Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Sejarah arkeologi. Show all posts
Showing posts with label Sejarah arkeologi. Show all posts

El Dorado Of the East Sg Lembing Kuantan

Sungai Lembing Kuantan Pahang El Dorado Of the East


Gerai dan pejabat kaunter tiket masuk ke Muzium Sungai Lembing.
 Cantik hiasannya...



Pemandangan dari atas pertengahan puncak bukit di mana terletaknya 
Muzium Sungai Lembing.




Muzium Sungai Lembing dilihat dari bawah taman permainan..


Gambar diambil dari Muzium Sungai Lembing. 
Pahang Darul Makmur mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik.



  • Muzium Sungai Lembing
  • Muzium Sungai Lembing
Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.


  • Muzium Sungai Lembing
  • Address: 
    Sungai Lembing Museum, Sungai Lembing, 26200 Pahang.
    Tel: 
    09-541 2378
    Fax: 
    09-541 2377
    Email: 
    pr.msl@jmm.gov.my

Sejarah Sungai Lembing


Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil.

 Nama Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya.

 Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu.

 Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.


Lawatan sambil belajar
Lawatan sambil belajar sememangnya sangat menyeronokkan. Ia boleh mempertingkatkan pembelajaran dalam banyak perkara. Ia juga membuatkan satu pengalaman baru di luar bilik darjah. Lawatan ke Sungai Lembing akan menyediakan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan kepada pelajar.
Tujuan lawatan sambil belajar  dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali Lombong Sungai Lembing yang sudah berkurun lamanya. Dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati keunikan dan keindahan Lombong Sungai Lembing dengan lebih dekat. Sungai lembing juga memberikan pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.

 Batu Besi?
Batu Besi ialah satu batuan endap di mana salah satu deposit berlaku secara terus kerana berlakunya penggantian kimia. Dan Batu Besi adalah sebijih logam yang banyak terdapat di muka bumi. Galian-galian besi juga mengandungi ironstones sebuah oksida. Juga mengandungi limonit,karbonat, siderit, silika, kamosit dan beberapa gabungan mineral yang lain. Bagi mineral bijih besi seperti magnetit adalah merupakan mineral dengan kandungan Fe yang paling tinggi, Manakala hematit pula merupakan mineral bijih utama yang diperlukan dalam industri besi. Kedua dua bijih besi ini sangat penting di dalam sesebuah industri besi.

Subhanallah Ada Pusat Peleburan Besi di Tapak Arkeologi Sungai Batu Kedah

Subhanallah Ada Pusat Peleburan Besi di Tapak Arkeologi Sungai Batu Kedah



Sumber gambar dari ; sila klik di sini.

Pendidikan Sejarah sebenarnya merupakan mata pelajaran yang sangat menarik. Melaluinya kita semakin mengenali akar budi kita bahkan susur galur sejarah sesebuah tamadun bangsa akan tersingkap satu persatu. Contohnya melalui bukti penemuan arkeologi, sejarah yang tersembunyi akhirnya terkuak kembali. Sejarah Malaysia khususnya dan Kepulauan Asia Tenggara amnya akan difahami melalui gabungan sejarah lisan, catatan-catatan bertulis dari pelbagai tamadun, melalui kaedah teknologi dan arkelologi ini.Subhanallah. Benarlah alam ini Allah jadikan untuk kita fikirkan dan renungkan. Alam ini diciptakan Allah untuk manusia fikirkan dan manfaatkan....


Jom ikuti  berita yang tersiar di BERNAMA...

Penemuan Arkeologi Maya Purba di Mexico

 Penemuan Arkeologi Maya Purba di Mexico





Kesan runtuhan yang ditemui pakar arkeologi di bandar Chactun di Semenanjung Yucatan di Mexico. Bandaraya Mexico: Sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah bandar purba kaum Maya yang tersembunyi di dalam hutan hujan di timur Mexico sejak beberapa kurun, penemuan yang diharap dapat membongkar punca kejatuhan tamadun mereka 1,000 tahun lalu.


Ketua pasukan itu, Profesor Madya Ivan Sprajc dari Akademi Sains dan Kesenian Slovania, berkata pihaknya menemui 15 piramid termasuk satu daripadanya setinggi 23 meter, gelanggang bola, plaza dan tiang batu berukir dikenali stelae. 



Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis

Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis

ANTARA fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pahang sangat kaya dengan sejarah termasuk sejarah arkeologi. Contohnya di Tasik Chini. Anda boleh baca berkaitan Sejarah Tasik Chini, klik di sini. 

Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Merapoh

KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.

Hasil kajian ke atas fosil itu mendapati ia lebih tua berbanding fosil yang ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis pada 2011 lalu yang berusia 230 juta tahun.

Ahli Paleontologi itu, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman prasejarah.

"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaik taraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu. 


Jejak Warisan Lenggong Oleh USM

Jejak Warisan Lenggong Oleh USM

JEJAK WARISAN LENGGONG: USAHA BERTERUSAN USM PROMOSI TAPAK WARISAN DUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai bekas mahasiswa Minor Sejarah, antara kursus yang perlu  saya ambil ialah berkaitan Arkeologi. Bahkan dalam silibus Sejarah di Sekolah Menengah Rendah, di Tingkatan 1, ada diterangkan tentang kepentingan Sejarah Arkeologi.

Antara pengalaman menarik sebagai Pelajar Arkeologi ialah melakukan kajian di Tapak Lembah Lenggong yang kini telah diktiraf oleh UNESCO sebagai Lembah Lenggong Warisan Dunia. Saya, kawan-kawan dan pensyarah bermalam dan berkampung di sana. Termasuklah di Kota Tampan, dan Bukit Bunuh.

Dikelilingi oleh hutan yang segar, flora dan fauna yang ada tidak pernah saya temui sebelum ini, air kali yang jernih hingga ke dasar, tasik-tasik kuno yang masih terpelihara kebersihan alam sekitarnya, perkampungan yang tenang bagai lukisan alam yang hidup....

Dalam entry ini saya muatnaik beberapa artikel berkaitan Lembah Lenggong. Termasuk catatan dari USM berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh Pihak USM lebih sedekad lalu di tapak ini.  Projek ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong.

Benarlah kita akan lebih memahami sesuatu perkara bilamana kita pernah melalui sesuatu pengalaman itu. Pengalaman itulah guru kehidupan.


Perak Man akhirnya pulang ke Lenggong

Perak Man akhirnya pulang ke Lenggong





 Shamsul (tengah) diiringi Mohd Nazaruddin (kanan) dan Mohd Mokhtar ketika meninjau pameran dari Jabatan Warisan Negara.



LENGGONG – Kerangka Manusia Perak atau Perak Man dijangka dapat dibawa pulang semula ke negeri ini dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.


Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, buat masa ini, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada kerajaan untuk membawa pulang rangka sebenar Perak Man yang kini ditempatkan di Muzium Negara di Kuala Lumpur ke Lenggong.





Subhanallah Fosil Embrio Dinosaur Berusia 190 juta tahun Ditemui di China

Subhanallah Fosil Embrio Dinosaur Berusia 190 juta tahun Ditemui di China







Gambaran Fosil Embrio Dinasaur








GAMBAR yang disiarkan Universiti Toronto, Kanada semalam menunjukkan anggota sukarelawan dan pekerja bekerja di lokasi penemuan fosil embrio dekat Lufeng, Yunan.- AP



This image released by the University of Toronto shows a preserved femora, thigh bone, in cross section in middle of the shaft. The purple color is caused by the lamba filter used for effective visualization. The honeycomb like external area is embryonic bone tissue with large primary spaces for blood vessels, bone making cells called osteoblasts, and other soft tissues needed for growth. The central portion is the medullary cavity, but in this case filled with crystals that formed during fossilization. An international team of scientists discovered a cache of dinosaur embryos near the city of Lufeng, in Yunnan, China . Estimated to be 190 million years old, the fossilized bones are among the oldest dinosaur embryos in the world. AP/University of Toronto, A. LeBlanc

Sebanyak 90 fosil embrio dinosaur yang berusia 190 juta tahun ditemui dekat bandar Lufeng, wilayah Yunan, China, kata beberapa saintis kelmarin. 


Nota Minda; Kaedah Arkeologi

Nota Minda: Sejarah Tingkatan 1

Kaedah Arkeologi Sebagai Salah Satu Kaedah Pengkajian Sejarah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya membuat nota minda berdasarkan mata pelajaran Sejarah.

Di dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1, Dalam Bab 1; Sejarah dan Kita. Kaedah Pengkajian Sejarah:

 Nota Minda; Kaedah Kajian Sejarah


Nota Minda Kaedah Arkeologi
(Sejarah Tingkatan 1), sila klik pada gambar 
untuk membesarkannya atau untuk memprint out.


Kaedah Pengkajian Sejarah:

Kaedah Lisan
  • Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumber
  • Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh
  • Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
  • Sumber sejarah yang diperolhi melalui akedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
  • Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
  • Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
  • Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
  • Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah a. Temu ramah b. Penceritaan
  • Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh
Kaedah Bertulis
  • Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
  • Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi:
  • Catatan perjalanan 
  • Diari 
  • Tujuan dan gambar pada kulit binatang 
  • Duit syiling 
  • Daun
  • Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu 
  • gading dan kertas
  • surat
  • Manuskrip
  • Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai Sesuatu perkara,  Peristiwa, Tokoh, Kejadian, Perundangan, dan Adat resam.
  • Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka

Kaedah Arkeologi
  • Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
  • Ia juga merupakan kaedah saintifik
  • Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
  • Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
  • Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu.
  • Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan.

Tasik Chini, Bukti Penemuan Arkeologi

Tasik Chini, Bukti Penemuan Arkeologi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tasik Chini, antara mitos dan lagenda. Yang pastinya, bukti arkeologi telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari UKM. Antara kertas kerja pihak UKM  yang pernah dibentangkan ialah Tasik Chini dalam Konteks Arkeologi Bawah Air di Malaysia, sila rujuk http://gedung.nahrim.gov.my/wapi/mctweb.dll/getObject?MID=LAKES%20INVENTORY&ObjID=260

Sebagai salah seorang bekas mahasiswa jurusan Sejarah, saya  pernah mengikuti kursus asas Arkeologi Bawah Air  di bawah seliaan Pensyarah Sejarah UPSI ketika itu, Encik Rozeman Bin Abu Hassan dan Encik Ahmad Zainudin (2001), sebenarnya negara kita masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang arkelogi ini. Baiklah teruskan kepada artikel yang pernah tersiar di Utusan Malaysia pada 2007 di bawah ini.

Teruskan usaha kesan tasik purba

 Tasik Chini, Pahang. Gambar kredit kepada Duni Suhazli, klik sini

PADA Mei 1998, sekumpulan pakar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui satu struktur ganjil dan sebuah batu hampar di dasar Tasik Chini yang kemudiannya menimbulkan debat bahawa mungkin wujud sebuah kota purba yang sudah terbenam di dasar tasik itu.

Selain itu, tembikar dan batu bata buatan tangan juga ditemui di sekitar tasik itu yang memperkuatkan lagi teori berkenaan.

Perkara tersebut mendapat perhatian daripada pelbagai pihak untuk seketika dan menarik minat pakar-pakar asing ke tasik berkenaan yang turut mengesahkan kemungkinan wujudnya sebuah kota purba yang mempunyai kaitan langsung dengan ketamadunan Khmer di Cambodia.

Namun, kekangan dari aspek teknologi dan kewangan dalam usaha pengkajian ke atas penemuan batu hampar dan struktur misteri berkenaan menyebabkan usaha mendokumetasi dan mengetengahkan penemuan berakhir sekadar pada fasa satu kajian.

Sejarah Arkeologi, Bukit Tengkorak di Sabah

Bukit Tengkorak, Sabah, gambar terima kasih kepada, klik sini.
Sejarah Arkeologi, Bukit Tengkorak di Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sejarah Arkeologi merupakan salah satu sember Sejarah utama. Dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, para pelajar telah didedahkan dengan Kaedah Pengkajian Sejarah. Anda masih ingat lagi kan?

Ok, kalau ingat apakah kaedah tersebut?

Baiklah Kaedah pengkajian Sejarah terbahagi kepada 3 iaitu:


 1) Kaedad Lisan
2) Kaedah Bertulis
3) Kaedah Arkeologi


Baiklah pada entry ini saya memuatnaik artikel yang pernah tersiar di akhbar berkaitan penemuan arkeologi di negara kita,  pada tahun-tahun yang lepas sebagai kemudahan kita membuat rujukan tambahan berkaitan sejarah arkeologi di tanahair kita.

Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak  Sabah

PROJEK Pembangunan Bukit Tengkorak, sebuah tapak arkeologi di sini bernilai RM4.2 juta, akan menjadi destinasi pelancongan baru Sabah, kata Pembantu Menteri Pelancong, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Beliau berkata pembangunan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) merupakan usaha memelihara tapak sejarah yang melambangkan peradaban dan ketamadunan bangsa untuk dihayati rakyat, sekaligus memberi peluang merancakkan industri pelancongan negeri.


Pakar arkeologi berkumpul di Miri, Oktober 2010 lalu

Pakar arkeologi berkumpul di Miri, Oktober 2010 lalu

Tapak arkeologi megalit yang ditemui di kawasan perkampungan Kelabit di Bario, berhampiran sempadan Kalimantan, Utara Miri Sarawak


MIRI 5 Nov. - Bumi Kenyalang diberi penghormatan apabila julung-julung kalinya menjadi tuan rumah kepada penganjuran Seminar Antarabangsa Arkeologi Borneo (SAAB) pada 27 hingga 31 Oktober lalu.
Berlangsung di bandar raya ini, ia dianjurkan bersama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak, Muzium Sarawak dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Dengan tema The Past, Present And Future Respect, sebanyak 30 kertas kerja dibentangkan meliputi semua aspek prasejarah, tapak arkeologi dan pemuliharaan tapak arkeologi di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Semenanjung selain Kalimantan, Brunei, Australia dan Filipina.

Sepanjang lima hari, perbincangan banyak menyentuh penemuan terbaru tapak warisan arkeologi di Borneo dan Asia Tenggara yang mana maklumat itu digunakan ahli arkeologi untuk melihat persamaan dan perbezaan yang dapat dikaitkan dengan teori terkini atau menghasilkan teori baru.

Dalam hal ini, pemilihan Miri untuk mengadakan lokasi perkampungan SAAB amat bertepatan kerana kedudukannya yang begitu strategik dan berdekatan dengan dua tapak sejarah yang amat penting iaitu Taman Negara Gunung Mulu (TNGM) dan Taman Negara Niah (TNN).

TNGM yang terletak di utara Miri - kira-kira 25 minit menggunakan pesawat, merupakan salah satu lokasi pelancongan yang mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Arkeologi di Malaysia, Tapak arkeologi 100,000 tahun ditemui

Tapak arkeologi 100,000 tahun ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sejarah Arkeologi merupakan salah satu sember Sejarah utama. Dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, para pelajar telah didedahkan dengan Kaedah Pengkajian Sejarah. Anda masih ingat lagi kan?

 Gambar; Kredit kepada https://www.heritage.gov.my/

MIRI 27 Sept. - Sekumpulan ahli arkeologi dan sejarah dari Sabah serta United Kingdom (UK) menemui penempatan manusia di tapak arkeologi terbuka Mansuli di Lahad Datu yang dianggarkan berusia 100,000 tahun iaitu lebih tua dari tapak arkeologi Gua Niah di Sarawak.

Penemuan terbaru itu menunjukkan Kepulauan Borneo sudah didiami oleh manusia sejak 100,000 tahun lalu berbanding penemuan di Gua Niah yang berusia 42,000 tahun.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .