Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga
Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga
Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek,
49. Gambar di atas kelihatan balu allahyraham Rosmawani Abdul Wahab, 41, kelihatan sugul ketika mengaminkan doa
ketika baginda berkenan menziarahi keluarga mangsa di Taman Indera
Mahkota Dua di Kuantan
- Sumber Foto BERNAMA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Takziah untuk keluarga Allahyarham Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek,
49. Saya sebagai rakyat marhaein dan juga tidak mengenali Allahyarham dan keluarganya apabila membaca berita ini 2 hari lalu rasa gembira di atas keprihatinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku
Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,
meluangkan kira-kira setengah jam
bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik.
Tiga anak Raffli terima biasiswa Yayasan Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak
Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang maut ditembak 10 November lalu.
Takziah CEO TV AlHijrah Bukhari Che Muda meninggal dunia
Salam takziah buat keluarga, sahabat dan kakitangan TV Al Hijrah. Al Fatihah dihadiakan kepada Allahyarham Datuk
Bukhari Che Muda.
Bukhari Che Muda
Shah Alam: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Alhijrah, Datuk
Bukhari Che Muda, 57, meninggal dunia akibat penyakit barah di Subang
Jaya Medical Center (SJMC), pada jam 6.08 pagi tadi.
Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, meninggalkan
seorang isteri, Datin Suriyati Daud, 52 serta tiga anak perempuan
berumur 17 tahun, 16, 14 dan seorang anak lelaki berumur 12 tahun.
Jenazah yang tiba di pekarangan rumahnya di Jalan Hablur 7/6A,
Seksyen 7, di sini tepat jam 8.10 pagi ini, dimandikan di rumahnya
sebelum dibawa ke masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk
disembahyangkan selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Seksyen 21,
di sini.
Alfatihah untuk Kak Engku Norhaliza Tengku Amri Perginya Seorang Guru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salah seorang followers blog saya sejak tahun 2008 telah meninggal dunia. Perjuangan Allahyarhamah dalam mengharungi kesakitan akibat sel-sel kanser sebagaimana yang saya faham sejak tahun lepas.
Sewaktu hayatnya, allahyarhamah sangat disenangi sahabat, rakan dan saudara mara. Beliau sentiasa meraikan saudara mara beliau walau di mana kami berada. Sebagai salah seorang kerabat diraja yang sangat menyintai bidang pendidikan, allahyarhamah telah bertugas di beberapa buah sekolah. Antara tempat yang pernah allahyarhamah mencurah bakti ialah di Jemaluang, Mersing.
Allahyarhamah Kak Engku Norhaliza Tengku Amri yang saya kenali adalah seorang yang kuat semangat, tabah hati, ramah dan 'humble'.
Pelayar internet boleh layari ulasan bekas Guru Besar SK Peserai DI SINI.
"Banyak perubahan dan kejayaan kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Peserai
telah dicapai. Beliau juga merupakan pengasas kelas pendidikan khas di
sekolah ini. Tidak malu jika saya katakan bahawa saya banyak belajar
dari beliau khususnya dalam pengurusan kelas integrasi pendidikan khas.
Jasa dan pengorbanan beliau dalam memberikan pendidikan terbaik kepada
anak-anak kurang upaya selama ini sangat saya hargai."
Marilah kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Engku Norhaliza Tengku Amri. Ya Allah smeoga Engkau menggolongkan kakak dalam golongan hambaMu yang beriman ya Allah
Al Fatihah Anggota MALBATT maut di Lubnan trak jatuh gaung
Kenderaan yang dinaiki pasukan MALBATT 5 yang
terbabit dalam kemalangan di Bandar Houla, Lubnan petang kelmarin.
Kenderaan perisai condor yang ditunda turut terjatuh ke dalam gaung.
Allahyarham Sarjan Rosdi merupakan anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) berasal dari Jerantut, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan
seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3
tahun.
Allahyarham menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di
Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang
kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku
ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda
kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran
Bandar Houla. Allahyarham Rosdi yang juga Ketua Kenderaan
terbunuh di tempat kejadian.
Manakala Nur Syahied, diterbangkan ke
Hospital St George, Beirut, selepas cedera parah pada bahagian
paru-paru. Mohamad Aizuwan pula dikejarkan ke Hospital Tibnin, untuk
rawatan lanjutInsiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal
Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan,
kedua-duanya berusia 26 tahun.
Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham Rosdi, semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman. Mari kita doakan semoga dua orang lagi anggota MALBATT yang cedera parah agar segera sembuh. Amin. Salam ketabahan dan slaam takziah buat seluruh ahli keluarga wira negara ini.
Anggota MALBATT maut trak jatuh gaung
Kerani Sekolah Terbunuh Bungkusan atas kenderaan meletup
Kes bungkusan meletup: TPM ucap takziah
Al Fatihah untuk Allahyarham Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
Mangsa berasal dari Kg. Kenor, Kuala Krai, merupakan kerani di Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Allahyarham maut terkena letupan bom setelah cuba
mengalihkan objek yang tidak dapat dikenalpasti dari atas keretanya pagi
ini. Kejadian berlaku di Taman Sri Periok, Cabang Empat, Tumpat,
Kelantan.
Pada lebih kurang jam 11 pagi Ahad, 11 Ogos 2013 mangsa dikatakan
ternampak sebuah objek di atas kereta jenis Naza Citra di hadapan
rumahnya. Beliau dikatakan telah cuba mengalihkan objek berkenaan dan
sebuah letupan kuat berlaku.
Al Fatihah Hashim Mat Zain Guru Mati Ditembak
Al-fatihah kepada Allahyarham Hashim Mat Zain, Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Pancor di tembak mati semasa baru keluar dari sekolah petang tadi. Salam takziah kepada seluruh keluarganya, sahabat handai, rakan-rakan guru dan murid-murid SK Beris Panchor.
Guru penolong kanan mati ditembak depan sekolah
Wanita Beranak 4 Maut didera suami
Al Fatihah kita hadiahkan kepada Allahyarhamah Nurhidayah A Ghani.
Wanita Beranak 4 Maut didera suami
Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga
mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak,
termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di
sini, kelmarin.
Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai
diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11
tahun lalu.
Al Fatihah Guru dan 2 Anak Maut di Mersing
Al Fatihah ini dihadiahkan kepada Abd Razak Pid, 44 , Guru Penolong Kanan Sekolah
Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11, dan seluruh muslimin dan muslimat mukminin mukminat. Semoga Allahyarham berbahagia di alam sana. salam takziah untuk keluarga Allahyarham.
NORIYAH (berkerusi roda) tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarga.
(Harian Metro)
Kereta Proton Saga yang dinaiki Abdul
Razak Pid bersama tiga anaknya remuk selepas bertembung dengan lori
tunda dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi,
Johor, semalam. - UTUSAN/faris hanafie
Guru dan 2 Anak Maut di Mersing
Mersing: “Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu,
apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama
sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru.
“Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui
arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam
kemalangan,” kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah
Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua
anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di
sini, petang semalam.
Ustaz Rujhan Mohamed Razali
telah meninggal dunia Al Fatihah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam
tengah hari Jumaat semalam. Mohon kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah
untuknya. Al fatihah.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.
Al Fatihah Pelajar Cemerlang OKU Meninggal Dunia
Al Fatihah Untuk Allahyarham Hazman Shahir Samsul Kamar, 17.
ALOR GAJAH -
Hasrat seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) untuk
menghantar permohonan agar dibenarkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
menggunakan komputer riba tidak kesampaian apabila ditemui meninggal
dunia di dalam kelasnya, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Dol Said, Hazman Shahir Samsul Kamar, 17, ditemui
ibunya, Hazlina Hasan, 41, dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas
kerusi roda miliknya.
Arwah yang disahkan menghidap ‘Spinal Muscular Atrophy’ sejak lahir
pernah dianugerahkan pelajar OKU cemerlang dalam Penilaian Menengah
Rendah 2011.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .