Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah
membuat semakan Keputusan Permohonan Rayuan ke Politeknik Premier/
Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.
Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
- Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
- Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
- Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working
adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di
Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance
learning (OVDL) dalam kerangka e-learning.
Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang
kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam
persekolahan tamat.
Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.
Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO ini ada ditawarkan di Kuantan.
Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.
Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.
Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2.
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.
Cuba baca print screen petikan akhbar ini:
Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah
seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal
di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?
Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program
Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal). Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan
di sini.
POLITEKNIK METRO
Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam
sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro
tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem
pengangkutan awam mencukupi.
Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia
berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang
diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri.