Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Kerjaya Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Kesihatan. Show all posts

HALATUJU SELEPAS SPM JOM KE UPNM

HALATUJU SELEPAS SPM JOM KE UPNM 



📢📢📢PERHATIAN kepada semua lepasan SPM 2016!! Selamat datang ke program ASASI UPNM. DESTINASI SETERUSNYA untuk menjadi PEMIMPIN MASA DEPAN!!! 👔

Realisasikan impian anda untuk menjadi peneraju industri atau agensi pertahanan dan keselamatan!!!!

Anda boleh memilih untuk menjadi PELAJAR AWAM atau Bakal Pegawai Kadet UPNM....

mengapa anda PERLU menjadi PEGAWAI KADET UPNM?
👌tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia
👍elaun bulanan (tahun asasi)
👍gaji bulanan (tahun ijazah sarjana muda) 
💪kehidupan ketenteraan yang menarik
👔uniform lengkap disediakan
🍞makanan percuma
👤berkhidmat sebagai Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia setelah bergraduat

🏢 Syarat Universiti:
- Warganegara Malaysia
- minima 5 KEPUJIAN termasuk subjek Bahasa Malaysia & LULUS subjek sejarah.

🆕 untuk makluman kemasukan pelajar bagi program Asasi adalah terdiri dari :
   a)  Bakal Pegawai Kadet (BPK) 
   b)  Pelajar Awam

🆕 bagi kemasukan pelajar lepasan spm untuk program Diploma ialah Pelajar Awam ....

Bagaimana MEMOHON?⁉️
👉 Melalui 🌐 http://upu.mohe.gov.my 

Maklumat lanjut 👇
🌐 http://upnm.edu.my
      http://bpa. upnm. edu. my

📞0390513400 sambungan 4602
💌upnm.edu.my ***********************************
"Saya amat selesa  mempelajari ilmu akademik dan ilmu ketenteraan di universiti yang mempunyai fasiliti terbaik serta budaya sukan yang hebat,  saya juga berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini sehingga bergelar Profesor" - Mohd Faizal bin Hashim (Pelajar awam tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)
***********************************

👍ingin menjadi seperti FAIZAL??! 🙌

anda pelajar lepasan STPM dan Diploma?! 

⚓UPNM menawarkan kursus bagi lepasan STPM/SETARAF:

(ZM00) Sarjana Muda Doktor Perubatan 
(ZK01) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
(ZK08) Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(ZK25) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) 
(ZK50) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) 
(ZC20) Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) 
(ZC27) Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) 
(ZG38) Sarjana Muda Teknologi Maritim
(ZG57) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
(ZP44) Sarjana Muda Pengajian Strategi
(ZP45) Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
(ZP58) Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
(ZB03) Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) 

👏Mohon sekarang:www.upu.mohe.gov.my
👂Pertanyaan:
📞Bahagian Pengurusan Akademik UPNM
0390513400 samb.  3407/4602
💻www.upnm.edu.my

#upnm
#spm
#selepasspm


Permohonan Jururawat Kerajaan Gred U29 Untuk Lepasan Diploma IPTS

Permohonan Jururawat Kerajaan Gred U29 Untuk Lepasan Diploma IPTS
Sains Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Jururawat lulusan IPTS dipelawa isi 2,750 kekosongan



Calon  Jururawat Gred U29 (Calon Bukan Tajaan KKM) boleh memohon berkhidmat di hospital kerajaan melalui website  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.


Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.


Kerja Kosong Sektor Awam Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerja Kosong Sektor Awam Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM tidak mengira tahun bila janji menepati syarat kelayakan kemasukan, silalah mohon ya. Ada elaun lagi semasa lanjutkan pelajaran di Institusi Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 2360 kekosongan jawatan di Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). 

Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam:
1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Perubatan
3. Juruteknologi Makmal Perubatan
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
5. Juru X-Ray
6. Penolong Pegawai Farmasi
7. Jurupulih Perubatan Anggota
8. Jurupulih Perubatan Carakerja

Boleh rujuk artikel saya sebelum ni, Cara menjadi jururawat Selepas SPM , sila klik di sini.
Kerjaya Penolong Pegawai perubatan, sila klik di sini.
Kursus Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, sila klik di sini.

SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas

SDH Sekolah Dalam Hospital diperluas










Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Pengalaman berada di lantai wad memberi saya banyak pengajaran, pengalaman dan iktibar. Walau di mana berada, sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, budaya ciri-ciri kaunselor bagai telah sebati dengan saya. Menjadi 'kaunselor tidak rasmi' kepada pesakit lain saling sharing is caring di lantai wad.

Melihat pelbagai gelagat masyarakat pesakit menghadapi dugaan kehidupan membuatkan saya perlu lebih bersyukur kepada nikmat Allah iaitu nikmat iman dan Islam, dua nikmat terbesar. 

Selain ketika berada di Wad Kelas 3, diri rasa perlu membantu orang lain yang lebuh memerlukan. Ketika berada di Kelas Wad 1,  rasa diri insaf melihat ada insan lain yang lebih hebat diuji Allah namun masih tersenyum. Bahkan mereka terus mendirikan solat dan membaca Al Quran meskipun mereka tiada upaya dek kesan kimoterapi yang dilalui dan lain-lain lagi.

Kepada anak-anak pelajar saya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan (sila klik di sini)samada berpunca dari kemalangan motorsikal dan gangguan kesihatan, sila patuhi temujanji yang telah hospital berikan ya. 

Kepada anak-anak yang sedang dilanda dugaan masalah gangguan kesihatan samada disebabkan oleh masalah kesihatan dan akibat kemalangan, SEKOLAH DALAM HOSPITAL , sila klik di sini ya. 


Di Pahang, Sekolah Dalam Hospital dijalankan di HOSHAS, Temerloh. Dalam program ini, cikgu akan datang ke wad dan mengajar di  katil pesakit.
Banyak anak-anak yang terpaksa tinggal lama di hospital  memperolehi faedah. Sekurang-kyrangnya  anak-anak yang berada di wad ini tidaklah ketinggalan dalam silibus matapelajaran mereka di sekolah. 

Walaupun sakit, sesungguhnya kesakitan tidak mengahalang anak-anak ini belajar dan mereka seronok pembelajaran begini. Sebenarnya telah ramai individu yang menghidapi penyakit sejak kecil tetapi mereka berjaya dalam kehidupan mereka berkat izin Tuhan Yang Maha Kuasa, mereka berjuang mengatasi sakit mereka  selain berfikiran positif.

Sesungguhnya meskipun saya tidak terlibat dalam Program Sekolah Dalam Hospital Ini namun saya percaya program ini memberi sinar baru bagi anak-anak yang menjadikan hospital sebagai rumah kedua mereka untuk mereka mengharungi masa depan dengan lebih ceria dan cemerlang.

                                                                 INFO: SDH

* Penubuhan SDH hasil kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan YNY.
* Hanya empat subjek utama diajar di SDH iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
* Dua sesi persekolahan iaitu pagi (10 pagi - 12 tengah hari) dan petang (2 petang hingga 4 petang).
* Langkah pencegahan perlu diikuti khususnya pelajar yang berada di wad pengasingan.
* Semua kemudahan termasuk buku dan peralatan menulis disediakan secara percuma.
* Maklumat prestasi pelajar akan dirujuk kepada sekolah asal selepas pelajar tamat rawatan.
* Perkhidmatan pendidikan di sekolah dimulakan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak era 30-an.

Untuk melihat foto aktiviti SDH, sila ke blog seorang Pediatik yang ramah. Jom zoom ke Blog beliau; http://fahzahida.blogspot.com/

Sekolah Dalam Hospital diperluas

Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat

Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat


BUKAN adik-beradik, Nor Aziah bersama rakan setugas.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya jururawat adalah antara kerjaya yang sering ditanya oleh pelajar-pelajar/ klien-klien saya berkaitan halatuju kerjaya selepas SPM.

Entry saya sebelum ini berkaitan ekrjaya kejururawatan antaranya ialah Cara Menjadi Jururawat telah disiarkan pada Januari lalu, sila klik di sini untuk membacanya. Artikel tersebut telah mencapai hit pengunjung sebanyak  34 161. Terima kasih kepada bekas pelajar, rakan-rakan dan saudara mara yang sudi mewar-warkan blog ini. Kali ini kita baca kisah 3 beradik yang menjadi jururawat.

Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat

Jika bukan sebab ayahnya mengisi borang permohonan kursus kejururawatan, pasti sekarang Nor Aziah Othman, 27,  berasal dari Pahang tidak bergelar jururawat di sebuah hospital awam.

Siapa sangka, dengan hanya sekali permohonan hasil ‘tangan sakti’ ayahnya, Aziah diterima masuk ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bersama adik kembarnya, Nor Afizah Othman.

Sebelum itu kakaknya, Surianizawati sudah menjadi jururawat. Meskipun hampir putus asa kerana pernah gagal sewaktu peperiksaan semester pertama, Nor Aziah tetap meneruskan pengajiannya selepas mendapat sokongan moral keluarganya.


“Awalnya, saya hampir mahu tukar bidang kerana tidak mampu meneruskan pengajian yang dirasakan sangat susah, apatah lagi ketika sekolah menengah saya tidak mengambil aliran sains tulen.


Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan Untuk Lepasan SPM

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan Untuk Lepasan SPM
 Ikuti Kursus di Kementerian Kesihatan Malaysia



 Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

 Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di 
Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Dahulu waktu kecil, penulis cikgukaunseling.com pernah mendengar arwah atuk beritahu dapatkan rawatan dengan dresser di poliklinik kerajaan terdekat bila semputnya datang. Kemudian apabila  penulis cikgukaunseling.com meningkat remaja, ada juga mendengar orang-orang tua mengatakan jumpa HA atau sesekali ada yang mengatakan berjumpa Dresser di poliklinik.

Pening juga memikirkan apa maksud dresser atau HA itu. Apabila ke Poliklinik, nampaklah lelaki berpakaian putih berseluar hitam bertanya, "Adik sakit apa?" Nak juga bertanya dengan pegawai itu, adakah tuan ini Dresser atau tuan ini doktorkah? Tapi tak terkeluar dek segan takut dianggap kurang ajar pula. :). 

Takdir Allah Taala, ketika Tingkatan 1 semasa dalam perjalanan balik dari sekolah di Perlis ke rumah orangtua saya di selatan tanahair, ada satu pengalaman yang manis bagi saya. Sebaik bas Ekspres PPMP meninggalkan Stesen Bas Kangar, bas yang dingin hanya dinaiki beberapa penumpang memandangkan pada masa itu UITM Arau tidak cuti lagi.Jadi 2 seat bas tu saya yang 'punya' , he he.

Mata saya asyik memandang ke petak-petak sawah padi. Kelihatan para petani menggemburkan tanah dengan traktor. Padi belum tumbuh masa itu.  Ada juga kerbau yang tolong petani itu. Pokok mempelam, pokok pisang, jagung dan pelbagai tanaman kontan lain ada di tepi sungai yang mengairi air ke sawah yang saujana mata memandang. Subhanallah. Pemandangan yang tiada di negeri saya.

Bas berhenti di bahu jalan tidak berapa lama kemudian. Bangku yang kosong di sebelah saya bagai menggamit penumpang.

"Adik, ada orang duduk tak di tepi adik?" tanya seorang gadis dalam akhir belasan tahun dengan senyum manisnya dilemparkan kepada saya.

