Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Arkeologi di Malaysia, Tapak arkeologi 100,000 tahun ditemui

Tapak arkeologi 100,000 tahun ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sejarah Arkeologi merupakan salah satu sember Sejarah utama. Dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, para pelajar telah didedahkan dengan Kaedah Pengkajian Sejarah. Anda masih ingat lagi kan?

 Gambar; Kredit kepada https://www.heritage.gov.my/

MIRI 27 Sept. - Sekumpulan ahli arkeologi dan sejarah dari Sabah serta United Kingdom (UK) menemui penempatan manusia di tapak arkeologi terbuka Mansuli di Lahad Datu yang dianggarkan berusia 100,000 tahun iaitu lebih tua dari tapak arkeologi Gua Niah di Sarawak.

Penemuan terbaru itu menunjukkan Kepulauan Borneo sudah didiami oleh manusia sejak 100,000 tahun lalu berbanding penemuan di Gua Niah yang berusia 42,000 tahun.



Pengarah Muzium Sarawak, Ipoi Datan berkata, penemuan itu membuktikan ada penempatan manusia yang lebih awal di Kepulauan Borneo selain Gua Niah.

"Penemuan ini sebahagian kertas kerja yang akan dibentangkan semasa Seminar Antarabangsa Arkeologi Borneo yang berlangsung pada 27 hingga 31 Oktober ini di sini," katanya pada sidang akhbar di Muzium Sains Petroleum Miri di sini, hari ini.

Hadir sama Penolong Kurator Muzium Sarawak, Mohd. Sherman Saufi dan Pegawai Perhubungan Awam Muzium Sarawak, Muhd. Zakeria Hattar.

Ipoi berkata, kira-kira 30 kertas kerja akan dibentangkan meliputi semua aspek prasejarah, tapak arkeologi dan pemuliharaan tapak arkeologi di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung selain Kalimantan, Brunei, Australia dan Filipina.

"Penceramah terdiri daripada ahli sejarah dan arkeologi dari Malaysia, Brunei, Kalimantan, Filipina, Australia dan UK," katanya.

Mengulas lanjut Ipoi berkata, seminar yang bertemakan The Past, Present & Future Respect merupakan pertama kali diadakan di Sarawak.

Jelasnya, sebelum ini seminar tersebut diadakan di Semenanjung dan beliau berharap selepas ini ia akan diadakan di Sabah, Brunei dan Kalimantan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 28/09/2010

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .