW sangat menyayangi kanak-kanak. Baginda sering dilihat
bermain dengan cucu-cucunya, Hassan dan Hussien.
Dalam satu hadis
disebutkan Nabi SAW sujud lama ketika sedang solat kerana
cucu Baginda
sedang duduk di atas tengkok Baginda SAW.
Baginda Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda
kepada seorang
sahabat,
" Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak, tidak akan
disayangi."
Wahai ayah. Wahai Ibu.
Anak itu adalah titipan Sang Pencipta.
Anak itu bukan hakmilik kita.
Sampai masanya,
kita atau mereka,
pergi menemui Sang Pencipta.
Wahai ayah. Wahai Ibu.
Dengarlah rintihan anak-anak remajamu.
Wahai ayah wahai Ibu
Tolonglah beri kasih sayang, perhatian dan didikan sempurna
meskipun sibuk dengan pelbagai masalah rumahtangga berlaku,
wahai ibu wahai bapa
janganlah dikau abaikan anak-anakmu.
Andai dikau mahu anak-anak mengasihimu waktu tuamu,
tolonglah hormati anak-anakmu
sebagai insan sewaktu kecil dan remaja mereka.
Agar anak-anakmu nanti akan penuh kasih sayang
pada ibubapa dan insan sejagat.
Wahai ayah wahai ibu
SALAH satu hak anak ialah hak mereka
Untuk dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Ini
bermakna ibu bapa yang membesarkan anak-anak
dengan kebencian dan
pergaduhan,
membesarkan anak dalam keadaan mereka merasa tertekan
dan takut penuh kebimbangan
akan mengakibatkan anak-anak
mengalami gangguan emosi.
Wahai ayah wahai ibu
percayakah kalian emosi yang terganggu ini beri kesan sangat besar?
Gangguan emosi seperti ini mengambil masa
untuk menunjukkan kesan wahai ayah wahai ibu.
Kesan yang paling biasa dialami
oleh anak-anak yang dibesarkan dengan suasana sebegini
Anak-anak mengalami
kemurungan, ponteng sekolah, ponteng kelas,
'blur' dalam pelajaran, vandalisme dan sakit.
Sakit yang paling biasa dialami
ialah muntah-muntah, sakit kepala dan demam.
Fizikal melahirkan apa yang sudah tidak tertanggung oleh emosi....
akan terganggu,
Tumpuan belajar akan berkurangan bahkan kadang kala
di tahap kronik anak ini bagai hilang ingatan seketika...
Wahai ayah. Wahai Ibu.
Kasihanilah anak-anakmu. Kasihilah anak-anakmu.
Titipkanlah rasa sayangmu pada anak yang kau benci itu.
Tegakah kau membiarkan anak-anakmu di injak-injak,
dipukul di tulang belakangnya, dibaling pinggan kaca,
belum lagi kata nista dan hina,
Siapapun anak di bawah jagaanmu
Tolonglah tolonglah pelihara amanah Sang Pencipta
Anak itu amanah, yang akan ditanya
oleh Allah SWT apabila kita mati.
PUISI GURINDAM JIWA CIKGUKAUNSLEING.COM




