Akhirnya saya duduk bersebelahan dengan seorang gadis manis bertudung coklat oren. Kakak ini naik bas ekspres ketika bas melewati Simpang Empat, Perlis. Kami ralit bersembang. Perjalanan berbelas-belas jam tidak sedar sudah berlalu.

 Di Kuala Lumpur, kami berpisah destinasi. Daripanyalah saya dapat penjelasan apa itu Dresser dan HA itu. Ini kerana kakak ini sendiri sedang belajar dalam bidang perubatan pada masa itu. Baiklah itu intro saya. Maaf agak berjela-jela. 

Untuk nak tahu apa itu Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan macam mana nak ceburi kerjaya ini, silakanlah ya baca entry ini sampai habis. Kalau ada para pengunjung blog ini, labih-lebih lagi mereka yang memang terlibat dalam bidang perubatan dan separa perubatan serta nak tolong tambah, dipersilakan ya. Kecil tapak tangan, blog ini saya tadahkan.


KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT


KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT adalah salah satu prospek kerjaya yang amat baik. Tidak semua orang tahu akan kewujudan MA di pusat-pusat kesihatan kerana MA sering juga dianggap sebagai salah seorang doktor. 

 Pada waktu dulu PPP dikenali juga sebagai MA(medical Asisstant atau Pembantu Perubatan), HA(Hospital Asisstant atau Pembantu Hospital) dan pada waktu British dulu dikenali sebagai Dresser.

 Namun, MA juga sebenarnya adalah doktor yang merawat pesakit dalam kes-kes umum. Kerjaya MA menjanjikan kepuasan bagi mereka yang berminat dalam menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit dan berinteraksi secara kerap dengan pesakit. 


SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM

SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM



bal-exercise.blogspot.com



Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah dunia dalam kaedah rawatan gigi apabila berjaya mencipta bahan tampalan gigi yang dihasilkan daripada sekam padi.

 Ciptaan yang dikenali Namokomposit Pergigian itu, adalah antara dua inovasi universiti berkenaan yang berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013), baru-baru ini.

 
Selain bahan tampalan gigi, pensyarah USM juga berjaya menghasilkan kerusi terapi bagi pesakit yang mengalami maslah pening kepala. Penemuan tampalan gigi dari sekam padi dihasilkan sepasukan pensyarah dari Unit Bio Bahan dan Audiologi USM sekali gus menjadikan ciptaan berkenaan yang pertama di Malaysia dan dunia.
  

Sejarah Kerjaya kejururawatan dalam Islam

Sejarah Kerjaya kejururawatan dalam Islam
Rufaidah Binti Saad





Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami jururawat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale (yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875).
Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupak seorang tabib (phycisian). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.



Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa

Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa

Sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj.

Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar yang memeluk Islam.

Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.

Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa


Sebahagian jururawat bergandingan tangan semasa menyanyikan lagu jururawat sempena perasmian Hari Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra di Melaka, semalam. 
MELAKA 13 Mei - Golongan jururawat di negeri ini digesa untuk lebih dinamik dan tidak hanya kekal pada satu tahap, sebaliknya sentiasa melakukan penambahbaikan segala kekurangan dalam perkhidmatan bagi memenuhi jangkaan pesakit yang sentiasa meningkat seiring kemajuan negara.


Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM

Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai Kerjaya di Malaysia ditawarkan seiring dengan pembangunan ekonomi yang rancak. Apabila tamat saja belajar di sekolah, ramai pelajar mula tercari-cari bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka.



 Jika anda salah seorang yang sedang menghadapi dilema memilih kerjaya, apa kata anda mempertimbangkan kerjaya jururawat sebagai pekerjaan anda?


Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. 

 Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit. Itu sebahagian dari tugas umum seorang jururawat.

Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya. 

Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.

Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:

'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. 




Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Gambar Piramid Makanan


Tugas Ahli Dietetik

Pernahkah anda mendengar tentang kerjaya pakar pemakanan atau ahli dietetik? Pasti anda pernah mendengarnya kan?

Kepada para pelajar STPM dan Matrikulasi, anda yang berminat menceburi kerjaya ini eloklah membaca lebih lanjut entry ini.

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik. Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Ahli-ahli dietetik atau dietition amat diperlukan di hospital-hospital kerjaan dan swasta. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merancang supaya semua hospital di negara ini mempunyai ahli-ahli dietetik sendiri. 

      Langkah ini adalah untuk menentukan semua pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik di hospital berkenaan.

Bagi mereka yang sihat, ahli dietetik boleh membantu memberi saranan dan cadangan. Langkah ini diambil dengan menyampaikan maklumat tentang makanan yang bersesuaian kepada orang dewasa, kanak-­kanak, warga tua dan wanita mengandung.

 Gambar Hiasan: Pameran Pendidikan yang diadakan
 di ruang legar Bangunan Klinik Pakar HTAA

Pameran pendidikan kesihatan juga sering diadakan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Pameran pendidikan Kesihatan dengan pihak sekolah juga diadakan. Ahli dietetik dapat memberi khidmat nasihat dan segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

        Secara mudahnya ahli dietetik ini adalah  ‘penterjemah’ daripada ayat kepada makanan. Contohnya bagi seorang pesakit diabetis atau kencing manis, biasanya akan dirujukkan kepada Doktor Perubatan (MOPD). Doktor perubatan akan memberitahu seseorang penghidap kencing manis makanan yang perlu dielakka.

         Kemudian pesakit berkenaan biasanya akan dirujukkan kepada Unit Dietetik. Maka di sinilah, ahli dietetik pula akan mengesyorkan pengambilan makanan supaya individu itu dapat mengikutinya dengan lebih mudah.

        Ahli dietetik biasanya akan merujuk laporan perubatan pesakit berkenaan yang dibuat olehdoktor serta keputusan ujian makmal terlebih dahulu untuk ditafsirkan kepada pengambilan makanan seseorang pesakit.

Kepentingan Ahli Dietetik Masakini

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri akan mempertingkatkan bilangan pakar dietetik di negara ini berdasarkan keperluan semasa dalam usaha membendung penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini. 

     Sejak kebelakangan ini, bilangan pesakit NCD semakin meningkat. Kalau dilihat pada statistik, bilangan pesakit diabetes meningkat daripada 11 peratus kepada 15.1 peratus di kalangan rakyat dari 2006 hingga tahun lalu

       Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial-ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. 

       Perubahan ini memberi kesan ke  atas corak pola atau kadar morbiditas dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan tekanan darah tinggi.

           Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima ataupun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. 

Bagaimana Untuk Layak Sebagai pakar diet?

Pakar diet dilatih profesional yang mempunyai kelayakan yang boleh dipercayai untuk menjalankan penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan dan pemakanan campur tangan dalam menetapkan dan menyesuaikan diet, sama ada biasa atau dengan pengubahsuaian konsisten atau nutrien (s) untuk memenuhi keperluan individu berdasarkan masalah perubatan.  

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012.

Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Permohonan hanya menggunakan kaedah atas talian sahaja ( Internet). Pelajar-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI)  di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.

Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.

Para pelajar boleh berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing jika tidak faham, atau meninggalkan pertanyaan di ruang komen di bawah posting ini atau boleh menghubungi terus pihak Pengambilan Pelajar Bahagian Matrikulasi KPM.

Kebanyakan pelajar yang saya temui sebelum ini, mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.

Contohnya apabila saya tanya kenapa taknak mohon matrikulasi;

"Saya rasa result peperiksaan saya nanti tak baguslah cikgu. Sebab sebelum ni result tak berapa nak bagus, jadi malas nak apply Matrik lah ,cikgu," omel seorang pelajar. Tapi bila result SPM keluar, Alhamdulillah, cemerlang juga.

Jadi, usah rasa putus asa, usah rasa rendah diri, usah rasa tak layak nak masuk IPT dan rasa tak yakin. Anda belum menempuh peperiksaan sebenarnya lagi, kan? Jadi, buang dan campakkan jauh-jauh rasa negatif dan pemikiran tak boleh berjaya tu jauh-jauh.

 InshaAllah, anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dengan syarat usaha yang berterusan dan sistematik, tak pernah kenal erti jemu dan putus asa daripada rahmat Allah bagi pelajar Muslim, rajin buat kerja sekolah yang cikgu berikan, rajin bertanya guru, hormati guru anda, hormati ibubapa anda dan lain-lain lagi tip kejayaan insan cemerlang, boleh anda search di google atau search sahaja di blog ini.

Oklah. Sila ambil perhatian ya pelajar. Sebelum memohon Matrikulasi KPM ni, anda kena ada No Pin dulu. Hanya di Bank Simpanan Nasional sahaja dijual No Pin ini.

Jualan No PIN BSN Mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012 bagi pengambilan sesi 2013/2014.Oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

Sejarah Matrikulasi KPM Secara Ringkas

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).

Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Untuk sesi pengambilan 2009 / 2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).

Kini, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012  iaitu permohonan melalui internet (PMI).

KONSEP

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.

 Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa
  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua (2) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains dan Aliran Teknikal) dan Jurusan Perakaunan. 

    2.      Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

 Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat (4) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains sahaja) . Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal tidak terlibat.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

Program Kursus Tajaan MARA

Program Kursus Tajaan MARA

  1. Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
    • Program Lepasan SPM
      Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
       
    • Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)
      • Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.

        * Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
         
      • Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :
         
PROGRAM
TEMPOH PENGAJIAN
 American Degree Foundation  
 Programme
 14 bulan
 A – Level
 1.5 – 2.0 tahun
 A-Level German
 2.5 tahun
 Diploma International Baccalaurete (IB)
 2.0 tahun
 Perubatan Russia
 3 – 6 bulan
 Perubatan Indonesia
 1.0 tahun
 Kejuruteraan Peranchis
 1.5 tahun
 Australian Matriculation (AUSMAT)
 1.5 tahun
  • Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)
    • Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia.

      *Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
    •  

Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi

Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya pasti para pelajar ramai yang mengenali Prof Dr Muhaya. Suara beliau sering kedengaran di corong radio. Begitu juga di kaca televisyen.

JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.

Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat tertinggi.

Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.

Beliau seorang tokoh yang dikenali ramai. Mari kita ikuti kisah perjalanan kejayaan beliau hari ini. Saya petik daripada akhbar Kosmo.




AZIMAT pesanan bapa Muhaya, selain kasih sayang ibunya, telah menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam hidup. 

Kerjaya Jururawat Perlu Sabar dan Senyum

Kerjaya Jururawat Perlu Sabar dan Senyum


CEMERLANG...(dari kiri) Betterline, Kalaiselvi, Wu Jie Yee dan Kasthuri Subramaniam bersama anugerah pencapaian cemerlang sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, minggu lalu.

SABAR dan senyum bukanlah perkara mudah untuk dilakukan terutama apabila perlu berdepan dengan bermacam kerenah manusia. Sabar dan senyum juga bukanlah sekadar ayat manis atau kata semangat untuk menenangkan diri kala dilanda pelbagai cabaran yang membabitkan individu lain.

Namun, sabar dan senyum itulah yang menjadi azimat serta pemangkin diri setiap jururawat dalam menghadapi tugasan setiap hari agar pesakit yang dikendalikannya lebih selesa hingga dapat pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Benar, sabar dan senyum itu agak klise apabila dikaitkan dengan jururawat kerana mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Tapi dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada jururawat, sabar dan senyum menjadi sebahagian daripada hidup mereka yang tidak hanya terhad ketika di wad hospital.

Bagi Betterline Nyorid, setiap jururawat perlu sentiasa ada sifat empati iaitu berkeupayaan menyelami serta memahami perasaan atau emosi orang lain yang mana ia menjadi aspek penting dalam skop tugasan jururawat agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.


“Sebagai jururawat, kami perlu letakkan diri sebagai pesakit. Mereka datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera bagi membolehkan mereka kembali hidup secara normal.

“Kita sendiri pun akan rasa marah apabila lambat mendapatkan rawatan atau dilayan dengan buruk, jadi jururawat perlu sentiasa letakkan situasi itu pada diri apabila berdepan pesakit yang datang dengan pelbagai kerenah.

“Sememangnya sabar memainkan peranan utama dalam kehidupan setiap jururawat, jadi senyum adalah perkara terbaik untuk menanganinya,” katanya.

Ingin Menjadi Doktor?

 Ingin Menjadi Doktor?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terdapat pelajar yang berjumpa saya, bercita-cita mahu menjadi doktor. 

"Cikgu, saya nak jadi doktor. Nanti jadi doktor, saya akan rawat cikgu tau," pelajar ini berkata sedemikian ketika saya membantu memberi rawatan awal kepadanya yang sakit di sickbay bilik saya.

Bagi pandangan saya, pelajar berkenaan membuat tindakan yang tepat, bukan kerana kata-katanya yang hendak membantu saya. Namun ini adalah kerana pemikiran dan sikap yang beliau miliki. Ketika berada di Tingkatan 2, beliau sudah mempunyai cita-cita dan matlamat hidup.

Sebenarnyam sebelum menduduki Peperiksaan PMR, para pelajar elok mempunyai cita-cita dan hala tuju, supaya pelajar mudah membuat keputusan halatuju selepas PMR nanti. Ini kerana, apabila anda mendapat A dalam kebanyakan matapelajaran dalam PMR, Terutama untuk mata pelajaran Matematik dan Sains, anda mudah diterima ke aliran sains yang menawarkan mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik Tamabbahan dan sebagainya semasa di Tingkatan 4.

    Gambar Hiasan: Doktor Bedah

Selain cita-cita setinggi bintang di langit, kita perlu mempunyai kelayakan yang sesuai dengan cita-cita itu. Untuk menjadi doktor, mata pelajaran yang perlu diberikan tumpuan , ialah mata pelajaran berkaitan Matematik dan Sains. 

Jika anda lemah dalam mata pelajaran ini, maka dari sekaranglah anda perlu mulakan langkah memperbaiki kelemahan. Contohnya dengan rajin membuat latih tubi soalan-soalan berbentuk peperiksaan di rumah dan berbincang dengan guru mata pelajaran anda.

Walau bagaimanapun, mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Geografi, Sejarah, Bahasa Arab bagi yang mengambil mata pelajaran ini, perlu diberi perhatian.

Untuk mengetahui kerjaya doktor ini, elok juga jika anda membaca artikel ini, Prof Dr Adeebah Pakar HIV/ AIDS, Klik sini, http://ppdasmkjp2.blogspot.com/2011/07/prof-adeeba-pakar-hivaids.html

Kalau hendak menjadi doktor, result SPM mestilah benar-benar cemerlang, terutama jika hendak memohon tajaan MARA pengajian perubatan di luar negara

Untuk Penajaan MARA, Bagi Kursus Ijazah Perubatan di luar negara, calon yang memohon perlu Mendapat sekurang-kurangnya A- untuk mata pelajaran yang disertakan di bawah:

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam sembilan (9) matapelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
  • Fizik;
  • Kimia;
  • Biologi;
  • Matematik;
  • Matematik Tambahan;
  • Bahasa Inggeris



Sekian, wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .