Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang

Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang



 Sambutan AidilAdha pada Jumaat, 1 September 2017 di Felda Jengka, Negeri Pahang Darul Makmur, sangat unik. 

Selepas solat surat hari raya, selain Ibadah Qurban, ia turut diserikan dengan belon ini. 

Belon yang dihias cantik ini adalah hasil kerjasama pemuda penduduk-penduduk FELDA ini bersama pekerja Indonesia yang bekerja di FELDA ini.


 Mereka meraikan Hari Kebesaran Ummat Islam ini secara bersama. Juga Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 72 tahun. 

Lihatlah Apa yang ditulis di belon ini. 
Terima kasih Encik Ahmad Husairi Bin Misran atas perkongsian ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha



Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 kepada semua saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan alam blog, para kaunselor, para motivator, para guru Dan anak-anak murid saya di blog saya ini.


Mari kita bersama membebaskan roh, jasad dan akal fikiran kita daripada penjajahan bagi membentuk sebuah tamadun yang di pandang mulia.

Salam AidilAdha buat seluruh muslimin muslimat mukminin mukminat Di seluruh dunia.




DOA WAKTU ARAFAH - 31/8/17 (Khamis)

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba....
Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Selamat Beribadat 😊a

Salam AidilAdha 1434 Ketabahan Hajar Iktibar Buat Kita

Salam AidilAdha 1434 Ketabahan Hajar Iktibar Buat Kita








Semoga kita dapat mencontohi pengorbanan Hajar Ibu Nabi Ismail dan Pengorbanan Nabi Ibrahim. Sila klik di sini untuk info lanjut

Kisah Siti Hajar Iktibar Buat kita, sila klik di sini



Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini







Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di  http://www.cikgukaunseling.com/
 
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
 

Terima Kasih Bomba Malaysia

Terima Kasih Bomba Malaysia

7,000 bomba bertugas menjelang raya

Gambar Pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuantan Bermotor


helmet merah....anggota RIM


Kemalangan jalan raya yang berlaku pada 03hb Julai 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada pelajar saya berminat menceburi kerjaya sebagai Pasukan Bomba dan peneylamat. Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan penyelamat, ketika orang lain bercuti hari raya, anda sanggup  korbankan masa ria bersama sanak saudara demi tugas dan amanah yang dipikul.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 4 Ogos 2013, seramai 7,000 bomba bertugas menjelang raya. Tahun ini hanya 30 peratus anggota bomba dan penyelamat yang akan bercuti (Aidilfitri) manakala bakinya bertugas di 267 buah balai dan di lebuh raya.

Terima kasih kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat bertugas yang kadang kalanya, memperjudikan nyawa sendiri!  

Sempena musim perayaan ini, pastikan kenderaan yang digunakan untuk perjalanan balik ke kampung berada dalam keadaan selamat.

Buatlah pemeriksaan lebih awal dengan mengambil perhatian terhadap sistem brek kenderaan, tahap kehausan bunga pada tayar, tekanan angin, fungsi lampu dan lain-lain komponen penting pada kenderaan anda bagi mengelakkan berlaku kerosakan ketika sedang dalam perjalanan.

Semoga semua pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi.

AidilAdha Yang Mulia

AidilAdha yang Mulia


Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.

Sempena perayaan Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi, myraudhatulukhuwah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan Muslim followers dan add teratak myraudhatulukhuwah ini.

Mohon maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata dan perbezaan pandangan seandainya wujud sepanjang kewujudan myraudhatulukhuwah di alam blogspehere.


"Semoga Allah memilih kita untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah tercinta".
Haji Menuju Allah

Labbaikallah Humma Labbaik

Labbaikala syarikallah

Going for the haaj,means

Going For Allah, the Only One

With this tainted heart and soul

Giving a gift to Allah

Be careful when facing Allah

Every worshipper goes to the Hajj

With all the goddness

Every worshipper

goes to the Hajj

With all the goddness

With a good heart and good attitute

with halal belonging and a pure heart

with pure intentions and noble deeds

Going to hajj, you must be knowledgeable about it

So that, every condition and principle are precise

The acceptance and rejection can be monitored

So that, our Hajj not meaningless

Be mindfull our manners and attitude

do it with calm and humble

Patience and tolerance must be practised

Don't be rough,crashing into people

Labbaikallah Humma Labbaik

Labbaikala Syarika Laka Labbaik

Innal Hamda Wannekmata Laka Walmulk La syarikalak

Dipetik dari, "Haji Menuju Allah, Kumpulan Nasyeed Raihan".

Seni Lagu: Nazrey Johani,Azhari Ahmad. Raihan Cipta Sdn Bhd

Link klip video diambil dari, klik sini.
Imam Ja’far ash Shadiq memberikan

nasihat kepada para jamaah haji:

1. Jika engkau berangkat haji, kosongkanlah hatimu dari segala urusan, dan hadapkanlah dirimu sepenuhnya kepada Allah SWT.

2. Tinggalkan setiap penghalang dan serahkan urusanmu kepada Penciptamu.

3. Bertawakkallah kepada-Nya dalam setiap gerak dan diammu.

4. Berserahdirilah kepada ketentuan-ketentuan-Nya, hukum-hukum-Nya, dan takdir-Nya.

5. Tinggalkan dunia, kesenangan, dan seluruh makhluk.

6. Keluarlah dari kewajiban yang dibebankan kepadamu dari makhluk Tuhan.

7. Janganlah bersandar kepada bekalmu, kendaraanmu, sahabatmu, kekuatanmu, kemudaanmu, dan kekayaanmu.

8. Buatlah persiapan seakan-akan engkau tidak akan kembali lagi. Bergaullah dengan baik.

9. Jaga waktu-waktu dalam melaksanakan kewajiban yang ditetapkan Allah dan Sunah Nabi saw, berupa adab, kesabaran, syukur, kasih sayang, kedermawanan, mendahulukan orang lain sepanjang waktu.

10. Bersihkan dosa-dosamu dengan air tobat yang ikhlas.

11. Pakailah pakaian kejujuran, kesucian, kerendahan hati, dan kekhusyukan.

12. Berihramlah dengan meninggalkan segala sesuatu yang menghalangimu mengingat Allah dan mencegahmu mentaati-Nya.

13. Bertalbiahlah kamu dengan menjawab panggilan Allah dengan ikhlas, suci, dan bersih dalam doa-doamu seraya tetap berpegang pada tali yang kokoh.

14. Bertawaflah dengan hatimu bersama para malaikat sekitar Arsy, sebagaimana kamu bertawaf dengan jasadmu bersama manusia di sekitar Baitullah.

15. Keluarlah dari kelalaianmu dan ketergelinciranmu ketika Engkau keluar ke Mina dan janganlah mengharapkan apa pun yang tidak halal dan tidak layak bagimu.

16. Akuilah segala kesalahan di tempat pengakuan (Arafah). Perbaruilah perjanjianmu di depan Allah SWT dengan mengakui keEsaan-Nya.

17. Mendekatlah kepada Allah di Mudzdalifah.

18. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih dam.

19. Lemparkan syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jamarat.

20. Cukurlah aib-aib lahir dan batin ketika mencukur rambut.

21. Tinggalkan kebiasaan menuruti kehendakmu dan masuklah kepada perlindungan ke Masjid Al Haram.

Jika teman-teman mencari kambing halal untuk Qurban dan Akikah, saya ada menemui sebuah blog. Ada sebuah syarikat yang menawarkan harga pakej  RM 650 siap sembelih lapah dan hantar ke rumah.

Ia mempunyai Stok kambing aqiqah dan Qurban yang cukup syarat syariahnya . Kawan-kawan boleh dapatkan kambing-kambing yang cergas, sihat dan aktif untuk cahaya mata kesayangan dengan menghubungi Ummu Baraqah Resources. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Kelebihan Zulhijjah

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.

Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)

Maklumat lanjut, sila baca tulisan Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman di MyMetro.


Berita Dari Berita Minggu 14 November 2010


22 jemaah haji Malaysia meninggal di Tanah Suci, 2010/11/14


MAKKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa''ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.
Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Makkah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," katanya. - BERNAMA

Selamat Tinggal Ramadhan

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan bulan yang sinonim dengan kebaikan dan amal ibadat bakal meninggalkan kita. Apakah ramadhan akan datang, kita dapat bertemu lagi? sudahkah ramadhan kali ini telah benar-benar memebri didikan fizikal, rohani dan intelek kita? Sudahkah kita audit puasa kita?

Tentang bulan ramadan, terlalu banyak hadis tentangnya. Salah satu sabda Rasululluah SAW  yang bermaksud;

"Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu syurga, ditutp pintu neraka dan dibelenggu syaitan dan di mana ada satu malam yang nilainya lebih berharga dari 1 000 bulan. Maka sesiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah dia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya".

(RIWAYAT AHMAD, NASAI DAN BAIHAQI)

Malah dalam suatu riwayat juga diceritakan, sebaik-baik sahaja masuk Bulan Rejab, Rasululluah SAW akan berdoa kepada Allah memohon agar diberkati sehingga bulan Syaaban dan dipanjangkan usia sehingga masuk bulan Ramadan.

Malah bulan ini juga sangat mulia. Ia dikaitkan sebagai bulan yang pada awalnya mengandungi rahmat, pada pertengahannya ada keampunan Allah dan pada akhir bulan, Allah akan lepaskan daripada azab api neraka.

HARI RAYA, KEMBALI KEPADA FITRAH



Aid bermaksud raya dan fitri adalah fitrah. Ia bermakna kita akan kembali kepada fitrah iaitu bersih dan suci, jika kita berpuasa dengan sebenar-benarnya mengikut sunnah Rasululluah SAW.

Hari raya adalah hari kemenangan. Kemenangan setelah kita berjaya mengharungi pelbagai rintangan sepanjang Ramadan. Manusia yang beriman diibaratkan telah melalui proses pembersihan diri sepanjang Ramadan. Oleh itu, pada sambutan Aid yang mulia ini, usahlah kita cemari kesucian itu dengan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dengan cara tidak baik, atau melihat benda-benda yang tidak senonoh atau mengabaikan budaya ziarah atau tidak melayani tetamu tang berziarah.

Selain Solat sunat aidilfitri, bermaaf-maafan dan bersedekah, Umat Islam juga digalakkan berpuasa enam yang diibaratkan seperti melengkapkan puasa setahun. Puasa sunat ini afdal dilakukan mulai 2 Syawal.

Memori Ramadan 1431

Permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia




Di celah-celah kesibukan para pelajar tingkatang 5 menghadapi gerak gempur setelah tamatnya JUJ, para pelajar dari Tingkatan 5A dan 5B sibuk membuat permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi para pelajar 5A dan 5B yang belum membuat permohonan, sila bertemu dengan Cr Cikgu Bob, Cikgu Zila atau saya sendiri. Teliti dahulu program yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang kamu ambil sekarang sebelum submit borang e-permohonan kamu.

Entry berkaitan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM, sila klik sini.

Terima Kasih, Boss



Alhamdulillah, saya memperolehi hadiah daripada boss. Rasa gembira sangat kerana terasa dihargai. Terima kasih, boss. Begitu jua kawan-kawan sekerja memperolehi hadiah daripada boss kami. Saya juga mendapat hadiah birthday dari kelab kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Terima kasih buat my boss dan kawan-kawan sekerja. Oleh sebab semasa program berlangsung saya tidak membawa handphone, mungkin hanya selepas raya barulah saya dapat mengupload gambar dengan kerjasama kawan-kawan.


Gambar dirakam sewaktu Program Ihya Ramadhan pada pagi Jumaat.

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang memperoleh Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam Program Tadarus sepanjang Ihya Ramadan  lalu.

Salam Takziah

Ramadan 1431 Hijrah ini sudah tentu meninggalkan banyak memori di ingatan kita. samada peristiwa suka mahupun duka. Ramadan  ini juga meninggalkan kenangan pilu untuk rakan sekerja saya. Iaitu bekas pengetua sekolah tempat saya berada sekarang, klik sini, Allahyarhamah Pn Nishah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya di jalan baru Cameron Highlands - Sg. Koyan pada Rabu, 11 Ogos 2010.

Pada perhimpunan pagi Khamis, 12 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Syed Fazhar bersama seluruh pelajar SMKJP2 yang ada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah yang telah banyak menabur jasa untuk anak bangsa. Alfatihah.

Berita lanjut tentang kemalangan tersebut, boleh diikuti di blog Saudara One Zaaba. Walaupun agak terlewat, saya memasukkan entry ini untuk link ke blog onezaaba supaya mudah untuk rakan-rakan saya melihat blog beliau.



Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan buat semua sahabat yang mengenali diri ini. Kepada para pelajar SMKJP2, berhati-hatilah di jalan raya pada musim perayaan ini. Samada ketika di kawasan Jengka ini sendiri mahupun yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Beraya-raya juga namun buku janganlah ditinggalkan terutama kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.

Begitu juga buat semua teman-teman bloggers terutama folowers dan add teratak ini. Selamat hari raya AidilFitri 1431 Hijrah. Mohon maaf zahir batin kerana saya tidak dapat blogwalking ke blog kawan-kawan atas sebab tertentu. Ini kerana selalunya, saya cuma dapat membuat entry di blog sahaja.

Apapun, saya sangat menghargai sokongan teman-teman bloggers yang sudi menjadi followers teratak 'educational blog' saya yang sangat biasa ini. Sudilah kiranya teman-teman mengambil e-card raya daripada blog cikgubimbingan-kaunseling ini.

Sekian,wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .