Ciri-ciri Minat Kerjaya Teori Holland
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.
Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan
meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.
Teori Holland ini banyak membantu dalam pemilihan kerjaya,
penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan
perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda ingin mengenali
personaliti anak-anak anda.
Begitu juga sekiranya anda seorang guru,
guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Dengan mengenali Teori Kerjaya Holland ini, sedikit sebanyak anda dapat mengenali trait personaliti individu di bawah seliaan anda.
Bagi pelajar-pelajar
( mereka yang telah / pernah menduduki ), berikut ialah
penerangan ringkas mengenai hasil ujian tersebut.
Holland Codes memecahkan jenis personaliti kepada ENAM(6) kategori utama iaitu :
1.
Realistic - They like to work with THINGS.
-
Mereka suka bekerja dengan
2.
Investigative - They like to work with DATA.
-
Mereka suka bekerja dengan DATA.
3.
Artistic - They like to work with IDEAS and THINGS.
-
Mereka suka bekerja dengan IDEAS dan BENDA.
4.
Social - They like to work with PEOPLE.
-
Mereka suka bekerja dengan ORANG.
5.
Enterprising - They like to work with PEOPLE and DATA.
-
Mereka suka bekerja dengan ORANG. dan DATA.
6.
Conventional - They like to work with DATA.
-
Mereka suka bekerja dengan DATA.
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara
pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran
fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini,
individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada
aktiviti-aktiviti yang lain.
Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian
diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan
tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland telah
mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan
pekerjaan tertentu
.
Semoga ianya membantu di dalam memilih bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.
Huraian Terperinci.
Keterangan Ciri-Ciri Berdasarkan Ujian Kerjaya Holland