Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Rekacipta. Show all posts
Showing posts with label Rekacipta. Show all posts

MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015 Di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre Kuantan, Pahang Darul Makmur

MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015 
Di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre
 Kuantan, Pahang Darul Makmur


MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015


‘Merealisasi Transformasi: Memperkasa Inovasi, Menjulang Produktiviti”
pada  24-26 November 2015
di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, 

Kuantan, Pahang Darul Makmur



"... kreativiti dan inovasi harus dibudayakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kini, pengguna dan rakyat meletakkan ekspektasi yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perkhidmatan awam.."

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

Sebagai pecinta ilmu dan inovasi, walaupun saya tidak terlibat dalam invovasi berkenaan, saya memuatnaik 4 artikel berkaitan Pemenang Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) iaitu USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013, UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013, Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013 dan ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013). 

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

 USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013

 DR. OMAR Osman (kiri) bermesra dengan pemenang-pemenang pingat emas pada pameran ITEX 2013 di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. USM mencapai kejayaan cemerlang dalam ITEX 2013 dengan memenangi 13 pingat emas dan 2 pingat perak. - BERNAMA

 PROF. Hanafi Ismail (kiri) dan pembantu penyelidik, Indrajit Rathnayake menunjukkan produk yang direka iaitu r-RubFoam-A Novel Solution for Global Oil Spills yang memenangi anugerah khas diiktiraf oleh negara Korea dan pingat emas pada pameran ITEX 2013 yang berlangsung di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. - BERNAMA

 UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013

ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013)

Kolej ADTEC Kulim, Kedah buat kali keduanya memperoleh pingat emas dan Russian Award dalam pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013), baru-baru ini.

MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

 Raih emas pertandingan inovasi antarabangsa


Pelajar MRSM Alor Gajah bersama guru pengiring meraikan kejayaan menerima pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Utusan Malaysia.


PENYERTAAN sulung Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam pertandingan antarabangsa berjaya meraih pingat emas untuk memartabatkan inovasi generasi muda Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.

Guru maktab itu, Mohamad Rizal Mukhtar berkata, dua projek penyelidikan iaitu D.I.Y. Fire Retardant Paint dan Recyling Tyre berjaya meyakinkan juri mengenai ciptaan, inovasi serta reka cipta untuk dianugerahkan pingat emas di Pertandingan 8th International Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

"Berkat kesungguhan dan kreativiti, juri dari pelbagai negara termasuk pensyarah berpengalaman dari Jepun berasa kagum dengan penyelidikan serta persembahan pelajar kami," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA

SMK Agama Tun Ahmad Shah Juara Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Kebangsaan

SMK Agama Tun Ahmad Shah Juara Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Kebangsaan

Tuah cipta roket air botol minuman 1.5 liter 


 SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmad Shah dari Kota Kinabalu, Sabah muncul juara tahun ini. 

 KETEPATAN sasaran roket juga dinilai dalam pertandingan.



KELEWATAN untuk mendaftar pada masa yang ditetapkan mungkin boleh menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmad Shah dari Kota Kinabalu, Sabah tersingkir daripada Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Kebangsaan (PTPR) 2012 yang berlangsung minggu lalu.

Namun, walaupun menjadi peserta terakhir yang mendaftar, mereka berjaya mengungguli program tahunan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) yang sudah pun memasuki tempoh sedekad penganjurannya.

Ibarat kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, begitulah yang boleh digambarkan terhadap kejayaan yang dicapai wakil dari negeri di bawah bayu itu.

Salah seorang peserta, Suhardi Hablee, 16, mengakui kemenangan tersebut merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat mereka.

“Pasukan kami lewat sampai untuk mendaftar disebabkan beberapa masalah teknikal. Malah, ketika melancarkan model roket air yang telah dicipta, kami tidak sempat memakai baju rasmi pertandingan.

“Sebaliknya, kami yang tiba di sini dengan lengkap berbaju Melayu terus menuju ke padang kerana nama pasukan telah dipanggil untuk mempamerkan hasil ciptaan kami. Tetapi, Alhamdulillah, hasilnya amat membanggakan,” jelas Suhardi ketika ditemui Kosmo! selepas tamat pertandingan.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .