Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Biasiswa JPA. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa JPA. Show all posts

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET



PROGRAM DERMASISWA B40 2016





PENGENALAN




Program Dermasiswa B40 merupakan program baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti. 


Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.



Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.



PENAJAAN




Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak 1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program berikut:


i.             Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam




Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma.






PERMOHONAN


Permohonan akan dibuka secara atas talian di  http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 23 MEI 2016 sehingga 30 MEI 2016. Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:



a)          Warganegara Malaysia,


b)          Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;


c)           Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;



d)           Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;


e)                  Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana


f)            Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan

g)           Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

h)           Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah; dan



i)             Sekurang-kurangnya gred B dalam mana- mana empat subjek lain yang diambil. 

Boleh baca artikel berkaitan TEVT di klik di sini.

Pelajar 9A Apa Yang Patut Anda Buat

Pelajar 9A apa yang patut anda buat


Apa yang perlu dibuat oleh pelajar yg mendapat minimum 9A+


1. Daftarkan diri anda sebagai pelajar bursary di laman www.moe.gov.my. Akan dibuka dalam masa seminggu selepas keputusan SPM

2. Mohon biasisswa Nasional Pembelajaran penuh dilaman JPA. Akan diiklankan dalam media dalam masa terdekat.

3. Mohon biasiswa JPA pembelajaran Kejuruteraan di Korea,Jepun atau German(tunggu iklan), KLIK SINI

4.tunggu keputusan ke Kolej Matrikulasi KPM

5. Mohon di laman UPU... program asasi UPM.. asasi UKM..asasi UPNM...program diploma di IPTA.. politeknik premier.juga UiTM utk pelajar BUMIPUTERA

6. Mohon juga biasiswa UTP.. Uniten.. Felda... Sime Darby... Bank Negara.. UEM

9. pelajar juga boleh mohon belajar A level di ipts.. pembelajaran akan ditanggung oleh kerajaan..(pelajar bursary)..... rujuk nota bursary di atas..

10.  Mohon kursus perguruan di luar negara jika berminat... dan juga IPG (KLIK SINI)
Pelajar 8A dan keatas boleh membuat permohonan kepada semua bidang di atas kecuali bahagian bursary.

Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016


 Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016




Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016

Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016 
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

Dimaklumkan bahawa Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016 boleh dipohon secara online bermula 4 Mac 2016 jam 11.00 pagi hingga 10 Mac 2016 jam 5.00 petang.

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

Tarikh Buka :
4 Mac 2016 

Tarikh Tutup :
10 Mac 2016.

Biasiswa MARA Dalam & Luar Negara Khusus Untuk Lepasan SPM 2014

Biasiswa MARA Dalam & Luar Negara Khusus Untuk Lepasan SPM 2014 

Program Persediaan Ijazah Dalam & Luar Negara Khusus Untuk Lepasan SPM 2014


Click MARA scholarship application form online link below to submit your application. As we all know that SPM exam result is out and many students are busy searching for money for college or university, and, getting a  college scholarship or education loan is one of the huge and hardest thing to do to continue your diploma or degree programmes.

 Biasiswa MARA 2015/2016 can be one of your best option and you can submit your scholarship application using MARA Scholarship Online Application Form 2015/2016 But before submitting your application, please read carefully the details on how to apply for MARA Scholarship 2015/2016.

Biasiswa JPA 2015 Lepasan SPM Ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Biasiswa JPA 2015 Lepasan SPM Ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
 

Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2015  

PERMOHONAN BIASISWA JPA PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2013

PERMOHONAN BIASISWA JPA PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2013


Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2013 akan dibuka mulai 9 September 2013 (Isnin) jam 12:30 tengahari dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 September 2013 (Isnin). 


TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA
MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA
BAGI SESI 2013/2014 

Permohonan  adalah   dipelawa  daripada  pelajar  yang  telah  mendapat  surat tawaran  untuk  melanjutkan  pengajian  peringkat  Diploma  atau  Ijazah  Sarjana Muda  mulai  Sesi  2013/2014  di  Institusi  Pengajian  Tinggi  Awam  dan  Institusi Pengajian  Tinggi  Swasta  terpilih  untuk  mendapatkan  biasiswa  tajaan  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

Ijazah/Diploma (IPTA)-

Semua bidang yang telah diiktiraf

Semakan Keputusan Yuran Pengajian Separuh Masa JPA 2012

Semakan Keputusan Yuran Pengajian Separuh Masa JPA 2012
 

Semakan Keputusan Permohonan: Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa 
Bagi Penjawat Awam Tahun 2012



Permohonan Biasiswa JPA IPTA/IPTS Pengajian Dalam Negara

Permohonan Biasiswa JPA IPTA/IPTS Pengajian Dalam Negara

  Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 sedang dibuka.


Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2012/2013 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (kecuali UPSI) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bertaraf GLC (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA di http://esilav2.jpa.gov.my pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis).

Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011

Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011 

 
(Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai dari hari keputusan SPM 2010 diumumkan

Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Alhamdulillah, hujung minggu begini saya mencuri masa yang ada untuk mengemaskini informasi di blog ini. Meskipun mungkin agak ketinggalan untuk saya publishkan namun moga ia dapat membantu mereka yang memerlukan. Sekian,wassalam.

Untuk Maklumat lanjut sila ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_piln/Iklan_Permohonan_piln_2011.pdf

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:

JPA

MARA

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Permohonan Tajaan JPA dan MARA Tahun 2011

Program Pengajian


Program Pengajian Penaja Negara
1 Perubatan JPA India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College)


JPA/MARA Timur Tengah : Jordan


MARA Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland  Program Berkembar dgn IPT Tempatan
2 Pergigian JPA Australia,India, Ireland, New Zealand & UK


JPA/MARA Timur Tengah : Mesir


MARA India
3 Farmasi JPA Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)
4 Optometri MARA New Zealand & United Kingdom
5 Bioteknologi MARA Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
6 Kejuruteraan MARA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand
7 Kejuruteraan Jerman
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Jerman
8 Kejuruteraan Perancis
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA/MARA Perancis
9 Kejuruteraan Akademik Jepun
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)
JPA Jepun
10 Kejuruteraan Sepanyol MARA Sepanyol
11 Sains Aktuari MARA Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
12 Perakaunan MARA Australia & New Zealand
13 Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT MARA Amerika Syarikat & Jepun
14 Sains Tulen
(Fizik, Kimia, Biologi)
JPA Amerika Syarikat & United Kingdom
15 Senibina JPA Australia & United Kingdom
16 Undang-Undang JPA United Kingdom
17 Pelancongan JPA Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
18 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi/Kewangan)
JPA Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun
19 (Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan) MARA Amerika Syarikat
20 Sastera Ikhtisas Timur Tengah
(Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam)
JPA/MARA Jordan
21 Diploma Kejuruteraan
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)  (berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
JPA Program Teknikal di Jepun/Korea
22 Sains JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
23 Sastera JPA Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM
24 ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains MARA Australia dan New Zealand
25 Kejuruteraan & Perubatan MARA IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia
26 Sastera Ikhtisas
(Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan)
MARA IPT Tempatan

Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 8 April 2011
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.

Maklumat

Pertanyaan

  • JPA :                                                                                                                                        
    Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my
  •  MARA: 
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

 

  SILA KE http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/piln/


Teknik Menjawab Soalan Temuduga


Biasiswa Yang di Pertuan Agong

BIASISWA Biasiswa Yang di Pertuan Agong



 

Permohonan Bagi Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
Tahun 2010 Dibuka Mulai 7 Julai hingga 30 Julai 2010.
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2010 JPA

Tajaan                                        :   Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 

Tarikh Permohonan Dibuka :  07 Julai 2010

Tarikh Tutup Pencalonan  : 30 Julai 2010

Tarikh Makluman Calon Yang Disenarai Pendek Untuk Temuduga; 17 Ogos 2010

Terbuka kepada  Warganegara Malaysia sahaja

Syarat-syarat:  Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Tempoh                     Ph.D ( 3 tahun )
Sarjana ( 1 – 2 tahun )

Dokumen                  i. Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
ii. Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003)

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan sebelum dihantar kepada:- 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah menghubungi:
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
Telefon: 03-8885 3436 / 3892
Faks: 03-8889 2172
Emel: esila@jpa.gov.my

Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2007, 2008 dan 2009).

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Kriteria Utama Biasiswa JPA

Empat Kriteria Utama Bagi Tawaran Biasiswa JPA - Muhyiddin



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun ini dibuat berdasarkan empat kriteria utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kriteria tersebut adalah pencapaian akademik, penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, sosio ekonomi keluarga pemohon dan prestasi temuduga.

Dalam kenyataan Selasa, katanya, kerajaan menyediakan 1,750 biasiswa JPA untuk program penajaan PILN bagi lepasan SPM 2009 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam sembilan mata pelajaran.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .