Kursus Penghasilan Produk Makanan MARDI 2014
Permohonan Kemahiran Bakeri dan
lain-lain Latihan Teknikal
Kursus Hasilan Bakeri, Penternakan Ayam,Penghasilan Makanan Sejuk Beku, Penternakan Lebah Kelulut, Kursus Pemprosesan Hasilan Soya
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Untuk makluman pihak Program Kursus dan Latihan Teknikal MARDI telah memuat naik jadual kursus bagi tahun 2014.
Tawaran Biasiswa Dalam Bidang Pertanian Tajaan SEAMEO SEARCA
Filipina Tahun 2014 – 2015 (Ijazah Lanjutan – Sarjana dan Kedoktoran)
Biasiswa Pertanian Tajaan SEAMEO SEARCA Filipina Tahun 2014
Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Dalam Bidang Pertanian Tajaan SEAMEO SEARCA Filipina Tahun 2014 – 2015
By Puan Ummi Friday, May 31, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, Kolej Pertanian Malaysia, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, SKM
Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara Online
ATPIS - Agriculture Training Program Information System
By Puan Ummi Monday, May 20, 2013
Halatuju, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, Kolej Vokasional, KPM, Minat Kerjaya, PMR, sejarah, Sejarah Pendidikan, selepas PMR, Vokasional
Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan
SMVDLM telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau.
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013
Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM
Visi Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan kursus kemahiran
pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro..
INSTITUT PERTANIAN DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA (DOA)
By Puan Ummi Sunday, April 21, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, NATC, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, SKM
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Visi
Penentu piawaian bagi kecemerlangan dalam latihan kemahiran pertanian
Misi
Menggubal dasar, mengawal kualiti dan memperkukuhkan latihan kemahiran
pertanian yang komprehensif bagi memenuhi keperluan bidang pertanian
negara
Objektif
Melahirkan pekerja dan usahawan yang berkemahiran dalam berbagai bidang
agar pertanian menjadi sektor swasta yang moden, dinamik dan berdaya
saing
Peluang Kerjaya di Felcra Februari 2013
Jawatan Kosong Felcra Berhad Tutup Pada 15 Februari 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Felcra merupakan sebuah
Syarikat “Government Linked Company (GLC)” yang terlibat dalam aktiviti
perladangan serta yang berkaitan dengannya.
By Puan Ummi Sunday, February 10, 2013
ILKA, Institut Latihan Kemahiran Awam, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pemprosesan Makanan, Kerjaya Pertanian, Kolej Pertanian Malaysia, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, SKM
| PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN | |
| | | |
|
TUJUAN
Menggalakkan generasi
muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan
pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui
penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti
dan produktivi sektor pertanian negara.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyediakan tenaga
kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan
iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
- Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
- Melaksanakan
transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik
dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu
jentera utama ekonomi negara.
|
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
- Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa ke semasa.
- Menyediakan
pakej latihan, kemudahahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir
dan berpengalaman berasaskan NOSS bagi semua bidang pertanian.
- Menyelaras keperluan fizikal semua institusi latihan pertanian.
- Menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran pertanian di semua institusi latihan pertanian.
- Menilai keberkesanan sistem latihan kemahiran dan menambahbaikkannya.
- Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam ehwal latihan kemahiran pertanian.
- Merancang sistem latihan berkembar (dual training system).
|
1. Apakah kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
Mulai tahun 2008, syarat dan kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia adalah:
Syarat wajib bagi kemasukan untuk Tahap 1 ialah:
• warganegara Malaysia
• sihat tubuh badan
• bujang/belum berkahwin
• minimum SPM dengan lulus Bahasa Melayu
• berumur antara 20 hingga 23 tahun
Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak
dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing
tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan
kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian.
Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program
latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh
memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon
kerja di jabatan/agensi kerajaan.
Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran
disediakan:
• Sayuran
• Buahan
• Akuakultur
• Perikanan Tangkapan
• Ruminan (lembu & kambing)
• Pemprosesan Makanan
• Pemasaran Syarat kemasukan adalah sama untuk semua kursus
yang memerlukan pemohon mesti mempunyai minima SPM. Perikanan Tangkapan
(Pukat Jerut) menerima hanya kepada calon lelaki sahaja.
2. Bagaimanakah cara memohon untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
Iklan
mempelawa permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian
Kebangsaan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama untuk pengambilan
dua kali setahun, biasanya pada bulan Mac dan November. Kaedah
permohonan telah dipermudahkan. Calon hanya perlu hadir sesi Ujian
Kelayakan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan. Jika calon
berjaya melepasi Ujian Kelayakan, calon akan dikehendaki menjalankan
program Suaikenal dan Kemampuan Teras. Jika terpilih, calon akan
memulakan latihan di pusat-pusat bertauliah.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .